Spa ikan konon2 nye untuk duduk lepak malas2 musim panas yang lalu. Sekarang hujan rahmat turun hari2, waktu tengahari pun langit mendung dan angin kuat membuatkan rambut mengerbang kusut ditiup. Melihat didalam air rupa macam hantu.
Sepatutnya ikan Garra Rufa yang berenang2 didalam itu. Namun memandangkan begitu banyak ikan Guppy yang membiak dalam kolam lama, maka guppy pun guppy lah. Seronok comel ni berenang2, air pun fresh mengalir tak henti2 dari kaki bukit.
Sedap je mulut2 halus mengigit sel2 kulit mati tangan dan kaki. Mula2 akan terasa geli2 sikit, lama kelamaan seronok teringin hendak berendam terus. Tapi tak boleh lah, nanti tempat yang tak sepatutnya pun dia masuk.
(Kalau ke spa ikan tu hati2 kerana ada kes2 terpencil jangkitan penyakit merbahaya yang tersebar melalui gigitan dan air kolam itu sendiri yang mengandungi mikro'organisme oleh kerana terlalu ramai orang mengunakannya apalagi jika airnya tidak bertukar selalu).