KUCING MANJA,KUCING COMEL, KUCING-KUCING TERBIAR UNTUK DIPELIHARA.BLOG BLOG BERKENAAN HAIWAN TERBIAR DAN SEHABAT-SAHABAT HAIWAN TERBIAR. http://kucing2terbiar.blogspot.com
Tuesday, May 10, 2016
Ubat kaki koyak
Ada meow yang jenis lasak sangat. Panjat sana sini. Balik jalan terhencot2. Celah jari kerap koyak dan bengkak. Selalu lumur bedak antiseptik saja. Cepat kering dan luka bertaut. Jangkamasa sembuh 3 hari.
Sunday, May 8, 2016
Buang kucing
Drive balik kl, penat letih, ngantuk, sampai rumah nampak selonggok macam ni. Anak2 kucing ini baru dibuang orang. Tak tau nak kata apa.
Lebih lagi bila dapat tau yang baik hati sangat buang kucing disini ialah orang yang dikenali. Bukan sekali, berkali2. Nak marah ka nak ucap terimakasih ni ?.
Sabar je lah...
Tuesday, May 3, 2016
Teratak meow
Macam2 nama dah , tengoklah mana yang bersesuaian hahah...
![]() |
| Mama, Jiran yang rajin bertandang |
Teratak 90 peratus siap. Tinggal tacap2 apa yang patut. Macam2 hal terjadi minggu ni, yang sedih, yang happy. Apapun tukang bagi semangat sentiasa mengingatkan matlamat asal. Oh terima kasih lah.
Penat sekejap, harap kepuasan berpanjangan.
Thursday, April 14, 2016
Villaku Villa kucing
![]() |
| Tarik tali bagi lurus susunan batu |
![]() |
| Dah penat sangat ni |
![]() |
| Tunggu air kut ni sampai tertidur |
![]() |
| Ni bosan menunggu entah bila rumahnya nak siap |
Anjing...
Musim panas extreme, Aman dan Smart kerap ke anak sungai untuk berendam dan minum. Tempat kegemaran mereka merayau disitu ialah hutan buluh, Tak lama kemudian kaki berdarah-darah, balik bawa pacat.
Ketika mandi dan membasuh, Aman dan Smart akan menunggu di tebing sehingga selesai.
Percaya tak, Walaupun kebanyakan kawan2 memang animal lover, tapi ada juga seorang dua yang bukan. Walaupun begitu mereka kerap juga datang. Kalau mereka datang aku akan sakit hati. Aman dan Smart disuruh tambat jauh2, mereka tak suka. Kucing kalau ada yang kurang sihat sikit, minta tolong pegang nak bagi ubat, tak mau pegang, kotor katanya. Memang kena marah je kalau diaorang datang. Yang peliknya kena marah kaw2 pun mereka tetap datang. Macam tak ada perasaan. Aku pun tak pernah kata tak boleh kalau nak datang. Malah kami dah bertahun2 berkawan.
Pembinaan rumah kecil
Tempat kediaman adalah perkara penting sebelum kerja2 lain dapat diteruskan. Tak perlu besar. Memadai selesa untuk didiami.
Ini antara kawan-kawan yang bertungkus lumus menaikkan tiang tambahan bahagian hadapan untuk ruang santai beberapa minggu lepas. Terima kasih banyak-banyak ya, cantik je tertegak, semoga Allah membalas kebaikan semuanya dengan kebaikan yang berganda-ganda. Ameen...
| Peringkat permulaan membuat bilik ala kadar supaya tidak tinggal dalam kemah lagi |
| Ok siap bilik, ditutup dengan papan sementara untuk tumpukan kerja lain. Akan dibuka semula untuk naikkan batu bila yang lain siap nanti |
| Nak siap dah ni |
Selesai nanti baru boleh mulakan projek Villa kucing insyaAllah. Terimakasih juga pada yang membantu tak kira dari segi apapun untuk pembinaan tempat kucing, pemberi semangat dan motivasi kerana ada ketika rasa malas dan putus asa, ada juga kritikan kawan2 yang mengatakan hanya membuang masa, wang dan tenaga, tapi kerana memikirkan budak-budak ni teruskan juga.
Di KL...
Sekarang di kl, kena kerja lah untuk cari rezki, memandangkan dah sebulan aku cuti tak bergaji, urusan geran, dan menjaga serta merawat sendiri budak2 yang dah lama kena tinggal, banyak yang kena selsema, sakit mata, kurap dan sakit telinga, yang hilang pun ada. Sedih aku. Kawan yang tolong jaga pun dah terlalu banyak membantu. Tak boleh salahkan dia. Tapi ada pulak orang ambil kesempatan buang anak2 kucing semasa aku tiada. Geram betul. Jadi sementara ini hanya setiap hujung minggu akan kesana untuk menyudahkan kerja2.
Ada kesempatan ni bolehlah update sikit perkembangan. Disana memang tak ada masa, internet pun ada ditempat2 tertentu. Harapkan line hp je, itupun ada pot2 tertentu juga. Pot line hp kat dapur clear. Tempat lain putus2.
Sebenarnya ada cerita lain disebalik projek ini, asalnya dicadangkan bergabung dengan satu group yang diasaskan oleh pasangan suami isteri, semua akan ditaja, dah bawa tengok tapak, tapi syaratnya tak mampu nak ikut, keduanya cadangan sahabat karib yang minta buat proposal , dan idea2 diberikan sangat best, tapi kemudian tak tahu mana silapnya, mungkin ada miscommunication, harap ada kemajuan nanti.
Jadi sementara ini uruskan sendiri, walaupun agak susah sikit. Kalau nak jadi tetap jadi. Usahakan juga walau lambat.
Sekian coretan kali ini yang agak panjang lebar selepas dipendekkan dari cotetan yang lebih panjang.
Sunday, March 6, 2016
Aman kemalangan
Macam2 cerita, sibuk sangat , kulit pun dah hitam. Paling sedih tak perasan si Aman mengejar dari belakang kereta ketika hendak kekedai. Kena langgar oleh kereta orang lain yang dipandu laju. Merangkak si Aman balik. Patah kaki.
Lain2 in progress. Rumah dah tegak tiang dan naik bumbung. Gotong royong, laman dah bersih sikit,
Thursday, February 11, 2016
Rumah kucing diladang
Tajuk: Rumah2 kucing diladang
Nama tempat/official brand: Belum tahu
Pembangunaan, sebuah rumah kecil untuk pihak yang mengurus, penempatan
kucing terbiar, pondok percutian untuk
animals lover beserta kemudahan asas dan kegiatan pertanian.Cadangan sebuah kawasan berpagar untuk
kucing dan anjing, ( anjing dikurung disiang hari dan dilepaskan waktu malam), tiga
buah chalet separuh batu separuh papan, tiga tapak perkemahan yang akan dinaik
taraf dikemudian hari dan lain-lain kemudahan yang akan dibangun kan
beransur-ansur.
Maksud dan
tujuan: chalet dan
kegiatan pertanian adalah untuk menampung berbelanjaan haiwan-haiwan tersebut secara
berterusan, berbelanjaan pengurusan, mengeratkan hubungan sesama animals lover,
dan mendidik masyarakat mengasihi dan
menghormati hak-hak haiwan.
Tempat:
Terletak disempadan daerah Rembau dan Kuala pilah Negeri Sembilan.
Keluasan hampir dua ekar. Berhampiran sungai. Tanah milik
persendirian.
Tema: “ Kasih sayang ‘’.
Nilai Murni: Bertanggungjawab, menghormati dan mengasihani
sesama makhluk.
Tarikh bermula: 1 hb 3 (march) 2016
Tarikh dijangka siap: 1 hb august 2016 atau Sebelum akhir tahun 2016
1-
Saiz pondok 10x20 kaki, beserta bekalan elektrik dan air, satu ruang
santai diluar, satu ruang tidur, satu bilik air, pondok
dan ruang memasak dibahagian luar/tepi halaman pondok untuk keselamatan.
2-
Kawasan berpagar untuk kucing-kucing dan Anjing
berasingan. Separuh berbumbung. Terdapat
pondok/rumah-rumah comel untuk mereka berteduh didalamnya beserta dengan deko taman.
a
3-
Tiga tapak perkemahan bersimen dan berbumbung
bersaiz 10x10 beserta pondok memasak diluar,
bersama 3 bilik air berhampiran. Dan dua buah pondok atas pokok.
- Aktiviti pertanian, jangka panjang, jangka sederhana dan apa2 tanaman jangka pendek.
- Akan diadakan aktiviti2 unik ala2 kampung untuk menghiburkan tetamu apabila siap kelak.
- Aktiviti pertanian, jangka panjang, jangka sederhana dan apa2 tanaman jangka pendek.
- Akan diadakan aktiviti2 unik ala2 kampung untuk menghiburkan tetamu apabila siap kelak.
- Kerja permulaan, meratakan
tanah dan gali lubang.
5- Pagar keselamatan keliling kawasan.
6-
Lain-lain pembinaan akan mengunakan bahan asas
semulajadi seperti tanah liat, kayu hutan, buluh, dan lain2 mengambil contoh kemahiran
orang asli.
Bantuan yang diperlukan
t Apa saja bentuk bantuan, idea juga adalah bantuan, doa selamat ke... ameen.., insyaAllah, .
Dan volunteer jika ada kelapangan, untuk sama2 menguruskan haiwan2 tersebut apabila beroperasi kelak. Terima kasih.
Dan volunteer jika ada kelapangan, untuk sama2 menguruskan haiwan2 tersebut apabila beroperasi kelak. Terima kasih.
Wednesday, January 27, 2016
Pondok holiday
| Lucky |
Tak lama lagi kena pindah. Tuan tanah dah nak jual tanah. Kalau harga 2 atau 30 ribu boleh beli, Tapi harga juta2 tujuh keturunan pun belum tentu mampu. Keke...Mahu atau tidak terpaksa cari tempat baru. Anak-anak yang banyak memerlukan tempat yang luas, terutama si Aman dan Smart. Kucing memang tak ada masaalah sangat. Sekurang2nya boleh letak dalam rumah atau kurung. Tapi Anjing memang masaalah.
Di kl tempat luas mana mampu dengan harga sewanya. Luar kl jauh pula dari tempat bekerja. Serba salah. Lain kalau tak ada budak2 ni, senang je bawa diri.
Setahun lepas ada plan nak buat chalet di Rembau khas buat Animal lover, tapi terbengkalai disebabkan kesuntukan masa dan masaalah modal. Tanah pun dah semak semula. Tinggal sebuah pondok terbiar. Nasib pokok buah yang ditanam dulu semakin membesar.
Memandangkan keadaan dah mendesak, terpaksa teruskan plan asal walaupun ekonomi tak begitu baik. Cadangan asal ingin membina perkampungan mini kucing, dan chalet2/pondok2 kecil yang boleh menampung berbelanjaan anak2 sepanjang masa. Sambil2 bercucuk tanam, tetamu datang nak masak boleh petik2 je
Kira macam pondok pergi holiday tepi sungai macamtu. Berkemah, atau Camping, BBQ ,dan lain2 xtvt . Bezanya sini banyak kucing dan lain2 haiwan yang difikirkan sesuai. Dan lebih privacy sebab semua yang datang pun sehati sejiwa kut. Perasaannya macam famili sendiri, walaupun tak pernah kenal sebelumnya. Dan berlainan bangsa pula. Sebab apa, sebab haiwan2 ini lah, perasaannya hanya kita2 saja yang tahu. Yang tak boleh cuti lama sebab ada meow dirumah, boleh lah bawa sekali bercuti.
Bagi rakan2 yang ada kes kecemasan, contohnya haiwan yang perlukan tempat tinggal sementara / tetap dan lain2 kecemasan insyaAllah akan dibantu. Buat masa sekarang belum boleh lagi. Sebab untuk merealisasi kan keinginan ini perlukan bantuan sukarela/volunteer. Agak sukar untuk melakukan seorang diri.
Tahun baru, buku baru. Harap tahun2 mendatang penuh tanda biru. Kalau ada terlebih terkurang, tersilap, terasa, harap maaf kan. Pada yang nak hantar kucing tapi ditolak sebelum ni maaf ya. Sekarang anda faham masaalah saya. Nak pindah nanti, nak bawa budak2 tu satu hal, satu kereta memang tak muat.
Bantuan atau pertolongan yang diperlukan apa2 saja, contohnya idea, tenaga kerja, khidmat nasihat dan lain2 bergantung pada keadaan semasa. Kalau tak ada yang membantu boleh juga, tapi merangkak2 lambat lah siap keke... tawakal je, insyaAllah, percaya lah rezki anak2 sentiasa ada.
Keluasan tanah 2 ekar. Tepi jalan, Tepi sungai. Sempadan daerah antara Rembau/Kuala pilah. 1.30 jam perjalanan dari plaza tol sungai besi. Tanah yang diamanahkan oleh orang tua. Mudah2an segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah. InsyaAllah.
Nama tempat tak tau lagi, tak ada idea nak letak nama apa. Chalet meow?, kg kucing, pondok holiday? heheh entah...tolong bagi idea.
Jadi gelandangan dua malam
![]() |
| Merasai pengalaman beratur ambil makanan Pengalaman jadi gelandangan selama sehari dua malam. Perasaannya, Takut, malu dan bersyukur. |
![]() |
| Antara barangan mandian yang diberikan |
Malam pertama beranikan diri menegur beberapa orang dikaki lima bangunan kedai. Lokasi di Jalan raja laut kl. Macam2 masaalah mereka. Salah seorangnya bernama Mutu ( bukan nama sebenar ). Dari kedah. Anak yatim piatu. Tiada saudara di KL. Hanya ada 20 sen dalam poket. Dibesarkan dirumah anak yatim Mubaligh Kristian diperak. Ic kena rampas sebab makan tak bayar.
![]() |
| Muthu |
Pakaian dia sehelai. Aku bagi baju yang dibawa sebab memang plan tak nak balik dua hari. Bantu Muthu buat repot dan IC baru, sebab dia tak ingat dimana kedai yang rampas IC. Dan temankan dia cari kerja akhirnya dapat disebuah Restoran Nasi Kandar Jalan Medan tuanku kl.
Ada anak2 gelandangan yang jual jam. Usia sekitar 10-15 tahun. Bagi duit tak nak jam. Tapi tetap disuruh ambil.
Jadi malam tersebut tidur dikaki lima, hujan lebat pula. Sejuk kemain. Pengalaman beratur ambil makanan, dan barang2 sumbangan, kena marah, malu dan rendah diri rasanya tapi belajar tebalkan muka. ( Makanan dan barangan aku beri semula pada gelandangan ).
~Motivasi diri~
Subscribe to:
Posts (Atom)


























