Set jam seawal 5 pagi takut lambat temujanji dengan doktor hari ini. Semalam entah sebab makanan atau apapun puncanya perut sakit sangat, jam 4 pagi tersedar, terpaksa tidur menonggeng menahan sakit akhirnya terlelap dalam keadaan begitu sehingga dikejutkan. Tak rasa macam nak beyak pulak, sakit angin gitu2 je.
5.30 terbangun bila jam berbunyi, siap2 masak, mandi dan selepasnya menghirup secawan air suam sambil menanti azan subuh. Diluar masih gelap, langsir dibuai2 angin, sejuk dan nyaman rasanya walau sesekali tubuh mengigil. Miaw2 ku tidur berpelukan.
Ketika sampai dirumah Abah, Mak dah bersiap2. Abah menyorong kerusi roda Mak kekereta. Syukurlah kudrat abah yang kuat banyak membantu dan kami tak putus2 mendoakan kesihatannya berpanjangan disamping mengharapkan mak cepat sembuh. Urusan seharian kadang2 dibantu kakak yang datang sekali sekala, manakala tugasku menghantar emak ke Hospital atau klinik mengikut masa yang ditetapkan doktor. Adik beradik yang lain tinggal jauh harapkan kami yang tinggal dekat memantau selalu.
Untuk kali ini cuma keklinik kesihatan kerajaan untuk pemeriksaan darah, dan mengambil ubat. Alhamdulillah urusan tak terlalu rumit, agak cepat kali ini, kesihatan emak sangat okay, kami balik awal tidak seperti sebelumnya. Lega rasa, kerana dari tadi menahan sakit perutku yang memulas2. Tapi emak tidak boleh ditinggalkan sendiri.
Alhamdulillah juga sebab Sekarang perut aku sudah okey, memang sangat okey berbanding semalam. Tiba2 je rasa okey.