ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Sunday, March 30, 2014

Coconut shake cendol sambil ber BBQ cecahan budu campur tempoyak erkk...

Semenjak dua menjak ni rajin pulak ber BBQ bila kawan2 bercuti. Ia mempunyai keseronokan tersendiri Di bawah hijau rimbun pokok, angin bertiup nyaman, bau asap kayu dibakar untuk memanggang, menimbulkan mood percutian sebenar walaupun hanya didepan rumah.




Cecahan air asam, kicap cili, sambal belacan, budu, tempoyak dan oh sedapnya budu campur tempoyak. Dulu aku pelik budu campur tempoyak?, apa rasanya?, dah cuba makan sedap ketagih pulak hehe. Tapi pastikan budunya jenama yang paling sedap.


Bila kehausan menikmati Kelapa goncang cendol ini sangat nikmat yeh... boleh cuba buat sendiri. Caranya coconut shake buat macam biasa tapi jangan letak gula, 'ais' biar lebih dan terasa macam disagat, letak cendol dan siram diatasnya air gula merah campur gula kabung/melaka. Idea sendiri bukan dicedok dari mana2 resepi. Muncul idea ni bila tiba2 teringin nak makan/minum cendol bakar haritu. Kebetulan hampir setiap hari buat coconut shake, buah kelapa muda pun tengah banyak dipokok. Siapa yang bisnes coconut shake sila lah cuba yang ini untuk dikomersialkan selain letak aiskrim. Cuaca panas sekarang ni pasti laris.




Heh...pantang apa2 aktiviti kita buat meow2 mesti ada, samaada untuk mengacau, lepak bermanja2 atau bergurau senda sesama dia. Ia penyeri suasana ... meowwww