Suruh mereka bawa sini. Kesian pulak dengar dibuang dalam bakul ditepi jalan. Tentu dia takut, jadi duduk ajelah dalam bakul menunggu tuan yang tak kunjung tiba. Nasib baik malam tu tak hujan.
Walaupun orang yang buang dia ni tak bertanggungjawab, tapi rasanya ini lebih baik dari buat perkara yang lebih teruk. Mungkin mengharapkan ada orang akan jumpa dan bawa anjing ni balik untuk dijaga dan rawat. Bagaimanapun melihat keadaannya yang seperti lama tak terurus, bulu berpintal dengan tahi kering, kurap fungus dan bau yang amat busuk memang menyedihkan. Ini lah masaalah manusia, bela masa cantik disayang2, dah sakit ambil jalan mudah dibuang macamtu aje.
Budak ni baik pulak, diam je dalam bakul berlapik surat kabar tu, tak keluar2 agaknya disangka tuan dia bergurau, main sorok2 kut.
Mengikut pencariaan digoogle Anjing ini mungkin dari jenis Maltese, sifatnya sangat sukakan perhatian, tidak suka sendiri terlalu lama, lincah lagi lucu, sangat menyukai manusia, manja cerdik, baik dan suka dibelai, tidak menyukai ruang terlalu luas, dapat menjaga kelakuannya dengan baik ditempat lebih tertutup. Mungkin kerana itu anjing ini lebih sesuai dibela dalam rumah seperti yang selalu dilihat.
Patutlah selalu menyalak rupanya boring tak ada kawan. Kalau ada dekat dia, diam lah. Bila ditinggalkan menyalak balik. Sepanjang malam sampai lepas subuh menyalak aje. Tapi Memang sangat friendly walaupun baru kenal. Takkan nak letak dalam rumah pulak... harap satu hari nanti ada yang sudi mengambilnya, terutama pada non Muslim atau yang ada ruang khas tertutup, sebab anjing ini memang suka tinggal dalam rumah, tak sesuai untuk jaga kebun macam Aman dan Smart, kesian dia. Minta simpati bagi pihak abang katik ni, siapa2 yang terbaca posting ini harap tolong war2kan. Sekarang masih dalam rawatan, insyaAllah tak lama lagi cantik balik, Terima kasih.