ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Thursday, February 27, 2014

Bella dan Billy


(Ku catat kisah ini sekitar disember 2013) Sedar tak sedar angsa dah besar. Satu petang Jhon datang, anjing2 dia ikut masuk kawasan rumah. Angsa tak kurung lagi. Belum sempat keluar anjing2 dah serang . Bella luka2. Billy dah tergantung dalam mulut anjing. Aku jerit sekuat hati. Anjing2 jhon lari. Billy terkulai. Bella masih boleh jalan.

Aku urut2 leher dia macam tersekat makanan. Buat CPR , hembus angin dalam mulut dia. Macamtulah lebih kurang. Sedih betul. Sejak hari itu aku tak benarkan Jhon masuk lagi. Dan pesan suruh kontrol anjing2 dia. Dia cakap 'sorry'. Tu je dia cakap.

Dua minggu rawat Billy. Urut kaki dia yang patah. Spray ubat. Buat kan buaiyan  sebagai terapi supaya kakinya yang patah tidak kaku. Berenang pun senget. Bella ok, sikit je luka dia.


Alhamdulillah. Semakin sihat dan membesar. Kalau kepasar borong tebalkan muka kutip sayur2 yang dibuang peniaga pasar. Elok lagi, sesuai untuk makanan diaorang ni.


Sekarang sudah semakin galak dan garang, sesuai untuk jaga rumah berganding dengan Aman dan Smart.


Sungguh kacak dan santhek................................................