ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Sunday, November 2, 2014

Berkenalan dengan Anjing tak bertuan


Belum cukup modal nak bangunkan kawasan. Jadi hari ini tanam beberapa jenis anak pokok saja. Setiap satu ditanam ku cakap ''Cepat lah membesar wahai pokok''. Sambil2 tu sempat tebas dan mesin rumput. Entah bila masa, Anjing comel muncul depan pondok.


Pagi tadi memang dah beli beberapa ketul ayam goreng. Memang niat nak bagi dia kalau terserempak. Ini ialah Anjing yang dilihat berjalan sejauh beberapa kilometer sehari untuk mencari makanan. Macam tak bertuan. Sejak mula membersihkan tanah lebih sebulan lalu, selalu nampak dia. Kurus, letih dan uzur.

Mungkin bekas Anjing penjaga ladang yang diabaikan, atau dulunya kepunyaan orang asli. Sepanjang laluannya ada yang membiarkan, ada juga yang menghalau.

Masih takut2 tengok aku. Mungkin mahu mengucapkan terimakasih. Lepas makan 5 ketul ayam, dia duduk ditepi pagar yang agak redup, melihat dari jauh. 

Sedap makanannya hari ini. Tak lama kemudian dia hilang dari pandangan.



Petang, sebelum balik ke kl, gaulkan lebihan nasi dan lauk bekal. Kut2 terserempak lagi. Dah memang rezki. Nampak dia tengah berjalan menghala kearah pondok. Mungkin mahu cari makan lagi. Nasi gaul dalam bekas kuletak diatas rumput. Dia masih takut2. Aku cakap '' makan lah baby, panjang umur, jumpa lagi minggu depan'', dah masuk kereta, baru dia berani makan.

Semoga dimudahkan dia mencari makanan, dan tak ada orang yang menyakiti dia.