Petang-petang selalunya bawa semua naik bukit ikut jalan tepi rumah. Lalu kebun orang. Kasi senaman sikit untuk kekuatan otot kaki, termasuk papanya, sambil menghirup udara yang nyaman sekali.
Kalau ada yang menyangka gambar atas ini hanya ada Peace sahaja, baik anda berjumpa doktor pakar mata. Itu tanda-tanda rabun warna, hahaha...perhatikan betul-betul. Siapa disebelahnya. Klik gambar untuk membesarkan image.
Nampak tak, si kecil Aman cepat belajar...tak lama lagi boleh bergandingan dengan Peace guard orang ramai naik bukit.
Cepat juga dia membesar. Lasak dan sangat cergas.
Ditemani kawan-kawan comel yang lain. Ok... ini gambar dua minggu lepas. Sebelum mata aman tercedera.
Ini Aman boy sekarang. Sebenarnya dia sudah besar tiga kali ganda dari mula-mula diselamatkan masa baby dua bulan dulu. Lebih kurang umurnya dua bulan sekarang ya. Semakin cerdik dan kuat main.
Teman baiknya hanya kucing-kucing. Oleh kerana kuku kucing sangat tajam, semasa bergurau itulah agaknya tertusuk mata kanan Aman. Pada satu pagi ternampak sebelah matanya jadi putih dan tersembul keluar, berair macam orang menangis.
Tinggal sebelah mata lagi. Sekarang jadilah aman A.K.U. atau anjing kelainan upaya. Kesian dia.
Wajah-wajah sedih aman. Muka sedih satu...
Kata doktor kemungkinan mata dia tak dapat diselamatkan. Sedih juga. Nasib tak dua-dua buta. Kalau terjadi apa-apa ..ialah mana tau akan datang kan, Tentu susah untuk dia berdikari.