Tarik tali bagi lurus susunan batu |
Dah penat sangat ni |
Tunggu air kut ni sampai tertidur |
Ni bosan menunggu entah bila rumahnya nak siap |
Anjing...
Musim panas extreme, Aman dan Smart kerap ke anak sungai untuk berendam dan minum. Tempat kegemaran mereka merayau disitu ialah hutan buluh, Tak lama kemudian kaki berdarah-darah, balik bawa pacat.
Ketika mandi dan membasuh, Aman dan Smart akan menunggu di tebing sehingga selesai.
Percaya tak, Walaupun kebanyakan kawan2 memang animal lover, tapi ada juga seorang dua yang bukan. Walaupun begitu mereka kerap juga datang. Kalau mereka datang aku akan sakit hati. Aman dan Smart disuruh tambat jauh2, mereka tak suka. Kucing kalau ada yang kurang sihat sikit, minta tolong pegang nak bagi ubat, tak mau pegang, kotor katanya. Memang kena marah je kalau diaorang datang. Yang peliknya kena marah kaw2 pun mereka tetap datang. Macam tak ada perasaan. Aku pun tak pernah kata tak boleh kalau nak datang. Malah kami dah bertahun2 berkawan.
Pembinaan rumah kecil
Tempat kediaman adalah perkara penting sebelum kerja2 lain dapat diteruskan. Tak perlu besar. Memadai selesa untuk didiami.
Ini antara kawan-kawan yang bertungkus lumus menaikkan tiang tambahan bahagian hadapan untuk ruang santai beberapa minggu lepas. Terima kasih banyak-banyak ya, cantik je tertegak, semoga Allah membalas kebaikan semuanya dengan kebaikan yang berganda-ganda. Ameen...
Peringkat permulaan membuat bilik ala kadar supaya tidak tinggal dalam kemah lagi |
Ok siap bilik, ditutup dengan papan sementara untuk tumpukan kerja lain. Akan dibuka semula untuk naikkan batu bila yang lain siap nanti |
Nak siap dah ni |
Selesai nanti baru boleh mulakan projek Villa kucing insyaAllah. Terimakasih juga pada yang membantu tak kira dari segi apapun untuk pembinaan tempat kucing, pemberi semangat dan motivasi kerana ada ketika rasa malas dan putus asa, ada juga kritikan kawan2 yang mengatakan hanya membuang masa, wang dan tenaga, tapi kerana memikirkan budak-budak ni teruskan juga.
Di KL...
Sekarang di kl, kena kerja lah untuk cari rezki, memandangkan dah sebulan aku cuti tak bergaji, urusan geran, dan menjaga serta merawat sendiri budak2 yang dah lama kena tinggal, banyak yang kena selsema, sakit mata, kurap dan sakit telinga, yang hilang pun ada. Sedih aku. Kawan yang tolong jaga pun dah terlalu banyak membantu. Tak boleh salahkan dia. Tapi ada pulak orang ambil kesempatan buang anak2 kucing semasa aku tiada. Geram betul. Jadi sementara ini hanya setiap hujung minggu akan kesana untuk menyudahkan kerja2.
Ada kesempatan ni bolehlah update sikit perkembangan. Disana memang tak ada masa, internet pun ada ditempat2 tertentu. Harapkan line hp je, itupun ada pot2 tertentu juga. Pot line hp kat dapur clear. Tempat lain putus2.
Sebenarnya ada cerita lain disebalik projek ini, asalnya dicadangkan bergabung dengan satu group yang diasaskan oleh pasangan suami isteri, semua akan ditaja, dah bawa tengok tapak, tapi syaratnya tak mampu nak ikut, keduanya cadangan sahabat karib yang minta buat proposal , dan idea2 diberikan sangat best, tapi kemudian tak tahu mana silapnya, mungkin ada miscommunication, harap ada kemajuan nanti.
Jadi sementara ini uruskan sendiri, walaupun agak susah sikit. Kalau nak jadi tetap jadi. Usahakan juga walau lambat.
Sekian coretan kali ini yang agak panjang lebar selepas dipendekkan dari cotetan yang lebih panjang.