ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Sunday, May 8, 2016

Buang kucing





Drive balik kl, penat letih, ngantuk, sampai rumah nampak selonggok macam ni. Anak2 kucing ini baru dibuang orang. Tak tau nak kata apa.

Lebih lagi bila dapat tau yang baik hati sangat buang kucing disini ialah orang yang dikenali. Bukan sekali, berkali2.  Nak marah ka nak ucap terimakasih ni ?.

Sabar je lah...

Tuesday, May 3, 2016

Teratak meow

Macam2 nama dah , tengoklah mana yang bersesuaian hahah...


Mama, Jiran yang rajin bertandang
Siap wiring, minggu depan dah ada elektrik, air je lambat sedikit, mungkin sebab musim kemarau...keke.

Teratak 90 peratus siap. Tinggal tacap2 apa yang patut. Macam2 hal terjadi minggu ni, yang sedih, yang happy. Apapun tukang bagi semangat sentiasa mengingatkan matlamat asal. Oh terima kasih lah.

Penat sekejap, harap kepuasan berpanjangan.



Thursday, April 14, 2016

Villaku Villa kucing

Kucing...
Kecuali hujung minggu, kebanyakan hari kerja-kerja pembinaan dilakukan sendiri dengan bantuan tukang2 rumah yang comel...eh bukan bantuan, sebenarnya tukang sibuk




Tarik tali bagi lurus susunan batu


Dah penat sangat ni

Tunggu air kut ni sampai tertidur 


Ni bosan menunggu entah bila rumahnya nak siap





Anjing...

Musim panas extreme, Aman dan Smart kerap ke anak sungai untuk berendam dan minum. Tempat kegemaran mereka merayau disitu ialah hutan buluh, Tak lama kemudian kaki berdarah-darah, balik bawa pacat.





Ketika mandi dan membasuh, Aman dan Smart akan menunggu di tebing sehingga selesai.

Percaya tak, Walaupun kebanyakan kawan2 memang animal lover, tapi ada juga seorang dua yang bukan. Walaupun begitu mereka kerap juga datang.  Kalau mereka datang aku akan sakit hati. Aman dan Smart disuruh tambat jauh2, mereka tak suka. Kucing kalau ada yang kurang sihat sikit, minta tolong pegang nak bagi ubat, tak mau pegang, kotor katanya. Memang kena marah je kalau diaorang datang. Yang peliknya kena marah kaw2 pun mereka tetap datang. Macam tak ada perasaan. Aku pun tak pernah kata tak boleh kalau nak datang. Malah kami dah bertahun2 berkawan.



Pembinaan rumah kecil 

Tempat kediaman adalah perkara penting sebelum kerja2 lain dapat diteruskan. Tak perlu besar. Memadai selesa untuk didiami.



Ini antara kawan-kawan yang bertungkus lumus menaikkan tiang tambahan bahagian hadapan untuk ruang santai beberapa minggu lepas. Terima kasih banyak-banyak ya, cantik je tertegak, semoga Allah membalas kebaikan semuanya dengan kebaikan yang berganda-ganda. Ameen...

Peringkat permulaan membuat bilik ala kadar supaya tidak tinggal dalam kemah lagi


Ok siap bilik, ditutup dengan papan sementara untuk tumpukan kerja lain. Akan dibuka semula untuk naikkan batu bila yang lain siap nanti

Nak siap dah ni




Kenapa ada tanda merah, sebab ada macam lukisan katun kat langit tu. Macam gambar orang tayang ketiak pun ada, macam gambar binatang pun ada, macam alien pun ada. Dalam banyak2 gambar ni je satu ada macam kena conteng. Kena zoom nampak clear. Dalam kamera pun macamtu lah rupa dia. Tak seram pun. Tapi pelik je.

Akhirnya siap juga sekitar 70 peratus, cuma kena tacap lagi, seperti plaster dinding, tutup bahagian atas yang masih melopong, naikkan batu dibilik dan dapur, wiring, masuk letrik, air dan apa-apa yng patut.

Selesai nanti baru boleh mulakan projek Villa kucing insyaAllah. Terimakasih juga pada yang membantu tak kira dari segi apapun untuk pembinaan tempat kucing, pemberi semangat dan motivasi kerana ada ketika rasa malas dan putus asa, ada juga kritikan kawan2 yang mengatakan hanya membuang masa, wang dan tenaga, tapi kerana memikirkan budak-budak ni teruskan juga.

Di KL...

Sekarang di kl, kena kerja lah untuk cari rezki, memandangkan dah sebulan aku cuti tak bergaji, urusan geran, dan menjaga serta merawat  sendiri budak2 yang dah lama kena tinggal, banyak yang kena selsema, sakit mata, kurap dan sakit telinga, yang hilang pun ada. Sedih aku. Kawan yang tolong jaga pun dah terlalu banyak membantu. Tak boleh salahkan dia. Tapi ada pulak orang ambil kesempatan buang anak2 kucing semasa aku tiada. Geram betul. Jadi sementara ini hanya setiap hujung minggu akan kesana untuk menyudahkan kerja2.

Ada kesempatan ni bolehlah update sikit perkembangan. Disana memang tak ada masa, internet pun ada ditempat2 tertentu. Harapkan line hp je, itupun ada pot2 tertentu juga. Pot line hp kat dapur clear. Tempat lain putus2.

Sebenarnya ada cerita lain disebalik projek ini, asalnya dicadangkan bergabung dengan satu group yang diasaskan oleh pasangan suami isteri, semua akan ditaja, dah bawa tengok tapak, tapi syaratnya tak mampu nak ikut, keduanya cadangan sahabat karib yang minta buat proposal , dan idea2 diberikan sangat best, tapi kemudian tak tahu mana silapnya, mungkin ada miscommunication, harap ada kemajuan nanti.

Jadi sementara ini uruskan sendiri, walaupun agak susah sikit. Kalau nak jadi tetap jadi. Usahakan juga walau lambat.

Sekian coretan kali ini yang agak panjang lebar selepas dipendekkan dari cotetan yang lebih panjang.








Sunday, March 6, 2016

Aman kemalangan



Macam2 cerita, sibuk sangat , kulit pun dah hitam. Paling sedih tak perasan si Aman mengejar dari belakang kereta ketika hendak kekedai. Kena langgar oleh kereta orang lain yang dipandu laju. Merangkak si Aman balik. Patah kaki.

Lain2 in progress. Rumah dah tegak tiang dan naik bumbung. Gotong royong, laman dah bersih sikit,









Pondok dalam belukar


Lepas setahun terbiar begitu keadaan  dia...


Sebuah lori sponsor




Thursday, February 11, 2016

Rumah kucing diladang


Tajuk: Rumah2 kucing diladang

Nama tempat/official brand: Belum tahu

Pembangunaan, sebuah rumah kecil untuk pihak yang mengurus, penempatan kucing terbiar,  pondok percutian untuk animals lover beserta kemudahan asas dan kegiatan pertanian.Cadangan sebuah kawasan berpagar untuk kucing dan anjing, ( anjing dikurung disiang hari dan dilepaskan waktu malam), tiga buah chalet separuh batu separuh papan, tiga tapak perkemahan yang akan dinaik taraf dikemudian hari dan lain-lain kemudahan yang akan dibangun kan beransur-ansur.

Maksud dan tujuan: chalet dan kegiatan pertanian adalah untuk menampung berbelanjaan haiwan-haiwan tersebut secara berterusan, berbelanjaan pengurusan, mengeratkan hubungan sesama animals lover, dan mendidik masyarakat mengasihi  dan menghormati hak-hak haiwan.

Tempat:  Terletak disempadan daerah Rembau dan Kuala pilah Negeri Sembilan. Keluasan hampir dua ekar. Berhampiran sungai. Tanah milik persendirian.

Tema: “  Kasih sayang ‘’.

Nilai Murni: Bertanggungjawab, menghormati dan mengasihani sesama makhluk.

Tarikh bermula: 1 hb 3 (march)  2016

Tarikh dijangka siap: 1 hb august 2016  atau Sebelum akhir tahun 2016

1-      Saiz pondok 10x20 kaki,  beserta bekalan elektrik dan air, satu ruang santai diluar, satu ruang tidur, satu bilik air, pondok dan ruang memasak dibahagian luar/tepi halaman pondok untuk keselamatan.

2-      Kawasan berpagar untuk kucing-kucing dan Anjing berasingan.  Separuh berbumbung. Terdapat pondok/rumah-rumah comel untuk mereka berteduh didalamnya  beserta dengan deko taman.
a
3-      Tiga tapak perkemahan bersimen dan berbumbung bersaiz  10x10 beserta pondok memasak diluar, bersama 3 bilik air berhampiran. Dan dua buah pondok atas pokok.
  -  Aktiviti pertanian, jangka panjang, jangka sederhana dan apa2 tanaman jangka pendek.
  -  Akan diadakan aktiviti2 unik ala2 kampung untuk menghiburkan tetamu apabila siap kelak.


  -     Kerja permulaan, meratakan tanah dan gali lubang.
5-   Pagar keselamatan keliling kawasan.

6-      Lain-lain pembinaan akan mengunakan bahan asas semulajadi seperti tanah liat, kayu hutan, buluh, dan lain2 mengambil contoh kemahiran orang asli.

   Bantuan yang diperlukan

t   Apa saja bentuk bantuan, idea juga adalah bantuan, doa selamat ke... ameen.., insyaAllah,  .

   Dan volunteer jika ada kelapangan, untuk sama2 menguruskan haiwan2 tersebut apabila beroperasi kelak.  Terima kasih.

Wednesday, January 27, 2016

Pondok holiday

Lucky



Tak lama lagi kena pindah. Tuan tanah dah nak jual tanah. Kalau harga 2 atau 30 ribu boleh beli, Tapi harga juta2 tujuh keturunan pun belum tentu mampu. Keke...Mahu atau tidak terpaksa cari tempat baru. Anak-anak yang banyak memerlukan tempat yang luas, terutama si Aman dan Smart. Kucing memang tak ada masaalah sangat. Sekurang2nya boleh letak dalam rumah atau kurung. Tapi Anjing memang masaalah.


Di kl tempat luas mana mampu dengan harga sewanya. Luar kl jauh pula dari tempat bekerja. Serba salah. Lain kalau tak ada budak2 ni, senang je bawa diri.





Setahun lepas ada plan nak buat chalet di Rembau khas buat Animal lover, tapi terbengkalai disebabkan kesuntukan masa dan masaalah modal. Tanah pun dah semak semula. Tinggal sebuah pondok terbiar. Nasib pokok buah yang ditanam dulu semakin membesar.


Memandangkan keadaan dah mendesak, terpaksa teruskan plan asal walaupun ekonomi tak begitu baik. Cadangan asal ingin membina perkampungan mini kucing, dan chalet2/pondok2 kecil yang boleh menampung berbelanjaan anak2 sepanjang masa. Sambil2 bercucuk tanam, tetamu datang nak masak boleh petik2 je

Kira macam pondok pergi holiday tepi sungai macamtu. Berkemah, atau Camping, BBQ ,dan lain2 xtvt . Bezanya sini banyak kucing dan lain2 haiwan yang difikirkan sesuai. Dan lebih privacy sebab semua yang datang pun sehati sejiwa kut. Perasaannya macam famili sendiri, walaupun tak pernah kenal sebelumnya. Dan berlainan bangsa pula. Sebab apa, sebab haiwan2 ini lah, perasaannya hanya kita2 saja yang tahu. Yang tak boleh cuti lama sebab ada meow dirumah,  boleh lah bawa sekali bercuti.


Bagi rakan2 yang ada kes kecemasan, contohnya haiwan yang perlukan tempat tinggal sementara / tetap dan lain2 kecemasan  insyaAllah akan dibantu. Buat masa sekarang belum boleh lagi. Sebab untuk merealisasi kan keinginan ini perlukan bantuan sukarela/volunteer. Agak sukar untuk melakukan seorang diri.

Tahun baru, buku baru. Harap tahun2 mendatang penuh tanda biru. Kalau ada terlebih terkurang, tersilap, terasa, harap maaf kan. Pada yang nak hantar kucing tapi ditolak sebelum ni maaf ya. Sekarang anda faham masaalah saya. Nak pindah nanti, nak bawa budak2 tu satu hal, satu kereta memang tak muat.


Bantuan atau pertolongan yang diperlukan apa2 saja, contohnya idea, tenaga kerja, khidmat nasihat dan lain2 bergantung pada keadaan semasa. Kalau tak ada yang membantu boleh juga, tapi merangkak2 lambat lah  siap keke... tawakal je, insyaAllah, percaya lah rezki anak2 sentiasa ada.

Keluasan tanah 2 ekar. Tepi jalan, Tepi sungai. Sempadan daerah antara Rembau/Kuala pilah. 1.30 jam perjalanan dari plaza tol sungai besi. Tanah yang diamanahkan oleh orang tua. Mudah2an segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah. InsyaAllah.


Nama tempat tak tau lagi, tak ada idea nak letak nama apa. Chalet meow?, kg kucing, pondok holiday? heheh entah...tolong bagi idea.


Jadi gelandangan dua malam


Merasai pengalaman beratur ambil makanan 


 Pengalaman jadi gelandangan selama sehari dua malam. Perasaannya, Takut, malu dan bersyukur.


Antara barangan mandian yang diberikan

Malam pertama beranikan diri menegur beberapa orang dikaki lima bangunan kedai. Lokasi di Jalan raja laut kl. Macam2 masaalah mereka. Salah seorangnya bernama Mutu ( bukan nama sebenar ). Dari kedah. Anak yatim piatu. Tiada saudara di KL. Hanya ada 20 sen dalam poket. Dibesarkan dirumah anak yatim Mubaligh Kristian diperak. Ic kena rampas sebab makan tak bayar.

Muthu

Pakaian dia sehelai. Aku bagi baju yang dibawa sebab memang plan tak nak balik dua hari. Bantu Muthu buat repot dan IC baru, sebab dia tak ingat dimana kedai yang rampas IC. Dan temankan dia cari kerja akhirnya dapat disebuah Restoran Nasi Kandar Jalan Medan tuanku kl.




Ada anak2 gelandangan yang jual jam. Usia sekitar 10-15 tahun. Bagi duit tak nak jam. Tapi tetap disuruh ambil.

Jadi malam tersebut tidur dikaki lima, hujan lebat pula. Sejuk kemain. Pengalaman beratur ambil makanan, dan barang2 sumbangan, kena marah, malu dan rendah diri rasanya tapi belajar tebalkan muka.  ( Makanan dan barangan aku beri semula pada gelandangan ).

~Motivasi diri~

Monday, June 8, 2015

Ubat murah dan senang untuk Kaligata orang dan penyakit kulit kucing

Kaligata

Tak lama dulu kebetulan terkena gatal-gatal kulit atau kaligata. Bintat-bintat satu badan. Terjadi waktu malam waktu sedang tidur. Tiba-tiba terjaga, rasa gatal amat sangat. Tergaru-garu akhirnya tak boleh tidur.  

Nak kata salah makan, tak juga. Makanan biasa yang dimakan. Mandi lah pagi2 buta dalam jam 3 pagi. Sabun dan sental sebab terlalu gatal.  Kemudian kurang sikit. Tapi bila tidur tetap tergaru2 sampai ke subuh. Memang azab.

Siangnya beli sebotol bedak antiseptik yang bekas merah tu. Lumur satu badan dengan bedak tu. Lama kelamaan tak gatal lagi. Malam sebelum tidur lumur lagi. Gatal kurang dan boleh tidur lena. Hari berikutnya tak gatal lagi.


Penyakit kulit kucing dan luka2 kecil



Kalau meow ada masaalah macam diatas, kulit macam melecet dan berair sebab bekas gatal digaru sampai hilang bulu, tabur bedak tersebut pada tempat sakit tu. Bila dah hilang bedak tabur lagi dan ratakan. Dalam 2 hari kering. Kurang seminggu sembuh. Lama kelamaan bulu tumbuh semula.


Bedak antiseptic


Tabur dan sapu rata
Senang kan. Ni kebetulan saja-saja test. Menjadi pulak. Simpan lah bedak serbaguna ni. Selain untuk kamu untuk meow dan lain2 haiwan kesayangan pun boleh.