ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Wednesday, June 11, 2014

ANAK BURUNG MERBAH TIGA


Alhamdulillah, Cepatnya membesar, dan kuat makan...tak lama lagi boleh terbang bebas.




Tuesday, June 10, 2014

Jam

Setiap perkara buruk yang berlaku akan ada perkara yang baik kemudiannya ( hikmah ), sedangkan jam yang mati menunjukkan masa yang tepat setiap hari.


Anak burung merbah dua


Dah besar, dah tumbuh bulu. Sayang adiknya tak panjang umur. Tinggal dia seekor...

Balik kampung Negeri sembilan

Kampung den...



Rumah pusaka Arwah Wan sebelah yang tak berjaga, sayang sekali anak2 tak jengok, rumah antik cantik semakin runtuh.




Kolam ikan arwah Atuk, depan rumah bekas tanah sawah dulu dan sekarang...

Meow Acik





Dari kecil dulu sampai sekarang sebahagian luaran dan dalaman rumah adik Wan masih sama. Diruangan ini tempat aku masuk jawi.






Di jalan tiga simpang

Salinan Coretan si begar ( degil ) sepanjang highway

Hendak di telan terasa pahit, hendak diluah sayang. Hendak dibelai tangkai berduri. Hendak dipegang takut dibelit, hendak dilepas sudah terbelit. Manis-manis buah rambutan, terlebih makan jadi penyakit, pahit-pahit daun mengkudu, berulam sedap dicicah budu. Biar putih mata kerana memandang. Jangan bala lalu dibawa singgah, tak tahu pipit tak tahu enggang, sudah rapat jadi renggang. Umpama mengadu air dengan garam.

Dayung sudah ditangan, sampan sudah diair, mengapa masih hendak berenang... kalau mandi di air kiambang, sudah basah gatal pun datang. Sayang sayang buah kepayang, hendak dilepas terasa sayang. Hendak dimakan takut mabuk lagi...walaupun sedap.

Di permulaan highway ini, ada banyak jalan dan simpang. Jalan lama sudah mahir banyak ranjau dan sekatan, jalan baru belum tahu, jalan mati teruk lah kena patah balik, jalan terus sesuatu yang belum pasti, ibarat menanti arah hanyut. Hanyutlah seperti cerita yang sudah tertulis...



Saturday, June 7, 2014

Pokok ekor kucing



Senang membiak-biak dari 3 pasu ke 20 pasu.

Tidur ditengahari






Anak burung merbah


Sarang jatuh dari dahan lain ke dahan lebih rendah. Ibu tak balik bagi makan sehari. Badan lemah dan sejuk. Terpaksa jadi pak angkat sampai besar. Bagi makan ulat beli dikedai haiwan.



Maaf disana



Yang disana...

Maaf kerana memilih untuk diam. Kerana bila bersuara segala2nya akan terkeluar, akan ada yang sakit hati. Sila terus mengutuk, menyindir dan menyalahkan. Aku tak akan membalasnya.

Tuduhan yang berat, andaian yang serkap jarang, alang-alang terlihat bagai sampah dalam mata, lebih baik bawa diri, biar berpahit-pahit dahulu, kerana  hujan panas memang permainan hari, suka duka permainan hidup, yang disana memang baik dan suci. Tak pernah melakukan kesalahan, fikirkan apa yang mahu difikir, kamu dipihak yang benar. Selamat tinggal.




Terima kasih.

Thursday, June 5, 2014

Aminah di kedai makan

Satu malam dikedai makan jauh sedikit dari rumah. Ada kucing putih , termenung dibawah meja, menunggu sisa makanan. Diamat-amati seakan Aminah yang hilang berbulan dulu. Pegang dan belai sekejap, diamat-amati... memang gaya Aminah. Eh... sah memang dia. Kesian...entah macammana boleh sampai kesini...



Melumur kulitnya selama seminggu. Minyak afiat campur minyak bekas goreng.



Dan Lebih kurang sebulan kemudian ...Alhamdulillah...