Salesman pun cakap berbelit2, kejap ready stock, kejap tak ada stok. Janji kereta warna merah, tiba2 dapat kereta hitam. Dan macam2 hal lah. Sebab tu kalau nak beli kereta baru, cari salesman yang kawan2 rekemen je.
Satu hari terdetik dihati untuk beli mountain bike, sambil exercise boleh juga digunakan untuk kekedai beli barang. Selain sihat, automatik membaiki skill menunggang yang telah lama ditinggalkan. Nak beli moto, lesen dah lama mati. Menyesal rasanya jual kereta lama yang banyak berjasa itu, tapi barang yang dah terlepas tak guna dikenang.
Lepas sehari basikal dihantar kerumah ( Oder online je ), keesokan pagi dengan terujanya ku mulakan kayuhan disekitar kawasan rumah dulu. Hoyong hayang dan beberapa kali hendak terjatuh. Selepas beberapa jam baru stabil. Jarak perjalanan sejauh 5 kilometer untuk hari itu.
Seronok pula rasanya, sentiasa disapa penunggang lain, rupanya mereka itu jika berselisih sesama penunggang akan menegur atau sekurang2nya berbalas senyum. Kadang2 ditegur juga oleh yang berjogging. Bila dah hari2, ramai lah kenal dan jadi kawan.
Nah...pemandangan juga seakan lebih cantik dari biasa, selain perasaan yang selesa lagi bebas. Tak terasa berpeluh kerana meredah angin secara terbuka lebih laju dari berlari. Terserempak dengan monyet2 jinak, ada yang sampai memaut tayar basikal. Kerana itu hari2 berikutnya kubawa roti untuk diberi pada monyet2 yang kiut itu.
Jojo |
Anjing Pak Ali, si Jojo sentiasa mengikut separuh jalan, tak dibenarkan ikut terus, sebab akan menimbukan ketakutan orang lain, selain si Cantik yang muncul entah dari celah mana. Ada juga Momel debab selalu lepak diatas bumbung kereta buruk, yang bahagian dalamnya dijadikan tempat tidur waktu malam.
Cantik&Momel |