Apabila cinta semakin pudar, kasih sayang akan mula terhakis dan terancam, walau bermatian2 mempertahankan. Sayang, dalam cuba berjuang mengembalikan rasa cinta, tetap kecundang.
Salah langkah atau bertindak, gagal mengembalikan cinta kepada hubungan harmonis yang asal. Akhirnya semakin menjauh, panas, marah, benci dan sebagainya.
Membaca pengalaman manusia, antara sebab ialah, merasakan sikap pasangan semakin membosankan. Tidak kira cara penampilan, percakapan, perbuatan dan lain2.
Juga cuai menjaga hati masing2. Hati adalah perasaan yang sangat halus. Tidak hairan jika lama kelamaan perasaan semakin pudar dan menunggu masa untuk berpisah.
Semakin lama bersama pasangan, semakin kenal buruk baiknya. Semakin banyak buruk yang dinampak, anda akan semakin menjauhinya dengan berbagai alasan. Anda juga akan kerap bergaduh walaupun dalam hal yang remeh temeh.
Kemungkinan sebab orang ketiga. Dan kemungkinan2 lainnya.
Adakala rungutan seperti.., "Kadang2 cinta cuma buat sakit hati" "Kenapa tiba2 semacam tidak ada rasa apa2 pada sidia", "Sekarang dia sudah berubah, saya rindu dia yang dulu".
Ekspresi cinta membuatkan rasa bahagia dan dihargai kerana sentiasa ada seseorang dibelakang, yang sentiasa memberi semangat.
Cinta juga memberikan kekuatan perjalanan hidup yang selama ini bagaikan tiada arah tujuan
Namun apabila cinta itu semakin pudar kerana pelbagai masaalah, kita terpaksa melupakannya. Tidak guna memaksa diri untuk cuba menerima sesuatu yang hati semakin menolaknya. Rasa pedih dan patah hati adalah ketentuan yang terpaksa ditempuhi.
Biarpun terpaksa melupakan untuk seketika atau selamanya, mesti diingat, itu bukan kehendak kita yang sebenarnya.
Latih minda melupakan kenangan pahit
Belajar bersyukur
Belajar jadi pemaaf
Keraskan hati kalau perlu
Jangan berdendam
Kita tidak dapat melupakan memori pahit sekaligus, tetapi lakukan perlahan2 dengan mengalihkan perhatian pada perkara lain, proses ini sudah tentu mengambil masa tetapi tidak mustahil segalanya akan berubah menjadi lebih baik.
Setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Tiada cinta yang kekal abadi selain cinta kepadanya.