Selepas subuh dalam cuaca yang masih berkabus, bergurau senda dulu sebelum bersarapan, yang disediakan oleh sepupu sepapat, makan beramai2 dipondok tepi kolam ikan depan rumah. Sehingga suasana cerah baru merentang pukat jaring untuk menyelamatkan ikan2 sebelum dikeringkan sepenuhnya untuk operasi mendalamkan kolam.
Mendengar aku nak buat chalet, Mak su dan husband semangat nak buat chalet jugak diantara dua kolam yang ada tu ekekeke... selamat maju jaya diucapkan.
Tengah sibuk2, baby meow tiba2 muncul dicelah2 rumput, dalam keadaan yang mengigil kesejukan dan menjerit2 minta ikan. Nampak lapar sangat. Kes baru dibuang lah ni. Ku buat keputusan untuk dibawa balik ke kl. Anak buah suruh panggil dia Cik Tam. Senang je dia bagi nama.
Cik tam dalam kereta otw balik kl |
Sebelum balik bersihkan sikit dan mengimbau kenangan di pusara Arwah Nenek dan Moyang yang kembali kerahmatullah beberapa tahun lalu. Mari ramai2 sedekahkan Alfatihah pada semua hamba Allah yang disemadikan disini. Sok bila kita meninggal orang lain akan melakukan perkara yang sama juga.