ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Thursday, February 27, 2014

Kolam rendam kaki, Pondok BBQ

Musim panas kering kemarau panjang sekarang. Jangankan pokok kecik, pokok besar pun menguning lalu gugur kebumi tandus berdebu, kemudian berterbangan debu2 ditiup angin, lalu kita menghirup udara itu dan tekak sakit kering mengundang batuk selsema. Jadi rajin2 lah minum air jernih bersih hidup atau air masak banyak2.

Menyejuk kan badan kerapkan mandi, atau celup2 kaki dalam air macam rutin aku dimusim panas ini, syukurlah air free dari perut bumi terus mengalir sementara diserata tempat seluruh negara air sedang dicatu. Mencuri masa selama seminggu ini untuk membina semula kolam mini bagi merendam kaki dan badan didepan teratak kecil ini. Nanti akan diletak ikan2 comel yang suka mengigit2 manja kulit mati dan kematu dikaki sesiapa saja kecuali meow2 dan dua bodyguard itu.

Kebetulan teman2 yang dikasihi lepak bercuti, timbul idea membina pondok BBQ disebelahnya. Sebelumnya hanya letak kotak pemanggang diatas bangku kayu buatan sendiri.



Sebelum

Selepas