ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Saturday, December 13, 2014

Memagar anak pokok, Tebang Buluh, cari rebung dan pucuk paku


Aktiviti minggu ni , tebang buluh, buat pagar net kelililing anak pokok buah, mengelakkan dimakan kambing. Cari rebung dan pucuk paku. Masak2, ( masak air je ), mandi sungai dan rehat sebelum pulang semula ke kl selepas magrib. Miku hanya muncul semasa hendak bertolak. Sempatlah berikan ayam goreng dan ikan.



Kebetulan baru lepas hujan, jalan berlopak dan air sungai sedikit keruh.


Tuesday, December 2, 2014

Roselle / rosella / asam belanda menjadi2 buahnya.


Sekitar lebih tujuh bulan yang lalu ada bawa balik benih Roselle/Rosella atau asam Belanda dari Pulau Pangkor. Cuba2 tanam, tumbuh lebih 6 anak pokok. Kemudian disemai sebelum ditanam ditepi pagar. 

Sebelum berbuah, daunnya sangat lebat. Disangka tidak menjadi kerana setelah begitu besar tiada putik yang kelihatan. Jadi hanya petik pucuknya sahaja untuk dijadikan ulam atau dibuat asam pedas ikan dan singgang.

Satu masa dulu, dipasar borong ada ternampak orang jual daunnya seikat Rm 2, masa tu tak tahu apa kegunaannya, tapi berat mulut ni nak bertanya.

Masak asam atau singgang tak usah letak asam, kerana daunnya sudah cukup masam. Semakin dipetik semakin bercambah daun2 baru. Akhirnya timbul putik2 kecil dan kemudian bunga. Seterusnya baru jadi buahnya. Tujuh bulan atau lebih jugalah baru berbuah lebat.


Inilah hasilnya dan dah berkali2 dipetik, Kali ini dapat dua plastik beg besar penuh. Separuh dibuat jus separuh lagi dikeringkan untuk dijadikan teh. Dikedai, sekotak teh roselle berharga sekitar Rm 5 hingga Rm 12 ikut sukatan beratnya.

Senang je nak buat, Asingkan bijinya, jemur atau keringkan kelopak. Bila nak minum cuma letak beberapa kuntum dalam gelas dan masukkan air panas. Tambah madu atau gula perang/putih.  Siap. Nak buat pati jus rebus je. Letak gula, sejukkan letak dalam peti ais. Nak minum buat macam sirap tu tambah air dan ais. Rasanya seakan2 ribena tapi bukan rasa ribena. Sedap. Boleh dibuat jem dengan kelopaknya, jelly dan macam2 lagi.


Bila free pangkas ranting2 nya dan cucuk ditanah yang lembab atau siram selalu supaya cepat tumbuh akar. Lagi cepat berbuah berbanding biji benih.

Kandungan vitamin C nya sangat banyak, vitamin D, B1, B2, kalsium, magnesium, Omega-3 dan lain2 lagi. Kaya anti oksidan, Boleh awet muda ni. Sangat banyak khasiatnya, antaranya untuk yang berpenyakit darah tinggi, kencing manis, selsema, batuk, demam, pening, migrain dan macam2 lagi.

Ada jiran2 dan kawan2 yang datang, bagi je keratan batang suruh dia tanam. Seronok nampaknya, kerana pokok ini tak ramai orang tanam, dan tak tahu mana nak cari benihnya.

Monday, November 24, 2014

Memacak tiang pagar

Datang hari ini, pagi2 Miku dah tunggu ditepi jalan. Beri dia makan dulu sebelum buat apa2. 



Seharian menggali lubang untuk memacak tiang kayu, sebagai pemegang pintu masuk, dan menanam sejenis pokok yang tak diketahui namanya, sebagai ganti tiang pagar. Berbanding tiang konkrit atau kayu mati, pokok pagar ini kuat, lurus, hidup menegak, tahan selama-lamanya dan tak perlu dibeli. Ia tumbuh meliar dikebun, hanya tebang dan pacak. Menjelang petang masih tak siap, badan penat, hujan pun turun lebat sekali.

Sunday, November 9, 2014

Miku

Malas nak datang minggu ni. Tapi mengenangkan Anjing tu entah makan entah tidak, gagahkan jua hati memandu dengan kelajuan sederhana selama sejam setengah. Sampai agak lewat kerana jalan jem tanpa sebab. Pelik jalanraya di Malaysia ni. Tak ada eksiden, tak ada sekatan pun boleh jem.

Dah sampai, eh...nampak dia tepi jalan, tak tau arahnya nak kemana, panggil...dia nampak, mengoyang2 ekor, terus berlari mengikut. Dia sudah cam.

Dilorong masuk ke pondok ada sebuah kereta menyekat laluan. Tak berganjak pun dah tau kereta dibelakang ni nak masuk. Terpaksa menyelit ditepi2 akhirnya lepas, sambil menjeling pemandunya dengan hati yang panas.


Tak jauh dari sini, tempat mula2 terserempak dengan Anjing ni, ada sebuah kampung bernama Miku. Jadi Anjing ini ku panggil Miku. Sebelum buat apa2, bagi Miku makan dulu.

Tiba2 datang 4 orang budak lelaki dan seorang gadis. Tu orang dalam kereta yang menyekat lorong masuk tadi. Salah seorang macam biasa dilihat. Ku bagi salam, mereka jawab. Kemudian budak lelaki yang macam pernah nampak tu tegur. '' Orang sini ke?'', tanya dia. '' Ha'ah, siapa ni?, maaflah tak kenal'', aku jawab. '' Anak Mokhtar", katanya lagi. Allah..., sepupu rupanya. Patut lah macam kenal. Nasib baik tadi tak marah2 kat dia, katanya tadi teragak2 nak masuk, bimbang salah tempat.

Ada call masuk, Pak Tam talipon dan tanya, '' Ada tak anak Pak Tam datang?. ''Ada...'', jawab ku. '' Dia nak buat shooting tu'', kata Pak Tam lagi.

Aku tanya sepupu, '' Nak shooting apa?. Dia jawab, ''Shooting subjek, nak buat filem, nak guna kawasan ini dan pondok sekali". Di kolej dia ambil bidang tu, alkisahnya...projek kolej lah ni. Jadi aku serah kunci pondok, sebab hari yang dia nak buat kerja tu, aku di kl. Tak sia2 bina pondok kecik ni, pelbagai kegunaanya.


Tengahari, Miku menjengah dibelakang, mengintai aku makan. Lapar balik lah tu. Senang je nak jinakkan Anjing. Bagi makan selalu, nah...tengok dia datang sendiri. Moral ceritanya, kalau anda takut anjing, jangan baling batu. Tapi baling lah makanan yang dia suka makan.


Petang sikit, meracun rumput lalang, tiba2  miku mengikut, berlari2 mengelilingi aku seakan2 mengajak bermain. Pura2 tak nampak, dan meneruskan kerja, miku pulak dengan aksinya terlompat2 dan berlari2 sekitar kawasan, seronok nampaknya.


Part paling menyedihkan, bila nak balik kl. Dia nak ikut, melihat melalui cermin pandang belakang. Jelas nampak Miku mengejar sepanjang jalan. Mau sampai ke highway kl seremban dia ikut nanti. Sayu je hati ni. Tapi tak boleh la nak bawa sekali. Pecut laju2 sehingga dia hilang dari pandangan. Harap tak ada orang kacau dia, panjang umur jumpa lagi.

Sunday, November 2, 2014

Berkenalan dengan Anjing tak bertuan


Belum cukup modal nak bangunkan kawasan. Jadi hari ini tanam beberapa jenis anak pokok saja. Setiap satu ditanam ku cakap ''Cepat lah membesar wahai pokok''. Sambil2 tu sempat tebas dan mesin rumput. Entah bila masa, Anjing comel muncul depan pondok.


Pagi tadi memang dah beli beberapa ketul ayam goreng. Memang niat nak bagi dia kalau terserempak. Ini ialah Anjing yang dilihat berjalan sejauh beberapa kilometer sehari untuk mencari makanan. Macam tak bertuan. Sejak mula membersihkan tanah lebih sebulan lalu, selalu nampak dia. Kurus, letih dan uzur.

Mungkin bekas Anjing penjaga ladang yang diabaikan, atau dulunya kepunyaan orang asli. Sepanjang laluannya ada yang membiarkan, ada juga yang menghalau.

Masih takut2 tengok aku. Mungkin mahu mengucapkan terimakasih. Lepas makan 5 ketul ayam, dia duduk ditepi pagar yang agak redup, melihat dari jauh. 

Sedap makanannya hari ini. Tak lama kemudian dia hilang dari pandangan.



Petang, sebelum balik ke kl, gaulkan lebihan nasi dan lauk bekal. Kut2 terserempak lagi. Dah memang rezki. Nampak dia tengah berjalan menghala kearah pondok. Mungkin mahu cari makan lagi. Nasi gaul dalam bekas kuletak diatas rumput. Dia masih takut2. Aku cakap '' makan lah baby, panjang umur, jumpa lagi minggu depan'', dah masuk kereta, baru dia berani makan.

Semoga dimudahkan dia mencari makanan, dan tak ada orang yang menyakiti dia.



Monday, October 27, 2014

Pondok, pucuk paku dan rebung



Siapkan pondok rehat, lepas tanam pokok,tak siap lagi. Ada masa sambung buat.  Ok la kan..., comel jugak heheh. Sambil2 tu, sempat cari pucuk paku, rebung, ambil buluh dan benihnya ditepi sungai.

Sunday, October 26, 2014

Budak Arab sesat


Jam lebih 10 malam, nak sampai rumah. Seseorang melambaikan tangan, perlahankan kereta. Melihat sambil lalu. Tak berani nak berhenti. Dijalan sunyi lagi gelap, entah2 taktik nak merompak. Nampak macam budak2 remaja, tak tahu orang apa. Mungkin juga baru turun dari hiking di atas bukit tabur. Kemudian tak tahulah, mungkin ada masaalahnya.

Perasan dia macam hilang arah, ku tanya juga dalam bahasa Malaysia . '' Dari mana nak kemana?, apa kes?, apa boleh saya bantu?. Mana kawan?, mana keluarga?, tinggal mana?, buat apa disini?.Dia jawap apa entah, aku pun tak tahu. Langsung tak faham. Bahasa macam arab. Kemudian soal dia dalam bahasa orang putih pulak, tetap di jawab dalam bahasa yang tak difahami.

Di tunjukkan sekeping gambarnya. berbentuk poskad, dibawahnya ada tulisan arab  ,  gaya ala penyanyi sambil pegang gitar, dan sekeping tiket kapalterbang yang ada tertulis Qatar. Agaknya.., mungkin baru tiba dari Qatar.

Macammana boleh ada disini?, tepi hutan. Seorang diri bawa beg, nampak sibuk cuba menghubungi seseorang atau kenalannya melalui talipon bimbit. Tapi macam tak dapat, mungkin line tak ada.


Mungkin ditipu pemandu teksi?, atau pemandu itu tak faham apa yang dicakap dan lain2 kemungkinan yang tak dapat nak difikir. Kemudian buat keputusan hantar dia kebalai polis kerana masaalah komunikasi. Tak faham apa yang ditutur. Hanya satu ayatnya yang kufahami sikit2, dia sebut '' ikhwan...ikhwan''.



Monday, October 20, 2014

Budak Myanmar


Kebanyakan meow menetap diluar, tapi ada sebelas yang tetap dalam rumah, sekali sekala je keluar, satu lagi ( Lucky) memang tak boleh keluar sebab jalannya hoyong hayang macam orang mabuk. Dalam rumah tempat poo&pee tak pakai pasir. Guna paper lama, jimat. Carik2 kan letak dalam bekas dia. Stok dah nak habis. Entah apa mimpi, Budak Myanmar yang kutip barang lusuh berhenti depan rumah.

Abang...Abang... jeritnya dari bawah.

Aku menyahut ''Tak ada la, tak ada barang!", sebab tak ada benda terpakai yang nak dibagi.

Abang mau paper lama?, jeritnya lagi.

"Oh mau...mau, banyak ke?

'' Banyak la...kasi abang free"

'' Ok kejap ya'', seronok pulak rasa. Bukan senang nak carik , kadang2 terpaksa beli yang baru. Selalu beli the star, sebab tebal, hanya untuk lapik taik, bukan dibaca. Dulu pernah cakap dengan dia, kalau ada paper lama hantar sini nak guna untuk kucing.



Tanya dia kalau paper banyak tu berapa dapat duit. Dalam 3-4 ringgit katanya. Dia nampak letih . Comot, berminyak. Aku tanya, '' you bawa moto ada lesen?. Dia geleng kepala.

'' Tak ada, semua orang macam saya mana ada lesen''.

''Habis, polis tahan macammana?.

'' Bagi duit kopi'', kata dia.

'' Oh! yeke?, berapa you bagi?

'' Tengokla...sapuloh ka dua puloh ka".

Mmm...tak tau lah nak percaya ke tak, rasanya polis pun kesian nak saman.

'' Abang ada air minum?, dia minta air.

'' Sorry saya lupa masak air, you ambil ni, nanti beli air", aku hulur sedikit duit.

" Eh tak apa la abang''. Aku paksa dia ambil juga, boleh beli air banyak2 kataku , boleh minum puas2.

''Sebulan dapat berapa jual barang?'', aku tanya lagi.

''Dapat la, satu ribu, kadang2 kurang sikit saja'', jawabnya.

'' Rumah sewa berapa?''.

'' Lima ratus''.

''Berapa bilik?''.

''Dua bilik, cukup la, satu bini satu anak''.

''Cukup makan?''.

Boleh la, tapi tak boleh simpan'', jawabnya sambil mengerut dahi.

"Kawin muda?, banyak duit''.

'' Tak da la..., satu ratus cukup belanja''.

Sunday, October 19, 2014

Pondok pertama untuk berteduh


Cuaca hujan dan panas, bila matahari memancar teriknya sampai terbakar kulit. Silap terbuang pokok2 besar sikit, habis rata tak adalah tempat redup. Dalam kemah pun tak tahan bahangnya. Kulit bertukar hitam, macam terbakar. Akibat tak pakai topi dan baju. Tak tahan panas. Cuaca menjelang malam sejuk pulak.


Dari tapak, kerangka dan seterusnya pondok tertegak jua. 70 peratus siap. Lega sikit dapat berteduh, buat seorang dalam masa dua hari, keluasan 11x11 kaki, tinggi 13 kaki.

Pak Tam bawa tauke jentolak berantai, tengok kawasan yang akan dikorek untuk dijadikan kolam besar, dan buat aliran baru dari sungai kekolam. Kira air fresh akan bertakung dan mengalir kesitu, sedapnya dapat kecebur2 tengah panas2 ni. 

Tauke Tengok dulu dan bincang kosnya. Sewa jentolak Rm800 sehari, kalau boleh siap dalam 2 hari, kalau kurang lagi bagus, Rm 750 sewa lori pergi dan balik. Kosnya lebih kurang Rm 2,350. Dah boleh buat kira2 ongkos yang keluar. 

Tak lama lagi kalau silap budget, memang kena korek tabung. Jawabnya memang lambat lagi la nak siap.



Ini lah rupanya pondok main2 yang separuh siap. Tawakal je tinggal barang2 sini, sementara lagi beberapa hari datang balik sambung kerja. Harap pencuri kesian kat aku ni.


Dugaan pertama, kereta sangkut dalam lumpur tebal, hampir terbalik dalam lembah. Kebetulan hujan lebat. Sampai sini magrib, panik... Keluarkan barang2 yang berat. Tetap tak jalan. Talipon sedara mara, tak dapat line. Talipon bomba dia bagi nombor towing, Nak talipon towing tiba2 ada budak kampung lalu naik motor dan berhenti bila tengok aku mundar mandir. 

Budak motor: Kenapa ?
Aku: Keta sangkut dah senget.
Budak motor: Tarik dengan lori lah.
Aku: Mana nak carik kat sini.
Budak motor: Saya ada.
Aku: Boleh tolong?
Budak Motor: Boleh...tunggu sekejap ya.

Lima minit kemudian dia datang bawa geng2 naik lori. Kebetulan nombor plet sama, cuma terbalik. Tarik guna tali diikat ke lori dan kereta. Tetap tak bergerak. Kemudian panggil lagi geng2 dia. Ada 7 orang semua. Kali ini tolak beramai2 sambil ditarik lori. Baru bergerak walaupun mulanya kereta dah nak meluncur kebawah.

Lega rasanya. Jam dah sepuluh malam. Gelap...Bagi upah mereka tak nak. Jadi belanja minum je. Dikedai... tak sedap hati pulak. Tak kan belanja minum je. Kuhulur jugak seorang Rm 50 sebelum balik, walaupun bermati-matian mereka menolak.


Operasi menyelamat kan ikan


Selepas subuh dalam cuaca yang masih berkabus, bergurau senda dulu sebelum bersarapan, yang  disediakan oleh sepupu sepapat, makan beramai2 dipondok tepi kolam ikan depan rumah. Sehingga suasana cerah baru merentang pukat jaring untuk menyelamatkan ikan2 sebelum dikeringkan sepenuhnya untuk operasi mendalamkan kolam.

Mendengar aku nak buat chalet, Mak su dan husband semangat nak buat chalet jugak diantara dua kolam yang ada tu ekekeke... selamat maju jaya diucapkan.






Tengah sibuk2, baby meow tiba2 muncul dicelah2 rumput, dalam keadaan yang mengigil kesejukan dan menjerit2 minta ikan. Nampak lapar sangat. Kes baru dibuang lah ni. Ku buat keputusan untuk dibawa balik ke kl. Anak buah suruh panggil dia Cik Tam. Senang je dia bagi nama. 


Cik tam dalam kereta otw balik kl

Sebelum balik bersihkan sikit dan mengimbau kenangan di pusara Arwah Nenek dan Moyang yang kembali kerahmatullah beberapa tahun lalu. Mari ramai2 sedekahkan Alfatihah pada semua hamba Allah yang disemadikan disini. Sok bila kita meninggal orang lain akan melakukan perkara yang sama juga.



Sunday, October 12, 2014

Berkemah sehingga segalanya siap

Bertolak sesudah subuh dari kl, lepas selesai beri anak2 makan dan kemaskan apa yang patut. Memandu tak payah buka aircond kerana udara pagi yang segar. Sejam kemudian sampai dikaki gunung, jalan berkabus sejuk sekali. Mengekori sebuah kereta yang terkemut2 mendaki jalan keatas, untuk mengetahui tingginya aras disitu, rasakan saat telinga berdenggung. Dapat bayangkan cuaca dingin dimalam hari.


Belukar tebal

Selamat sampai. Sebelum dan selepas kerja meratakan tanah, Bersihkan pinggir sungai. Menanam anak2 pokok kelapa, mangga dan beberapa jenis lagi untuk sementara. Tiga hari seminggu akan berkemah disini. InsyaAllah dalam masa setahun atau lebih, akan fokus sehingga siap sepenuhnya.


Pak Tam memantau Apek yang kadang2 mengelat, sengaja melambat kan kerja
Sewa jentolak/jengkaut hanya Rm 400 untuk 7 jam bekerja tolak sejam berehat, kena pantau sebab ada yang jenis mengelat melambat2kan kerja, kos bertambah kalau tak siap dalam masa yang ditetapkan.

Sudah terang dan bersih

Anak Sungai airnya sejuk 

Membina Rangka pondok berteduh sementara

Wednesday, October 8, 2014

Ular terbang dalam rumah

Ular cantik yang tersepit ekornya dicelah dinding. Telah menjatuhkan bekas kaca hiasan lalu pecah berderai.



Hasil pencarian, namanya Paradise tree snake, jenis ular terbang ini banyak disekitar kawasan rumah. Memang selalu masuk rumah sebab ada banyak cicak. Selalu juga jadi mangsa permainan kucing. Bisanya amat sedikit dan tidak merbahaya pada manusia, cukup sekadar melumpuhkan cicak, serangga dan katak kecil.




Cara terbang ialah dengan meluncur dari pucuk pokok tinggi kearah bawah, dan boleh mengubah arah saat terbang. Banyak masanya didahan pokok. Melekat menegak 100 darjah atau membelit dibalik daun2. Mempunyai warna warni cantik.

Ular ini sangat takut dengan manusia, kalau terserempak dia sendiri akan lari. Musuhnya ialah burung, ular yang lebih besar darinya, ( kucing... kalau disini lah ) dan manusia itu sendiri. Orang kalau dah penakut ular, ular lidi pun dia bunuh. Kalau dah kenal ular2 yang tak berbisa macamni janganlah bunuh, biar kan dia bebas. 

Kebanyakan kita ni takut ular berbisa, kalau tak berbisa geli la pulak. Kan... samalah disini. Kesian, takut geli, mmm nak kena belajar manja2 dengan ular pulak lepas ni.

Saturday, September 27, 2014

Sayangi bumi hijau, persembahan Passiontree Wedding Planner & Event



Pemilik Passiontree ini adalah salah seorang rakan Animal Lovers yang pernah adopt rescue cat disini tidak lama dulu. Meow itu diberi nama Aisyah. Dan mengambil seekor lagi meow dari tuan lamanya dalam keadaan tidak terurus. Di panggil Ku Bell. Keadaannya kini sangat sihat dan montel gebu.

Passiontree berpengalaman dalam wedding planner dan event sejak beberapa tahun lalu. Walaupun perniagaan beliau tidak besar, akan tetapi hasil kerjanya sangat menarik dan diolah dengan kreatif. Namun ada sesetengah orang sentiasa ingin mengambil kesempatan memberikan bayaran yang rendah dan lambat kerana sikap beliau yang lebih kurang. Tidak kurang juga yang menipu dan memfitnah kerana penyakit PHD. 

Harap beliau tegas sedikit pada masa akan datang, dan berhati2 bila bekerjasama dengan orang lain, selamat maju jaya. 

Gambar adalah event hasil kerja beliau di The New One City Mall yang dirasmikan oleh Menteri besar Selangor yang baru semalam. Untuk melihat hasil kerja unik, cantik2 menawan yang lain, atau memerlukan perkhidmatan beliau seperti menghias, menyusun, mencantikkan, dimana2 tempat yang diinginkan, rumah dewan dan lain2, dengan tema2 pilihan anda sendiri atau idea darinya, boleh like page FB di SINI atau klik link dibawah.

https://www.facebook.com/pages/Passiontree-Wedding-Planner-Event/219656601385038

( Artikel ini ditulis tanpa pengetahuan beliau )

Thursday, September 25, 2014

3 anak yang diabaikan


Menyusukan anak2 bulus yang masih kecil agak leceh sedikit apabila mereka tidak mahu makan minum sendiri. Akibat diabaikan ibunya, saiz badan mengecil, kekurangan zat. Apabila sehari dua disuapkan, perubahan ketara yang mana dua diantaranya semakin aktif dan boleh makan sendiri. Satu lagi masih lemah tapi semakin berselera makan.

Campuran makanan
1-AD, yaitu can food untuk yang kurang selera makan, 2 sudu kecil
2-Susu tepung setengah sudu kecil
3-Gula perang atau glukos kurang suku sudu kecil
4-Air suam 2 sudu kecil
5-Vitamin B complex kurang suku tablet

Campurkan semua, hancurkan. Guna sringe untuk menyuap.

Semua bahan boleh dibeli di pet shop atau klinik haiwan. Vitamin cari di farmasi lebih murah dan glukos ada juga dikedai runcit dll.

Air free tersumbat

Teman2 yang rajin mengikut 

Dalam seminggu ini hujan lebat, air ke kolam tersumbat, oleh pasir, daun kering dan lumpur.Lama2 perlahan macam air kencing. Sampai masa betul kan empangan mini,  yang menyalurkan air melaui paip, terus kerumah. Dugaan air free, memang begini, setiap kali hujan lebat.


Wednesday, September 24, 2014

Tak jadi mesin rumput

Pic sinar harian

Dah dua kali nak ketempat ni, dua kali juga nampak kemalangan. Dua kali juga keluar paper. Minta dijauhkan dari hal2 seperti ini.


................................................................................................




Datang hari ini semata2 nak bersihkan kawasan sekurang2nya separuh. Apakan daya, baru mesin sikit peluh dah mencurah2. Penat, rehat sekejap. Minum dan makan kueh yang beli diwarong tepi jalan. Semak masih tebal, eh...bila nak siap kalau macamni.

Ada orang kampung lalu naik motor, kami sembang sekejap. Rumah dia sebuah je dalam tu. Katanya, minta izin sedekahkan sedikit tanah untuk buat laluan jalan kerumahnya, kemudian dia bercerita sebelum ini jalan lama telah dipagar oleh jiran sebelah Ini kerana termasuk dalam kawasan tanah dia. Jadi tak ada jalan masuk. Takkan nak redah sungai, katanya.

Kemudian dia bagi cadangan,  nak cepat bersih sewa jentolak kejap je dah siap. Baru teringat sebelum ni pakcik dah pernah tolak. Kosnya RM 450 sehari. Murah je rupanya.


Kata Pakcik lagi , didalam ada banyak jeram, air nya boleh diminum terus. Tiba2 bertanya nak buat apa dengan tanah ini. Aku tanya dia balik, ntah... nak buat apa ya acik?. Dia cakap buatlah chalet. Wah!, kebetulan sangat.

Buat cepat sikit biar meriah tempat ini katanya. Sekarang banyak Orang jauh datang dari luar semata2 nak berkelah dan mandi. Eh!, Kalau ada duit semuanya boleh cepat2 acik. 

Lukisan anak buah

Ini saja minta anak buah yang kecik tu lukiskan, sambil menunjuk2 kawasan ini apa, kawasan itu nak buat apa. Hasilnya jadilah lah gambar lukisan ini ekekeke... comel je imaginasi.