Contoh paling dekat dengan kl, pergi je ke Port Dickson, air laut pun gatal. Tandas dengan gerai lebih kurang sama saja pemandangannya. Lalat jangan cakap lah. Sekarang aku kutuk kampung sendiri. Sedih...
Kalau siapa pernah pergi ke Singapura tentu akan memuji, mata terasa segar, pemandangan bersih sekali. Walaupun sesuatu kawasan disana cuma bekas sebuah lombong kecil sebesar kolam ikan, tapi cara penjagaannya memang first class. Sungguh cantik. Dan bersih.
Ok....Pulau pangkor kalau nak pergi, disarankan hari2 biasa. Hari cuti memang jem dengan manusia beratur di jeti, nak balik atau pergi. Group kami genap 10 orang. Serik...
Menginap di sebuah chalet yang bernama Nipah guest house kalau tak silap. Berbanding di chalet yang lain, owner disini tak begitu friendly.
Lempeng pisang abang ni boleh tahan sedap, tapi masa tengah hangat, dah sejuk kurang sedap.
Mesin lagu antik ini masih wujud lagi dan berfungsi dengan baik |
Melawat kilang memproses ikan bilis, Mana2 yang ke pulau ni tak sah kalau tak beli ikan kering, ikan bilis, keropok dan makanan2 kering.