KUCING MANJA,KUCING COMEL, KUCING-KUCING TERBIAR UNTUK DIPELIHARA.BLOG BLOG BERKENAAN HAIWAN TERBIAR DAN SEHABAT-SAHABAT HAIWAN TERBIAR. http://kucing2terbiar.blogspot.com
Wednesday, June 11, 2014
Tuesday, June 10, 2014
Balik kampung Negeri sembilan
Rumah pusaka Arwah Wan sebelah yang tak berjaga, sayang sekali anak2 tak jengok, rumah antik cantik semakin runtuh.
Kolam ikan arwah Atuk, depan rumah bekas tanah sawah dulu dan sekarang...
![]() |
Meow Acik |
Dari kecil dulu sampai sekarang sebahagian luaran dan dalaman rumah adik Wan masih sama. Diruangan ini tempat aku masuk jawi.
Di jalan tiga simpang
Salinan Coretan si begar ( degil ) sepanjang highway
Hendak di telan terasa pahit, hendak diluah sayang. Hendak dibelai tangkai berduri. Hendak dipegang takut dibelit, hendak dilepas sudah terbelit. Manis-manis buah rambutan, terlebih makan jadi penyakit, pahit-pahit daun mengkudu, berulam sedap dicicah budu. Biar putih mata kerana memandang. Jangan bala lalu dibawa singgah, tak tahu pipit tak tahu enggang, sudah rapat jadi renggang. Umpama mengadu air dengan garam.
Dayung sudah ditangan, sampan sudah diair, mengapa masih hendak berenang... kalau mandi di air kiambang, sudah basah gatal pun datang. Sayang sayang buah kepayang, hendak dilepas terasa sayang. Hendak dimakan takut mabuk lagi...walaupun sedap.
Di permulaan highway ini, ada banyak jalan dan simpang. Jalan lama sudah mahir banyak ranjau dan sekatan, jalan baru belum tahu, jalan mati teruk lah kena patah balik, jalan terus sesuatu yang belum pasti, ibarat menanti arah hanyut. Hanyutlah seperti cerita yang sudah tertulis...

Saturday, June 7, 2014
Anak burung merbah
Sarang jatuh dari dahan lain ke dahan lebih rendah. Ibu tak balik bagi makan sehari. Badan lemah dan sejuk. Terpaksa jadi pak angkat sampai besar. Bagi makan ulat beli dikedai haiwan.
Maaf disana
Yang disana...
Maaf kerana memilih untuk diam. Kerana bila bersuara segala2nya akan terkeluar, akan ada yang sakit hati. Sila terus mengutuk, menyindir dan menyalahkan. Aku tak akan membalasnya.
Tuduhan yang berat, andaian yang serkap jarang, alang-alang terlihat bagai sampah dalam mata, lebih baik bawa diri, biar berpahit-pahit dahulu, kerana hujan panas memang permainan hari, suka duka permainan hidup, yang disana memang baik dan suci. Tak pernah melakukan kesalahan, fikirkan apa yang mahu difikir, kamu dipihak yang benar. Selamat tinggal.
Terima kasih.
Thursday, June 5, 2014
Aminah di kedai makan
Melumur kulitnya selama seminggu. Minyak afiat campur minyak bekas goreng.
Dan Lebih kurang sebulan kemudian ...Alhamdulillah...
Wednesday, June 4, 2014
Mas 2011-2014 , Feline infectious peritonitis (FIP) jangkitan virus pada kucing
Feline infectious peritonitis (FIP) jangkitan virus pada kucing yang sukar sembuh selalunya berakhir dengan kematian.
Tak kan ada yang kekal selama-lamanya...innalillahiwainnailaihirojiun
Tak kan ada yang kekal selama-lamanya...innalillahiwainnailaihirojiun
Etak salai etok rebus Hanya dikelantan
Jun 1, ahad siang dan malam
Etak ke etok?, samaada disalai selepas digaul garam kunyit atau rempahnya, ada yang rebus. Kalau yang terdapat dikaki lima pasar pasir mas, adalah yang telah disalai. Dibungkus dalam suratkabar digulung seakan kacang putih. Rasanya bagi yang tak biasa makan akan rasa nak termuntah. Sebab isinya seperti mentah. Rasa rempah luarannya masin. Cara makannya gigit sedikit dibahagian hujung penutup cengkerang yang kecil2 ini nanti terbuka. Namun bagi orang sini ianya sedap. Dah cuba tapi hanya mampu telan dua kali, sekadar nak tahu rasanya.
Jalan malam di kota bharu
Singgah ditempat yang dipanggil Istana Air Mata. Google sejarahnya yang panjang... Namun gambar diatas kalau tak silap Istana Balai Besar, sepanjang jalan dalam bandar Kota Bharu ini sangat bersih dilihat waktu malam, tiada sampah sarap kelihatan. Kutu rayau gelandangan seakan tidak wujud, yang ada jelas nampak beberapa buah kereta dan motosikal melepak ditempat2 tertentu sama seperti bandar lain, cuma disini nampak lebih aman dan sunyi tidak bising.
Meow2 yang banyak ditaman
Mencuri rakam geng Fotoshoot pengantin ditaman...
Salah satu meow yang agak berisi. Mereka semua takut orang asing. Ada seseorang yang memberi mereka makan setiap hari. Sempat ku perhatikan kucing2 ini berlari mendapatkan insan itu bila datang membawa sesuatu. Sayang sekali, bateri handphone ini kong jadi tak dapat ambil gambar.
Vandalisme dipintu jamban

Pokok Buah strawberry repek agaknya lah atau buah Lobi-lobi
Kg Repek Pasir Mas.
Tak tahu apa nama sebenar pokok buah ni. Orang sini panggil strawberry je. Walau tak ada rupa strawberry. Cantik dan boleh dimakan. Masam2 rasanya tapi bergetah. Kena rendam dalam air dulu kata tuannya. Ditanam oleh anak tuan rumah. Ia boleh dipotong potong dan potong lagi supaya menjadi seperti bonsai. Amat cantik jika katik berbuah merah didalam pasu.
Namun selepas digoogle image ia seakan2 buah lobi-lobi yang dikenali di Indonesia. Salah satu bahan untuk dibuat rojak, ubat, perisa air minuman , jeruk dan lain2.
Ditanam melalui biji buah tua. Cara lain mungkin ada. Telah ambil beberapa biji untuk ditanam sebab tak nampak anak2 pokok dibawahnya.
Sembuh kaki Abang 2
![]() |
Terbaru |
Dah makin sembuh kaki abang 2. Daging pun tumbuh, tak nampak lagi tulang jari. Lambat sikit baiknya. Kira Ok lah daripada kena potong. Tuannya pun aku dah bagitau. Tapi Masaalah baru pulak datang. Kurap...mmm.
![]() |
Lama Sebelum |
Subscribe to:
Posts (Atom)