ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Wednesday, June 4, 2014

Etak salai etok rebus Hanya dikelantan

Jun 1, ahad siang dan malam


Etak ke etok?, samaada disalai selepas digaul garam kunyit atau rempahnya, ada yang rebus. Kalau yang terdapat dikaki lima pasar pasir mas, adalah yang telah disalai. Dibungkus dalam suratkabar digulung seakan kacang putih. Rasanya bagi yang tak biasa makan akan rasa nak termuntah. Sebab isinya seperti mentah. Rasa rempah luarannya masin. Cara makannya gigit sedikit dibahagian hujung penutup cengkerang yang kecil2 ini nanti terbuka. Namun bagi orang sini ianya sedap. Dah cuba tapi hanya mampu telan dua kali, sekadar nak tahu rasanya.

Jalan malam di kota bharu


Singgah ditempat yang dipanggil Istana Air Mata. Google sejarahnya yang panjang... Namun gambar diatas kalau tak silap Istana Balai Besar, sepanjang jalan dalam bandar Kota Bharu ini sangat bersih dilihat waktu malam, tiada sampah sarap kelihatan. Kutu rayau gelandangan seakan tidak wujud, yang ada jelas nampak beberapa buah kereta dan motosikal melepak ditempat2 tertentu sama seperti bandar lain, cuma disini nampak lebih aman dan sunyi tidak bising.




Meow2 yang banyak ditaman


Mencuri rakam geng Fotoshoot pengantin ditaman...


Salah satu meow yang agak berisi. Mereka semua takut orang asing. Ada seseorang yang memberi mereka makan setiap hari. Sempat ku perhatikan kucing2 ini berlari mendapatkan insan itu bila datang membawa sesuatu. Sayang sekali, bateri handphone ini kong jadi tak dapat ambil gambar.


Vandalisme dipintu jamban