Hendak di telan terasa pahit, hendak diluah sayang. Hendak dibelai tangkai berduri. Hendak dipegang takut dibelit, hendak dilepas sudah terbelit. Manis-manis buah rambutan, terlebih makan jadi penyakit, pahit-pahit daun mengkudu, berulam sedap dicicah budu. Biar putih mata kerana memandang. Jangan bala lalu dibawa singgah, tak tahu pipit tak tahu enggang, sudah rapat jadi renggang. Umpama mengadu air dengan garam.
Dayung sudah ditangan, sampan sudah diair, mengapa masih hendak berenang... kalau mandi di air kiambang, sudah basah gatal pun datang. Sayang sayang buah kepayang, hendak dilepas terasa sayang. Hendak dimakan takut mabuk lagi...walaupun sedap.
Di permulaan highway ini, ada banyak jalan dan simpang. Jalan lama sudah mahir banyak ranjau dan sekatan, jalan baru belum tahu, jalan mati teruk lah kena patah balik, jalan terus sesuatu yang belum pasti, ibarat menanti arah hanyut. Hanyutlah seperti cerita yang sudah tertulis...