ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Wednesday, January 27, 2016

Pondok holiday

Lucky



Tak lama lagi kena pindah. Tuan tanah dah nak jual tanah. Kalau harga 2 atau 30 ribu boleh beli, Tapi harga juta2 tujuh keturunan pun belum tentu mampu. Keke...Mahu atau tidak terpaksa cari tempat baru. Anak-anak yang banyak memerlukan tempat yang luas, terutama si Aman dan Smart. Kucing memang tak ada masaalah sangat. Sekurang2nya boleh letak dalam rumah atau kurung. Tapi Anjing memang masaalah.


Di kl tempat luas mana mampu dengan harga sewanya. Luar kl jauh pula dari tempat bekerja. Serba salah. Lain kalau tak ada budak2 ni, senang je bawa diri.





Setahun lepas ada plan nak buat chalet di Rembau khas buat Animal lover, tapi terbengkalai disebabkan kesuntukan masa dan masaalah modal. Tanah pun dah semak semula. Tinggal sebuah pondok terbiar. Nasib pokok buah yang ditanam dulu semakin membesar.


Memandangkan keadaan dah mendesak, terpaksa teruskan plan asal walaupun ekonomi tak begitu baik. Cadangan asal ingin membina perkampungan mini kucing, dan chalet2/pondok2 kecil yang boleh menampung berbelanjaan anak2 sepanjang masa. Sambil2 bercucuk tanam, tetamu datang nak masak boleh petik2 je

Kira macam pondok pergi holiday tepi sungai macamtu. Berkemah, atau Camping, BBQ ,dan lain2 xtvt . Bezanya sini banyak kucing dan lain2 haiwan yang difikirkan sesuai. Dan lebih privacy sebab semua yang datang pun sehati sejiwa kut. Perasaannya macam famili sendiri, walaupun tak pernah kenal sebelumnya. Dan berlainan bangsa pula. Sebab apa, sebab haiwan2 ini lah, perasaannya hanya kita2 saja yang tahu. Yang tak boleh cuti lama sebab ada meow dirumah,  boleh lah bawa sekali bercuti.


Bagi rakan2 yang ada kes kecemasan, contohnya haiwan yang perlukan tempat tinggal sementara / tetap dan lain2 kecemasan  insyaAllah akan dibantu. Buat masa sekarang belum boleh lagi. Sebab untuk merealisasi kan keinginan ini perlukan bantuan sukarela/volunteer. Agak sukar untuk melakukan seorang diri.

Tahun baru, buku baru. Harap tahun2 mendatang penuh tanda biru. Kalau ada terlebih terkurang, tersilap, terasa, harap maaf kan. Pada yang nak hantar kucing tapi ditolak sebelum ni maaf ya. Sekarang anda faham masaalah saya. Nak pindah nanti, nak bawa budak2 tu satu hal, satu kereta memang tak muat.


Bantuan atau pertolongan yang diperlukan apa2 saja, contohnya idea, tenaga kerja, khidmat nasihat dan lain2 bergantung pada keadaan semasa. Kalau tak ada yang membantu boleh juga, tapi merangkak2 lambat lah  siap keke... tawakal je, insyaAllah, percaya lah rezki anak2 sentiasa ada.

Keluasan tanah 2 ekar. Tepi jalan, Tepi sungai. Sempadan daerah antara Rembau/Kuala pilah. 1.30 jam perjalanan dari plaza tol sungai besi. Tanah yang diamanahkan oleh orang tua. Mudah2an segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah. InsyaAllah.


Nama tempat tak tau lagi, tak ada idea nak letak nama apa. Chalet meow?, kg kucing, pondok holiday? heheh entah...tolong bagi idea.