KUCING MANJA,KUCING COMEL, KUCING-KUCING TERBIAR UNTUK DIPELIHARA.BLOG BLOG BERKENAAN HAIWAN TERBIAR DAN SEHABAT-SAHABAT HAIWAN TERBIAR. http://kucing2terbiar.blogspot.com
Saturday, August 30, 2014
3 Anak tupai pinang
Ada tiga ekor anak tupai pinang, dalam tunggul pokok pinang reput. Ayahnya kena makan kucing,tak tau apa nasib maknya. Hujan lebat anak tupai basah kuyup. Letak payung sampai malam mak tak balik2. Dah dua minggu rasanya menyusukan budak2 ni guna syringe, dari merah licin sekarang dah tumbuh bulu sikit, susu guna susu tepung yang aku minum. Itu je idea yang ada berdasarkan pengalaman lalu. Sebab klinik haiwan memang tak ada susu tupai.
Thursday, July 10, 2014
Pulau burung
Nama pulau burung tapi tak aku nampak walau seekor burung, lokasi pantai Cahaya negeri Port dickson, Negeri sembilan
Wednesday, June 11, 2014
Tuesday, June 10, 2014
Balik kampung Negeri sembilan
Rumah pusaka Arwah Wan sebelah yang tak berjaga, sayang sekali anak2 tak jengok, rumah antik cantik semakin runtuh.
Kolam ikan arwah Atuk, depan rumah bekas tanah sawah dulu dan sekarang...
![]() |
| Meow Acik |
Dari kecil dulu sampai sekarang sebahagian luaran dan dalaman rumah adik Wan masih sama. Diruangan ini tempat aku masuk jawi.
Di jalan tiga simpang
Salinan Coretan si begar ( degil ) sepanjang highway
Hendak di telan terasa pahit, hendak diluah sayang. Hendak dibelai tangkai berduri. Hendak dipegang takut dibelit, hendak dilepas sudah terbelit. Manis-manis buah rambutan, terlebih makan jadi penyakit, pahit-pahit daun mengkudu, berulam sedap dicicah budu. Biar putih mata kerana memandang. Jangan bala lalu dibawa singgah, tak tahu pipit tak tahu enggang, sudah rapat jadi renggang. Umpama mengadu air dengan garam.
Dayung sudah ditangan, sampan sudah diair, mengapa masih hendak berenang... kalau mandi di air kiambang, sudah basah gatal pun datang. Sayang sayang buah kepayang, hendak dilepas terasa sayang. Hendak dimakan takut mabuk lagi...walaupun sedap.
Di permulaan highway ini, ada banyak jalan dan simpang. Jalan lama sudah mahir banyak ranjau dan sekatan, jalan baru belum tahu, jalan mati teruk lah kena patah balik, jalan terus sesuatu yang belum pasti, ibarat menanti arah hanyut. Hanyutlah seperti cerita yang sudah tertulis...

Saturday, June 7, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)