ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Saturday, September 13, 2014

FRISKES BUAT KAWAN-KAWAN

Post2 lama kebanyakannya hilang. Bermakna hilang kenangan. Terjumpa balik dalam blog seseorang, di copy paste dengan link. Apa pun Terima kasih saudara Farhan Hanif. Ini kisah 2011 yang lampau.

Hari ini Wewek buang tebiat...
Macamlah dia tau membaca. Rapat pulak tu...
tak takut mata rabun ke.

Tanda-tanda dia boring...
Kami Keluar . Wewek bawa kereta hehe...lesen P lagi. Jalan-jalan tengok kawan. Berbekalkan satu beg friskes.
Yang ditaja oleh seorang kawan.
Seronok nampak...
Terpegun tengok dunia luar...
Sekali sekala je.
Tak sabar-sabar...
terjun ikut tingkap ... Brutal ko.
Kawan yang mula-mula kami nampak.
Ibu dan anak kucing.
Tengah makan sisa makanan. Anaknya lari ...
Menyorok dalam semak. Kemudian...
kami nampak...
Ada kawan lepak bawah kereta...


takut-takut tengok kami.





Lena bawah meja makan.
Entah tidur kenyang atau lapar...Adusss...
"Meoww"... manja bunyinya.
Kami lihat , kawan ini comel juga.

"Hello"... katanya. Dlm bahasa kucing. Wewek tentu faham.


Banyaknya kawan...
ini sedang tidur ditangga, terkejut lalu bangun menyapa... "Meowww...".
Dalam longkang kecil cari makan...
Kawannya memerhati kalau-kalau ada orang buang makanan...





Disini...
Mau saja aku nangis...



Waktu balik jumpa lagi. "Meoww... ", bunyinya sama.
Tepi longkang.
Dia sakit... nampak tulang.
Lalu...
kami bawa pulang.
Bertambah satu kawan
Buat Wewek...
Hari ini...
satu beg friskes habis,
buat kawan-kawan.
~Wewek

Friday, September 12, 2014

Melawat dan mengukur sempadan tanah yang bakal dibangunkan chalet meow2 untuk animal lovers


Pagi2 bertolak dari rumah ke tempat ini. Kiraan kalau maintain bawa 100 km, dari tol sungai besi kesini dalam satu jam sampai lah. Nama tempat ni Kg sesapan batu, ada banyak jeram dan sungai tempat mandi manda. Dan tempat orang ramai ambil air bukit yang ditadah dalam tong2 plastik. Ada yang dibuat air minum, ada yang buat ubat.

Jalan masuk utama
Tanah ni memang betul2 tepi jalan. Laluan utama untuk shortcut, kira startegik juga lah. Boleh buka kedai kat depan tu. Jiran sebelah dah buat bisnes bundle.

Kawasan tanah



Waktu ini tengah mengukur sempadan tanah. Depan sana tu ada sungai mengalir jernih airnya. Baru tiga bulan tak jengok, tu dia... dah semak gila, ada tebuan tanah buat sarang ditengah2 kawasan. Masa tolak tanah dulu dah tak ada, bila terbiar dia buat balik.

Pokok Langsat
Ada banyak pokok berbuah, tapi tak ambil sebab nak cepat. Pakcik suruh pajak je pokok tu untuk diambil hasilnya, sayang kalau dibiarkan


Dalam kawasan tanah ni dah ada jalan tar kecil. Dibina oleh kerajaan. Untuk laluan orang kampung disebelah dalam. Tapi untuk sementara saja, sebab termasuk dalam tengah kawasan tanah ini. Dah siap laluan alternatif nanti baru aku pasang pagar. Kira untung juga lah, tak payah aku buat jalan lagi. Dah ada. 




Masa dalam perjalanan ke pejabat tanah, ternampak kemalangan maut ni. Dua buah morosikial berlanggar. Darah meleleh lagi. Motor hancur. Tadi tengok harian metro, keluar berita ni. Rasa ngeri sampai sekarang.  Penunggang motosikal harap berhati2 lah. Kalau berlanggar sakit, sebab tak ada cover body. Apapun  mari kita sedekahkan Al fatihah buat saudara Amirul 22 tahun pelajar UNITEN yang kebetulan adalah jiran makcik. Dan takziah buat keluarga Saudara ChinKok Shong. 


Selamat dan selesai urusan di Pejabat tanah, dan surat menyurat, sekejap je, tak sampai sejam, ambil nombor terus dipanggil kekaunter. Alhamdulillah, lepas ni dah boleh buat kerja pembinaan sikit2.

Belum ada idea nak letak nama apa, sementara ni sebut chalet meow2 dulu.

Tuesday, September 9, 2014

Cirit birit dewasa, penawar/ubat/petua mujarab minum air kelapa muda

Elakkan makan buah2 mentah untuk sementara, terutama limau. Biarkan perut kosong supaya usus boleh rehat sekejap. Tapi Banyakkan minum air masak setiap sejam, Teh 'o', minuman isotonik boleh membantu. Makan yang lembut seperti roti, bubur nasi dan lain2 bila terasa lapar.

Dah cuba semua tu bila cirit birit menyerang semalam akibat termakan yang mungkin tercemar dikedai. Tapi tak baik2 juga. 

Teringat buah kelapa yang banyak. Kait dua biji kelapa muda, Minum macam tu je sejam sekali. Jangan letak gula. Nah...tak lama kemudian perut sihat semula.

Tinggal lagi sebiji boleh buat kelapa goncang/coconut shake letak cendol sira air gula melaka. Sedap sungguh minum kala musim tengahari yang panas terik sekarang ini.

Kalau tak baik lepas 24 jam elok lah pergi klinik ambil ubat. Dalam kes aku ni lepas 24 jam tak baik2. Degil nak cuba juga cara radisional. Alhamdulillah air kelapa muda sangat mujarab.

Langkawi 2, pulau cantik tapi sampah bersepah


Sayang sekali, tempat cantik banyak di Malaysia ni sebenarnya, tapi soal kebersihan memang terkebelakang.


Tasik dayang bunting

Beri makan ikan

Ikannya jinak sangat


Setiap kali singgah di jeti pulau2 mesti ada pemandangan sampah

Sarapan pagi

Ada banyak gerai2 yang tersusun rapi, unik dan bersih, tapi ada juga gerai terutama ditepi pantai yang berterabur dan nampak kotor dan meja makan  dipenuhi tahi burung. Ada yang layanannya amat bagus. Ada juga peniaga yang tak mesra pelanggan.


Monyet2 sangat jinak
Selalunya kalau kemana2 tempat percutian, mata akan tercari2 kucing. Entah kenapa aku tak nampak. Mungkin masing2 tengah tidur bila aku keluar chalet, dan keluar bila aku tidur.



Sempat makan2 di rumah Pak Din lelong. Tinggal berdua dengan Mak wan dirumah besar tepi sawah.  Di pulau ini hampir semua orang kenal dia. Orangnya sangat ramah dan baik hati. Walaupun baru kenal terasa macam ayah dan mak sendiri. Nak balik peluk erat2 sebak pula rasanya.

Senja di kuala perlis

Masjid terapung kuala perlis



Sunday, September 7, 2014

Papai jr, Monyet jinak pulau langkawi

Bus lambat sampai, feeling gelandangan 3 jam



Naik kapalterbang cepat sampai, tapi perasaan untuk pengembaraan yang jauh itu tiada. Kami putuskan untuk menaiki bus sahaja. Dengan berselipar dan beg galas belakang ala2 bag-packer. 

Terpaksa bawa si Papai jr, kerana tiada siapa mampu menjaga. Letakkan dalam beg kecil yang disangkut keleher. Kesian dia tinggal sekor, yang lain sudah tiada. Budak2 lain minta tolong adik tengok2 kan dan beri makan.


Susukan dia 2x sehari

Trip ke Langkawi 2 malam dalam bus, dua malam di Pulau. Kami berlima termasuk Papai jr. Kali pertama jejak kaki kesini seumur hidup.

Di pantai beras basah sedang sarapan, tiba2 datang encik Monyet dari belakang, dengan selamba terus membuka plastik makanan yang kami bawa. Gelihati melihatnya lalu kami biarkan saja.





Friday, September 5, 2014

Perkampungan kucing dan Chalet khas untuk orang penyayang haiwan/animal lovers


Impian mendirikan kawasan /tempat/rumah khas/shelter untuk haiwan2 terbiar, terutama kucing dan anjing sudah lama. Tapi sekadar angan2 je. Tak mampu nak buat.  

Tempat sekarang bukan kepunyaan sendiri. Jika terlalu banyak kucing dan anjing pasti menjadi masaalah besar dikemudian hari. Bayangkan kalau terpaksa pindah . 

Kucing boleh gagahkan letak dalam rumah buat satu bilik khas. Tapi security guard berdua tu macam mana?. Takkan nak lepaskan/tinggalkan. Ya Allah! tak sanggup aku. Keluar rumah sekejap pun seboleh2nya dia nak ikut.


Rezeki anak2 bulus 

Mungkin berkat doa budak2 tu, insyaAllah ada jalan keluar. Setelah diberikan tanah seluas hampir dua ekar untuk diusahakan. Terletak ditepi jalan utama dan ada sungai mengalir ditengah2nya. Berkemungkinan hari2 tuaku yang bakal datang nanti (kalau panjang umur) akan dihabiskan disitu bersama orang2 tersayang dan budak2 comel berbulu semua tu dengan tenang dan damai.


Pemandangan sungai dibawah, dalam kawasan ini sungainya kecil sedikit


Masaalah pertama selesai. Idea yang muncul sebaik melihat tempat itu ialah menjadikan ia perkampungan kucing, dan menyelamatkan beberapa ekor anjing yang akan dilatih untuk bergandingan dengan Aman&Smart sebagai security guard. ( Sudah tentu Aman&Smart sebagai abang besar).

Tengah buat research Membina chalet2 ditepi sungai, kawasan perkemahan khas untuk animal lovers, dan susunan Pondok2 comel untuk budak2 tu tidur/lepak bebas ( macam kat oversea tu... ), boleh juga buat side income, untuk menampung perbelanjaan mereka yang sudah tentu akan semakin bertambah bilangannya. 

Akan diusahakankan sedikit demi sedikit. Makan masa, mungkin setahun. Atau lebih. Sebab buat sendiri. Ikut budget/kemampuan yang ada. Dan atas faktor masa ( hanya hari cuti ), sebab kena terus bekerja.

Tanah dah rata, tinggal bersihkan belukar dan lain2. Kena kerja lebih rajin, kumpul duit dan buat sikit2. Semoga semangat dan kudratku sentiasa kuat sihat walafiat demi untuk kesenangan dan keselamatan budak2 tu semua. Amin...

Saturday, August 30, 2014

3 Anak tupai pinang


Ada tiga ekor anak tupai pinang, dalam tunggul pokok pinang reput. Ayahnya kena makan kucing,tak tau apa nasib maknya. Hujan lebat anak tupai basah kuyup. Letak payung sampai malam mak tak balik2. Dah dua minggu rasanya menyusukan budak2 ni guna syringe, dari merah licin sekarang dah tumbuh bulu sikit, susu guna susu tepung yang aku minum. Itu je idea yang ada berdasarkan pengalaman lalu. Sebab klinik haiwan memang tak ada susu tupai. 

Thursday, July 10, 2014

Pulau burung


Nama pulau burung tapi tak aku nampak walau seekor burung, lokasi pantai Cahaya negeri Port dickson, Negeri sembilan


Cik Buyung



Segala sesuatu Akhirnya Tinggal kenangan :(