ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Friday, February 28, 2014

Mungkin kenangan terakhir di Bukit Tabur dan Mr Smart



Bagi sesiapa yang tahu perkembangan terutama kaki hiking, sekitar january lepas ada seorang perempuan jatuh dari bukit tabur 3 kali, 2 kali sebelum hari yang malang itu dia selamat, kali ketiga meninggal dunia terjatuh dalam gaung yang sama. Maknanya memang ajal dia sudah tertulis disitu. Beberapa hari sebelum tu ada kes jatuh juga, tapi patah riuk je, dan berturut minggu sebelumnya kes jatuh menjadi2. 

Budak2 jiran atas bukit pernah selamatkan seorang lelaki mat salleh yg parah berdarah2 lepas terjatuh. Help! help! terjerit2 kawan tu. Naik sorang2. Nasib bebudak tu dengar dari pondok tunggu buah. Dan sebelum itu seorang lelaki melayu terpaksa merangkak turun kebawah selepas tergelincir. Tak ada orang tolong sebab naik sorang juga. Kebetulan waktu itu tak ada orang lain. Nasib baik selamat.

Kerana kes perempuan yang meninggal ditempat kejadian, kini Bukit Tabur tak boleh dinaiki sesukahati. Nak naik kena minta permit dan bayar RM 5 kalau tak silap. Dan Rm 1 untuk seorang. Laluan masuk sudah ada pondok penjaga jabatan perhutanan.

Beberapa hari selepas kejadian kami mendaki beramai2 keatas bukit. Ramai2 tu termasuk orang lain yang memang nak naik atas tu kami tak kenal pun. Hanya untuk keluarkan peluh. Sebelum ditutup pada orang awam sudah ada kenangan pada teman2 yang tak pernah naik. 

Tiba2 muncul Smart dari belakang mengikut, Aman entah kemana. Oleh kerana beriya2 disuruh balik tak mahu, lalu aku benarkan dia ikut. Dia dulu jalan macam otai je. Sebab dah biasa teman kan orang naik keatas tiap pagi minggu. Boleh ganti kakak Peace tu.


Smart

Reaksi orang ada yang tak kisah, ada yang ambil gambar, ada yang bertanya dan ada yang takut2 kena gigit atau tersentuh. Tapi Smart baik budaknya. Jalannya sopan dan pandai jaga adap.