Kg Repek Pasir Mas.
Tak tahu apa nama sebenar pokok buah ni. Orang sini panggil strawberry je. Walau tak ada rupa strawberry. Cantik dan boleh dimakan. Masam2 rasanya tapi bergetah. Kena rendam dalam air dulu kata tuannya. Ditanam oleh anak tuan rumah. Ia boleh dipotong potong dan potong lagi supaya menjadi seperti bonsai. Amat cantik jika katik berbuah merah didalam pasu.
Namun selepas digoogle image ia seakan2 buah lobi-lobi yang dikenali di Indonesia. Salah satu bahan untuk dibuat rojak, ubat, perisa air minuman , jeruk dan lain2.
Ditanam melalui biji buah tua. Cara lain mungkin ada. Telah ambil beberapa biji untuk ditanam sebab tak nampak anak2 pokok dibawahnya.