ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Tuesday, December 2, 2014

Roselle / rosella / asam belanda menjadi2 buahnya.


Sekitar lebih tujuh bulan yang lalu ada bawa balik benih Roselle/Rosella atau asam Belanda dari Pulau Pangkor. Cuba2 tanam, tumbuh lebih 6 anak pokok. Kemudian disemai sebelum ditanam ditepi pagar. 

Sebelum berbuah, daunnya sangat lebat. Disangka tidak menjadi kerana setelah begitu besar tiada putik yang kelihatan. Jadi hanya petik pucuknya sahaja untuk dijadikan ulam atau dibuat asam pedas ikan dan singgang.

Satu masa dulu, dipasar borong ada ternampak orang jual daunnya seikat Rm 2, masa tu tak tahu apa kegunaannya, tapi berat mulut ni nak bertanya.

Masak asam atau singgang tak usah letak asam, kerana daunnya sudah cukup masam. Semakin dipetik semakin bercambah daun2 baru. Akhirnya timbul putik2 kecil dan kemudian bunga. Seterusnya baru jadi buahnya. Tujuh bulan atau lebih jugalah baru berbuah lebat.


Inilah hasilnya dan dah berkali2 dipetik, Kali ini dapat dua plastik beg besar penuh. Separuh dibuat jus separuh lagi dikeringkan untuk dijadikan teh. Dikedai, sekotak teh roselle berharga sekitar Rm 5 hingga Rm 12 ikut sukatan beratnya.

Senang je nak buat, Asingkan bijinya, jemur atau keringkan kelopak. Bila nak minum cuma letak beberapa kuntum dalam gelas dan masukkan air panas. Tambah madu atau gula perang/putih.  Siap. Nak buat pati jus rebus je. Letak gula, sejukkan letak dalam peti ais. Nak minum buat macam sirap tu tambah air dan ais. Rasanya seakan2 ribena tapi bukan rasa ribena. Sedap. Boleh dibuat jem dengan kelopaknya, jelly dan macam2 lagi.


Bila free pangkas ranting2 nya dan cucuk ditanah yang lembab atau siram selalu supaya cepat tumbuh akar. Lagi cepat berbuah berbanding biji benih.

Kandungan vitamin C nya sangat banyak, vitamin D, B1, B2, kalsium, magnesium, Omega-3 dan lain2 lagi. Kaya anti oksidan, Boleh awet muda ni. Sangat banyak khasiatnya, antaranya untuk yang berpenyakit darah tinggi, kencing manis, selsema, batuk, demam, pening, migrain dan macam2 lagi.

Ada jiran2 dan kawan2 yang datang, bagi je keratan batang suruh dia tanam. Seronok nampaknya, kerana pokok ini tak ramai orang tanam, dan tak tahu mana nak cari benihnya.