Tak tau apa nama kucing ni, masa nak keluar rumah malam yang lalu, kawan ternampak dia jalan terhencot2. Luar pagar rumah. Telinga dan sekitar kepala berkurap.
Macamni rupa kaki dia, sebenarnya meow ni kepunyaan jiran. Aku tak fikir dia mengabaikan budak ni. Sebab ada kesan ubat biru dibulu. Mungkin tuannya tak punya wang untuk dibawa ke klinik. Atau sebab2 lain. Jadi aku kurung dia dulu semalaman tanpa pengetahuan tuannya, esok baru hantar ke Vet.
Sebab tak tahu apa nama meow ni, main letak je nama Abang 1. Kerana kucing lama dah ada nama abang . Sekarang giliran namanya dipanggil ke bilik operation. Aku jangkakan kakinya akan dipotong sebab teruk sangat nampak tulang tak mungkin tumbuh daging semula. Dan mengagak kosnya sekitar ratusan ringgit. Cuma berdoa agar kosnya taklah melebihi wang yang ada dalam dompet ketika itu.
Tapi jangkaan meleset bila vet cuma cuci luka dengan dua jenis cecair, kemudian dibalut. Kata vet kita cuba dulu cara ini harap boleh sembuh . Kalau tak mungkin kena potong. Selepas diberi suntikan antibiotik dan ubat makan kami dibenarkan pulang. Kosnya Rm 60. Sebelum itu Abang ditimbang, beratnya 2.9 kg sahaja. Kurus sikit sebab tak selera makan entah berapa hari. Vet suruh datang lagi 3 hari.
HARI KETIGA RAWATAN SUSULAN
Bawa Abang 1 untuk buka balutan dan cuci luka lagi. Kemudian vet sapu sejenis ubat cream. Dan balut semula. Rupanya ada ulat besar2 tapi dah mati dalam kaki dia. Berat Abang 1 bertambah sikit sekitar 3.2kg, sebab selera makannya sudah ada. Kos kali ini RM 57 kurang 3 hengget dari rawatan yang pertama.
Lagi tiga hari kena datang untuk pemeriksaan selanjutnya. Harap kaki abang sembuh dan tak perlu dipotong. Sampai sekarang belum beritahu tuan Abang 1 yang kucingnya dalam jagaan aku. Kos yang disebutkan untuk memudahkan sesiapa yang membaca supaya boleh mengagak perbelanjaan kalau terjadi kes begini pada meow kesayangan. Kalau sesiapa ada niat nak jaga meow fikir masak2, Bela kucing bukan setakat bagi makan aje, kebajikannya jangan sampai terabai. Kesian dia.