ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Thursday, February 11, 2016

Rumah kucing diladang


Tajuk: Rumah2 kucing diladang

Nama tempat/official brand: Belum tahu

Pembangunaan, sebuah rumah kecil untuk pihak yang mengurus, penempatan kucing terbiar,  pondok percutian untuk animals lover beserta kemudahan asas dan kegiatan pertanian.Cadangan sebuah kawasan berpagar untuk kucing dan anjing, ( anjing dikurung disiang hari dan dilepaskan waktu malam), tiga buah chalet separuh batu separuh papan, tiga tapak perkemahan yang akan dinaik taraf dikemudian hari dan lain-lain kemudahan yang akan dibangun kan beransur-ansur.

Maksud dan tujuan: chalet dan kegiatan pertanian adalah untuk menampung berbelanjaan haiwan-haiwan tersebut secara berterusan, berbelanjaan pengurusan, mengeratkan hubungan sesama animals lover, dan mendidik masyarakat mengasihi  dan menghormati hak-hak haiwan.

Tempat:  Terletak disempadan daerah Rembau dan Kuala pilah Negeri Sembilan. Keluasan hampir dua ekar. Berhampiran sungai. Tanah milik persendirian.

Tema: “  Kasih sayang ‘’.

Nilai Murni: Bertanggungjawab, menghormati dan mengasihani sesama makhluk.

Tarikh bermula: 1 hb 3 (march)  2016

Tarikh dijangka siap: 1 hb august 2016  atau Sebelum akhir tahun 2016

1-      Saiz pondok 10x20 kaki,  beserta bekalan elektrik dan air, satu ruang santai diluar, satu ruang tidur, satu bilik air, pondok dan ruang memasak dibahagian luar/tepi halaman pondok untuk keselamatan.

2-      Kawasan berpagar untuk kucing-kucing dan Anjing berasingan.  Separuh berbumbung. Terdapat pondok/rumah-rumah comel untuk mereka berteduh didalamnya  beserta dengan deko taman.
a
3-      Tiga tapak perkemahan bersimen dan berbumbung bersaiz  10x10 beserta pondok memasak diluar, bersama 3 bilik air berhampiran. Dan dua buah pondok atas pokok.
  -  Aktiviti pertanian, jangka panjang, jangka sederhana dan apa2 tanaman jangka pendek.
  -  Akan diadakan aktiviti2 unik ala2 kampung untuk menghiburkan tetamu apabila siap kelak.


  -     Kerja permulaan, meratakan tanah dan gali lubang.
5-   Pagar keselamatan keliling kawasan.

6-      Lain-lain pembinaan akan mengunakan bahan asas semulajadi seperti tanah liat, kayu hutan, buluh, dan lain2 mengambil contoh kemahiran orang asli.

   Bantuan yang diperlukan

t   Apa saja bentuk bantuan, idea juga adalah bantuan, doa selamat ke... ameen.., insyaAllah,  .

   Dan volunteer jika ada kelapangan, untuk sama2 menguruskan haiwan2 tersebut apabila beroperasi kelak.  Terima kasih.