ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Saturday, June 7, 2014

Anak burung merbah


Sarang jatuh dari dahan lain ke dahan lebih rendah. Ibu tak balik bagi makan sehari. Badan lemah dan sejuk. Terpaksa jadi pak angkat sampai besar. Bagi makan ulat beli dikedai haiwan.



Maaf disana



Yang disana...

Maaf kerana memilih untuk diam. Kerana bila bersuara segala2nya akan terkeluar, akan ada yang sakit hati. Sila terus mengutuk, menyindir dan menyalahkan. Aku tak akan membalasnya.

Tuduhan yang berat, andaian yang serkap jarang, alang-alang terlihat bagai sampah dalam mata, lebih baik bawa diri, biar berpahit-pahit dahulu, kerana  hujan panas memang permainan hari, suka duka permainan hidup, yang disana memang baik dan suci. Tak pernah melakukan kesalahan, fikirkan apa yang mahu difikir, kamu dipihak yang benar. Selamat tinggal.




Terima kasih.

Thursday, June 5, 2014

Aminah di kedai makan

Satu malam dikedai makan jauh sedikit dari rumah. Ada kucing putih , termenung dibawah meja, menunggu sisa makanan. Diamat-amati seakan Aminah yang hilang berbulan dulu. Pegang dan belai sekejap, diamat-amati... memang gaya Aminah. Eh... sah memang dia. Kesian...entah macammana boleh sampai kesini...



Melumur kulitnya selama seminggu. Minyak afiat campur minyak bekas goreng.



Dan Lebih kurang sebulan kemudian ...Alhamdulillah...


Wednesday, June 4, 2014

Mas 2011-2014 , Feline infectious peritonitis (FIP) jangkitan virus pada kucing

Feline infectious peritonitis (FIP)  jangkitan virus pada kucing yang sukar sembuh selalunya berakhir dengan kematian.

Tak kan ada yang kekal selama-lamanya...innalillahiwainnailaihirojiun






Etak salai etok rebus Hanya dikelantan

Jun 1, ahad siang dan malam


Etak ke etok?, samaada disalai selepas digaul garam kunyit atau rempahnya, ada yang rebus. Kalau yang terdapat dikaki lima pasar pasir mas, adalah yang telah disalai. Dibungkus dalam suratkabar digulung seakan kacang putih. Rasanya bagi yang tak biasa makan akan rasa nak termuntah. Sebab isinya seperti mentah. Rasa rempah luarannya masin. Cara makannya gigit sedikit dibahagian hujung penutup cengkerang yang kecil2 ini nanti terbuka. Namun bagi orang sini ianya sedap. Dah cuba tapi hanya mampu telan dua kali, sekadar nak tahu rasanya.

Jalan malam di kota bharu


Singgah ditempat yang dipanggil Istana Air Mata. Google sejarahnya yang panjang... Namun gambar diatas kalau tak silap Istana Balai Besar, sepanjang jalan dalam bandar Kota Bharu ini sangat bersih dilihat waktu malam, tiada sampah sarap kelihatan. Kutu rayau gelandangan seakan tidak wujud, yang ada jelas nampak beberapa buah kereta dan motosikal melepak ditempat2 tertentu sama seperti bandar lain, cuma disini nampak lebih aman dan sunyi tidak bising.




Meow2 yang banyak ditaman


Mencuri rakam geng Fotoshoot pengantin ditaman...


Salah satu meow yang agak berisi. Mereka semua takut orang asing. Ada seseorang yang memberi mereka makan setiap hari. Sempat ku perhatikan kucing2 ini berlari mendapatkan insan itu bila datang membawa sesuatu. Sayang sekali, bateri handphone ini kong jadi tak dapat ambil gambar.


Vandalisme dipintu jamban


Pokok Buah strawberry repek agaknya lah atau buah Lobi-lobi

May 30, pagi dan tengahari.

Kg Repek Pasir Mas.

Tak tahu apa nama sebenar pokok buah ni. Orang sini panggil strawberry  je. Walau tak ada rupa strawberry. Cantik dan boleh dimakan. Masam2 rasanya tapi bergetah. Kena rendam dalam air dulu kata tuannya. Ditanam oleh anak tuan rumah. Ia boleh dipotong potong dan potong lagi supaya menjadi seperti bonsai. Amat cantik jika katik berbuah merah didalam pasu.

Namun selepas digoogle image ia seakan2 buah lobi-lobi yang dikenali di Indonesia. Salah satu bahan untuk dibuat rojak, ubat, perisa air minuman , jeruk dan lain2.

Ditanam melalui biji buah tua. Cara lain mungkin ada. Telah ambil beberapa biji untuk ditanam sebab tak nampak anak2 pokok dibawahnya.




Sembuh kaki Abang 2

Terbaru

Dah makin sembuh kaki abang 2. Daging pun tumbuh, tak nampak lagi tulang jari. Lambat sikit baiknya. Kira Ok lah daripada kena potong. Tuannya pun aku dah bagitau. Tapi Masaalah baru pulak datang. Kurap...mmm.

Lama Sebelum

Meow debab Pasir Mas, seberang tak bai Thailand

May 29, 8 pagi - lewat 12 malam


Stesyen keretapi Pasir Mas Kelantan. Sarapan pagi di gerai2 sebelah stesyen, roti canai hanya ada kuah dal dan kuah gulai. Tak ada sambal. Dal pula ada yang letak gula. Huhu... lain negeri lain selera, walau tak ada sambal tapi nasib baik rotinya sedap. Kalau ada sambal lagi sedap.



Satu2nya meow debab yang kelihatan distesyen ini. Sempat ku gomol2 sekejap. Manja je. Kalau di gerai2 sana dan dalam pasarnya memang banyak, menunggu pelanggan beri sedikit makanan. Ada yang lebih daring, berani cuit2 kaki minta makan, kesian pula.

Cuaca saat ini amat panas dan bila hujan turun terasa amat lega. Namun dimalam harinya nyamuk banyak sekali.

Seberang ke Thailand


Tak jauh dari Pengkalan kubor menyeberang keTak bai Thailand menaiki sampan. Aku lupa, takbai ke takba/taba...Tak payah passport masuk terus. Namun sepanjang jalan hendak kesini ada banyak sekatan dan post tentera. Tiba2 teringat tragedi berdarah tak bai dulu. ( Kalau lupa boleh google ).


Bebek bebek ( kambing/kambing biri2 ) pekan ini



Resepi thai. Air kelapa campur isinya, aiskrim, kacang dan pemanis2 lain. Lupa apa nama makanan ni. Sedap tapi Terlalu Manis sangat. Terpaksa pesan air kelapa tanpa gula untuk menghilang kan rasa manis melekit.

Belakang rumah


Rel keretapi barang ke siam seperti lama tak digunakan.



Malam di wakaf che yeh


Shoping 2 malam di Wakaf Che yeh, ia adalah sebuah pasar terbuka, ala2 downtown atau uptown di kl, letaknya lebih kurang 4km di luar bandar Kota Bharu, boleh tahan murah shoping sini jauh beza dengan kl.

Tuesday, June 3, 2014

Terima kasih Tuan baru Abam


Dah ada orang ambil Abam. T kasih banyak sesiapa yang tolong share. T kasih tuan baru.

Trip ke kelantan dan pahang, Meow-meow vs kupu-kupu gergasi

Hari 1 , may 29, 3 pagi

Trip ke kelantan, masing2 tak tahu arah, sesat jalan lama, gelap dan teruk. Masih terkial2 mencari setting GPS dan terus terkial sebab tak faham nak guna. Kemudian menunggu famili kawan yang akan ketempat yang sama. Kami singgah di Raub makan2 dulu. Banyak sungguh Kupu-kupu gergasi. (Lyssa Zampa Docile) Terutama Sebelah kelantan, dihentian rawat dan rehat gua musang. 
Makan di Raub
Latihan lagu sorak/tarian bola malam dibandar raub


Meow2 dan kupu2 di R&R gua musang









Kebetulan terbaca tajuk berita sinar. 

Kupu-kupu gergasi muncul dipengaruhi banyak faktor ‪#‎SHSemasa‬
KUANTAN - Kemunculan jutaan kupu-kupu gergasi sejak seminggu lepas di bandar ini menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan penduduk di sini dan pelancong luar.