Malas nak datang minggu ni. Tapi mengenangkan Anjing tu entah makan entah tidak, gagahkan jua hati memandu dengan kelajuan sederhana selama sejam setengah. Sampai agak lewat kerana jalan jem tanpa sebab. Pelik jalanraya di Malaysia ni. Tak ada eksiden, tak ada sekatan pun boleh jem.
Dah sampai, eh...nampak dia tepi jalan, tak tau arahnya nak kemana, panggil...dia nampak, mengoyang2 ekor, terus berlari mengikut. Dia sudah cam.
Dilorong masuk ke pondok ada sebuah kereta menyekat laluan. Tak berganjak pun dah tau kereta dibelakang ni nak masuk. Terpaksa menyelit ditepi2 akhirnya lepas, sambil menjeling pemandunya dengan hati yang panas.
Tiba2 datang 4 orang budak lelaki dan seorang gadis. Tu orang dalam kereta yang menyekat lorong masuk tadi. Salah seorang macam biasa dilihat. Ku bagi salam, mereka jawab. Kemudian budak lelaki yang macam pernah nampak tu tegur. '' Orang sini ke?'', tanya dia. '' Ha'ah, siapa ni?, maaflah tak kenal'', aku jawab. '' Anak Mokhtar", katanya lagi. Allah..., sepupu rupanya. Patut lah macam kenal. Nasib baik tadi tak marah2 kat dia, katanya tadi teragak2 nak masuk, bimbang salah tempat.
Ada call masuk, Pak Tam talipon dan tanya, '' Ada tak anak Pak Tam datang?. ''Ada...'', jawab ku. '' Dia nak buat shooting tu'', kata Pak Tam lagi.
Aku tanya sepupu, '' Nak shooting apa?. Dia jawab, ''Shooting subjek, nak buat filem, nak guna kawasan ini dan pondok sekali". Di kolej dia ambil bidang tu, alkisahnya...projek kolej lah ni. Jadi aku serah kunci pondok, sebab hari yang dia nak buat kerja tu, aku di kl. Tak sia2 bina pondok kecik ni, pelbagai kegunaanya.
Tengahari, Miku menjengah dibelakang, mengintai aku makan. Lapar balik lah tu. Senang je nak jinakkan Anjing. Bagi makan selalu, nah...tengok dia datang sendiri. Moral ceritanya, kalau anda takut anjing, jangan baling batu. Tapi baling lah makanan yang dia suka makan.
Petang sikit, meracun rumput lalang, tiba2 miku mengikut, berlari2 mengelilingi aku seakan2 mengajak bermain. Pura2 tak nampak, dan meneruskan kerja, miku pulak dengan aksinya terlompat2 dan berlari2 sekitar kawasan, seronok nampaknya.
Part paling menyedihkan, bila nak balik kl. Dia nak ikut, melihat melalui cermin pandang belakang. Jelas nampak Miku mengejar sepanjang jalan. Mau sampai ke highway kl seremban dia ikut nanti. Sayu je hati ni. Tapi tak boleh la nak bawa sekali. Pecut laju2 sehingga dia hilang dari pandangan. Harap tak ada orang kacau dia, panjang umur jumpa lagi.