Cepat ya ubat2 naik harga. Minggu lepas ke klinik. Cari ubat mata, Dulu RM 6, kemudian Last beli ubat ni jenis cecair titik kemata, harganya sekitar RM 8. Sekarang sudah RM 12. Mungkin lepas upgrade klinik jadi cantik sikit, naik harga atau memang harga ubat memang dah naik.
5 baby baru |
Ada 3 baby meow sakit mata, Dah habis UBAT masih tak baik, kemudian teringat ubat di farmasi ada yang sesuai untuk haiwan. Tanya rakan Vet, katanya ubat mata diSITU sesuai dan sangat berkesan untuk meow. Disuruh cari yang namanya 'xcipro', malangnya farmasi yang pergi ni tak tau. Jadi sebutkan simptom2 sakitnya. Contoh mata merah berair, bertahi mata. Dan untuk kanak2 KECIL, dia bagi ubat diatas. RM 4 .
Murah sangat boleh beli 3 botol dari harga di vet. Titiklah 2 atau 3 kali sehari, ikut keadaan sakitnya. Tak habis boleh simpan dalam peti sejuk. Lepas guna pun letak dalam tu supaya tahan lama. Waktu kecemasn boleh guna.
Sekarang meow dah ok , mata bengkak sudah surut. Taik mata pun tak ada. Jangka masa sembuh seminggu lebih kurang.
Ubat cacing yang sesuai untuk haiwan
Oh ya, satu lagi, ubat cacing juga boleh dibeli difarmasi atau cari diklinik biasa untuk manusia. Minta yang untuk kanak2. Dan jenis cecair. Sebutlah umurnya sekitar 7 tahun kebawah.
Selain murah, ianya banyak. Boleh digunakan untuk beberapa ekor kucing. Berbanding beli di vet sekitar Rm 8 keatas untuk seekor kucing. Kalau anak bulus anda banyak, ini menyelesaikan sedikit masaalah keuwangan. Cuma dos nya mesti dikurangkan. Jangan samakan dengan manusia. Ikut sukatan sama yang biasa diberi keatas kucing anda sebelum ini. Berapa untuk baby dan berapa untuk dewasa ikut beratnya. Gunalah syringe.