ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Saturday, March 29, 2014

Petai, Jering, Monyet, Tarzan, Orang Asli dan Akak Yiyie

Ada harinya kalau mood yang baik sangat, kekebun diatas bukit melihat2 kalau ada sesuatu yang boleh dikutip untuk dijadikan bahan kreativiti dimasa lapang.  Hari itu terdongak ke atas langit, hanya langit yang cerah, dipertengahan mendongak itu ternampak buah petai dihujung2 dahannya, berayun2 ditiup angin. Disebelahnya ada pokok jering yang juga sedang berbuah lebat sekali. Pokoknya besar, monyet pun tak mampu panjat. Pada hemat aku, hanya Orang Asli dan Tarzan je yang boleh lepas.

Kecuali pokok petai yang tidak terlalu besar, namun tinggi melangit. Aku gayat,tapi yang ini monyet boleh lepas. Mencuba untuk kait buahnya dengan memanjat pokok cempedak disebelah, dibantu galah buluh kukuis2 tak sampai pula. Lengoh tangan dan tengkok. Akhirnya terpaksa menyerah kalah, hanya mengharapkan monyet saja untuk menjatuhkan setangkai dua.


Sebagai ganti jering pun jeringlah. Sedang elok, muda dan rangup. Walau pokoknya besar tapi tidak terlalu tinggi. Kujolok2 jatuh jua. Kat pasar malam sekilo enam hengget. Mahal kau. Menggelakkan kempunan kupetik2 pucuk petai belalang untuk dibuat ulam kerana rasanya seakan2 petai juga.

Aman dan Smart kena ikat, jadi yang temankan aku kali ini hanya Akak Yiyie yang kejap ada kejap tak ada.