ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Monday, March 10, 2014

Sakit saraf Tocit

Sakit saraf Tocit yang seakan2 Lucky  ( Cerebellar hypoplasia ) agak pelik sedikit, semakin lama semakin kejang kaki tangannya, tak boleh berdiri lagi, duduk pun susah. Jalan pun mengesot sedikit-sedikit jika dipanggil. Walau begitu keadaannya sedaya upaya ia bangun dan sentiasa ingin mengikut kemana2 aku pergi.

Memandangkan keadaannya begitu rasa tak sampai hati mengurung dalam sangkar 24 jam yang bertujuan mengelakkan kencing dan beraknya merata kerana tidak dapat dikontrol lagi.

Jadi selain ubat2an ku usahakan terapi khusus untuk mengalakkan pergerakan otot2 tangan dan kakinya seperti yang pernah dilakukan pada Billy dahulu sehingga kaki nya sembuh dan boleh berjalan seperti biasa.



Pegang badannya dan biarkan dia berenang lebih kurang. Secara otomatik anggota badannya bergerak2.


Lap kan kering2, biar dia panaskan badan dan letak kelantai. Alhamdulillah bolehlah bergerak2 lepas beberapa kali buat cara ni tak adalah kejung terbaring macam beberapa hari sebelumnya.



Tengah bertukang pun aku bawa sekali supaya dia tidak boring dalam sangkar. Makan kadang2 suapkan kadang2 dia makan sendiri susah payah jugak lah.