ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Sunday, March 2, 2014

Miaw2 Omiey Home dan melayan Autobot syomel di Danau Kota...

Hampir jam duabelas malam merayap dari rumah terus ke sentul lalu singgah di Up town Danau kota setapak. Teman kan teman2 yang menyoping ala kadar selepas makan di Restoran Mamak. Mengikut kaki melangkah melilau kesana sini melihat itu dan ini ternampak ruang pameran yang tak seperti tapak niaga lain.

Ada banyak miaw2 dalam cage untuk diberi kepada sesiapa yang berminat atau simpati untuk dijadikan anak angkat. Free je, nanti sumbangkan seikhlas hati kedalam tabung yang disediakan. Kerja2 kebajikan begini bukan semua orang mampu buat. Sebenarnya sudah lama tahu dari kawan2, majallah, tv dan FB, tapi ini kali pertama ternampak aktiviti mereka. Ingin membantu boleh lihat detail dibawah.

Pic Facebook Omiey Home
1. Cimb Omiey Home 8003715888
2. Maybank admin Norhazlin 562553402447
3. Email omieyhome@yahoo.com

Melihat jam tangan sudah lewat dua pagi, kami berjalan menyusuri kaki lima kedai dan siar kaki jalan besar untuk kekereta. Yaa... kita mau balik sudah, kukira lebih tiga puluh kali mulut ini menguap. Pertengahan jalan muncul autobot salah satu geng transformers duduk dipenghadang besi. Ini pun kira pestime aku jumpa autobot... syomel sangat...

Adik Autobot