ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Sunday, September 7, 2014

Papai jr, Monyet jinak pulau langkawi

Bus lambat sampai, feeling gelandangan 3 jam



Naik kapalterbang cepat sampai, tapi perasaan untuk pengembaraan yang jauh itu tiada. Kami putuskan untuk menaiki bus sahaja. Dengan berselipar dan beg galas belakang ala2 bag-packer. 

Terpaksa bawa si Papai jr, kerana tiada siapa mampu menjaga. Letakkan dalam beg kecil yang disangkut keleher. Kesian dia tinggal sekor, yang lain sudah tiada. Budak2 lain minta tolong adik tengok2 kan dan beri makan.


Susukan dia 2x sehari

Trip ke Langkawi 2 malam dalam bus, dua malam di Pulau. Kami berlima termasuk Papai jr. Kali pertama jejak kaki kesini seumur hidup.

Di pantai beras basah sedang sarapan, tiba2 datang encik Monyet dari belakang, dengan selamba terus membuka plastik makanan yang kami bawa. Gelihati melihatnya lalu kami biarkan saja.