ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Saturday, March 29, 2014

Laksa di atas bukit

Bukak tutup laptop teringin nak update sesuatu sebagai kenangan tapi selalu tak jadi, baca paper, baca itu ini tutup balik macamtu lah hari2 dan seterusnya. Hari ini keletah Guntur yang kurang sihat buat aku ter rajin sikit. Mengamuk gila2 dalam cage, bagi makan, makan sikit, rabus ayam makan sikit, mulut je bising lebih. Keluarkan macamni lah keliling meja, terjerit2 lompat sana sini gelisah semacam. Letak luar rumah berlari2 sakan cari tanah. Oh rupanya tak tahan nak berak. Mmm dalam cage pun ada tempat buang, tak mau pulak buang situ.



Alang2 tengah rajin ini, kutaipkan sedikit memori untuk diri sendiri dan kawan2 yang berkenaan. Menjelang petang beberapa minggu lepas mengidam makan laksa, sambil menikmati pemandangan dari atas bukit. Vroom2...naik kereta dipandu encik Ooo, pertengahan jalan terpaksa menyiput sebab jalan jem.

Lokasi di bukit Ampang terletak dijalan menghala ke Hulu Langat. Diselekoh situ terdapat gerai2 tepi bukit. Gerai tak cantik pun. Makanan biasa2. Yang menarik hanya kerana boleh melihat pemandangan sekitar bandaraya Kuala Lumpur saja.  Sayangnya jerubu pula.

Meja paling hampir dengan tebing, lantainya hanya playwood tebal yang dipaku pada tiang tinggi rendah mengikut permukaan tanah, menjadi tempat kami duduk sambil makan laksa dan menghirup kuahnya sampai licin. Boleh tahan rasanya.

Dah lama duduk sini baru nampak Meow. Bunting perutnya, ku panggil2 tapi dia tak mau datang. Kalau dibawa balik, entah beberapa ekor lagi dihadiahkan anak2nya.