ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Thursday, January 5, 2017

Anak baru

Sudah lama tak kutip kucing terbiar yang dijumpai dimana2. Sejak sibuk ni takut terabai. Kecuali yang tiba2 muncul depan rumah, yang pasti dibuang orang.

Beberapa hari lalu nampak anak kucing mengekori orang ditempat letak kereta. Tak ada yang peduli. Kesian pula. Entah macammana terambil dan terbawa balik.

Ada sedikit kurap dan selsema. Sekarang jadi anak angkat si Manja.




Tuesday, January 3, 2017

Camping di teratak meow

Cuti tahun baharu, tak tau nak kemana, main masak2 sambil bersihkan kebun. Angin bertiup sepoi2, memasak guna tungku kayu api, memetik ulam2 segar, mandi disungai dan perigi, mmm...apalagi, semuanya best. Internet je masih macam siput. 








Monday, December 26, 2016

BBQ di teratak meow

Planning BBQ ni hampir tak jadi sebab air tak masuk lagi, kena tunggu awal tahun depan. Risau kalau ada yang tak tahan lasak atau jenis manja.

Nampaknya masing2 tak kisah, nak mandi kesungai saja. Air minum dan untuk masakan bawa sendiri. Lagi dua hari sebelum 25hb tarikh yang dirancang, hujan turun dengan lebatnya. Penuh air dalam kolam dan tangki takungan. Alhamdulillah, senang dan lega sekali rasa hati.

Program BBQ berlangsung dengan seronoknya. Tapi bersepah lah kedudukan masing2. Dipondok, dan mana2 yang selesa. Keadaan dalam rumah sempit.

Aku hanya menerima tetamu, yang merancang dan mengurus adalah sesama mereka. Sementara kami enjoy masak2, bulldozer masih meneruskan kerja merata dan timbun tanah yang belum siap disebabkan cuaca tak menentu.

















pokok2 yang ditanam semakin subur membesar

Wednesday, November 2, 2016

Update Villa kucing

Hampir musim tengkujuh, hujan selang sehari. Untungnya tak payah siram pokok, semakin subur membesar, tapi kerja lain tergendala atau jadi sukar pula. Apa pun syukur lah.

Jengkaut yang digunakan untuk mengorek parit dan sungai tersangkut dalam tanah lembik, hampir terbalik, tak dapat buat kerja berhari2. Kena tunggu panas pula. Tak boleh merungut. Ada hikmah musim hujan dan panas.

Kebelakangan ini kerap dapat email dari owner atau rescuer yang ingin menghantar kucing dengan pelbagai masaalah. Mungkin menyangka kami sedang mengalu2 kan anak2 baru. Tempat ini belum siap lagi sayang... huhu. 

Saudara mara juga kerap datang, maklumlah dah dekat dengan kampung. Bukan tak suka, tetapi ada ketika terasa ingin lari menyorok dibalik pokok pisang, ada sebabnya. Hanya orang bujang yang umur makin kertu saja yang faham...apalagi pakcik makcik bertandang sibuk bertanya...alamak!. waktu getir begitu kalau boleh aku ingin menjelma sebagai kucing.

Rumah kecil kami (rujuk kucing2) tinggal tacap2 bila kelapangan. Api berbayar dan Astro free sebagai syarat dah ada. Air dalam proses, dibiayai oleh pihak kesihatan Negeri Sembilan untuk orang kampung. Kebetulan pula, banyak pulak kebetulan kan, tolak tanah tokey balak sponsor, air kesihatan bagi, rezki kan...mana kita tau. Sebenarnya dari mula lagi banyak kebetulan, kadang2 jadi topik perbualan dengan kawan2 diwaktu tengah malam mengadap unggun api, sambil menanti bintang keluar keke...
itu saja dulu...








Thursday, October 13, 2016

Tolak , bersih dan timbun tanah lembah

Sebelum dan selepas rata tanah 

Projek agak slow, kerana menunggu kerja ukur tanah semula, tanda kawasan dan sebagainya. Kawasan yang mulanya disangka sederhana luas rupanya sangat luas. Disamping menunggu syarikat balak buat jalan untuk lorinya yang akan lalu dalam kawasan tanah ini.

Ni ibarat kata pepatah orang mengantuk disorongkan bantal. Nilai harga untuk kerja tersebut agak besar. Modal pula tak seberapa. Terutama untuk menimbus tanah lembah yang memerlukan tanah yang banyak dan lori2 besar yang mahal pula sewanya untuk beberapa hari.

Tak termasuk jentolak besar. Tokey balak bersetuju untuk membersihkan kawasan dan semua kerja membabitkan jentera. Dan kami setuju membenarkan tokey balak guna kan jalan untuk mengangkut kayu. Dapatlah jimatkan kos yang besar. Kos free.

Kesibukan kerja dan berulang alik ke kl juga faktor projek tak seberapa ini agak slow. Sekarang kena tunggu syarikat balak selesai kerja angkut kayu pula. Tak tahu berapa bulan lagi akan siap.

Sebelum diratakan...





Selepas diratakan...






Disini ialah kawasan lembah yang telah ditimbun tanah dan sekarang sudah rata setara jalan utama.


Wednesday, June 8, 2016

Ibu Anjing



Dah masuk dua minggu ibu Anjing ni berkeliaran sekitar tapak, tetek penuh menandakan ada anak2 kecil menyusu. Tapi kurus nampak tulang rangka. Badan kecil dan pendek.

Anjing liar atau yang telah diabaikan. Makanan dalam pinggan telah ditambah berulang kali, licin dimakan dengan gelojoh. Maknanya dia terlalu lapar.

Habis makan dia lari masuk dalam semak. Tak tau kemana. Masih takut2 dengan orang.


Abang, adik...


Part paling leceh menyusu meow tiada ibu. Kecik2 macam ni janganlah dibuang. macammana dia nak cari makan.

Panggil dia abang dan adik,

Friday, May 20, 2016

Ini ha Oyen penunggu bukit tabur, kucing sakit, hantar kucing, anak kucing hutan

Tengah Malam sampai kesubuh si Aman dan Smart menyalak arah kebumbung. Malas nak bangun. Dalam fikiran sudah mengagak mesti musang atau makhluk lain sesat, kena kejar dan panjat atas tu.

Awal pagi tu keluar. Sebab dengar bunyi kucing gaduh. Hai budak ni rupanya.




Ini Oyen, budak ni lah yang viral atas Bukit tabur tu. Dah sekian lama tak nampak bayang. Ada lah hajat tu. Nak mengawan. Kesian, tak ada yang sudi. Yang besar dah sunat. Tinggal yang kecik2 tu tak ingin berlaki lagi.

Nampak mata sepet sebelah, dan hidung berair. Kena selsema. Musim hujan ni atas bukit tu sejuk, entah lubang gua mana dia sembunyi.  Patut lah kena salak semalaman. Kawan2 sini dah tak kenal lagi. Nampak masing2 kembang ekor dan punggung senget2 nak bergaduh.

Tapi tak lama, petang dia lesap. Ubat pun tak sempat nak suapkan.

Kucing2 sakit...

Bila kucing sakit perasaan kita pun ikut sakit dan stress. Mana2 orang yang ada haiwan kesayangan akan ada perasaan yang sama. Kalau sakit biasa tak apa. Kena sakit yang sukar sembuh amat menyedihkan.

Kebetulan hampir separuh dari budak2 ni sakit. Adoi la...time2 buzy cammi pulak penyakit datang.  Siap lah ubat hari2 kena suap. Ada ketika kena tinggal kan sebab urusan rumah di Rembau terlajak 2 hari. Rushing, sampai rumah masing2 menunggu tepi pintu pagar. Kelaparan.

Yang sakit monyok je, bunyi juga sikit2 sebab nampak kita balik. Itu lah dugaannya. Kadang2 nak harap kawan tengok2kan selalu pun tak boleh. Masing2 ada komitmen.





Selagi tak siap macam tu lah keadaannya. Budak2 macam tak terurus. Ada yang nazak dan pergi.


Minta tolong nak hantar kucing.

Maaf, tempat belum siap. Kalau dah siap mungkin upah orang untuk bagi makan saja. Sebab kalau buat seorang memang tak terkejar.

Serba salah rasanya. Terima tak boleh, tak terima... ermm rasa2nya apa perasaan kalau orang minta tolong tapi tak dapat tolong. Serba salah kan. Ini pun boleh jadi stress.

Maaafkan saya...kucing saya pun tak terurus...comot dan sakit. Kadang2 kelaparan tak makan bila saya ada urusan sehari dua.

Faham kan kenapa...minta maaf banyak2.

Anak2 kucing hutan...



Baru2 ni ada kenalan yang minta tolong jaga anak2 kucing hutan, tumpang menyusu ibu kucing biasa. Walau pun comel rare macammana sekali pun, dalam keadaan sekarang memang tak larat lah.

Suruh lepaskan semula dalam hutan bila dah pandai makan. Dia terjumpa dibendang katanya ibu dia tak muncul2.

Kalau iklankan kucing jenis ni, memang berebut orang nak bela. Maklumlah cantik. Beli pun orang sanggup.

Tuesday, May 17, 2016

Pokok dan anak benih

Musim hujan kembali. Adalah waktu sesuai untuk bercucuk tanam. Cuaca tak panas. Dan tak perlu menyiram.

Apabila kawan2 memberi beberapa jenis biji benih sayuran dan buah yang cepat matang, pek2 benih hanya terbiar diatas meja dapur sekian lama. Sementara anak2 pokok dibawa balik ke kl untuk sementara kerana risau akan kelayuan.

Untuk menyemai waktu itu amat kesuntukan waktu. Kecuali kalau mempunyai 4 kaki dan 4 tangan. Sementelahan cuaca panas melampau.

Terimakasih kawan2 yang baik hati, tak terfikir orang akan beri benih dan anak2 pokok buah yang harganya mungkin ratusan juga. Pokok anggur pun ada. Memang dah lama teringin tanam anggur.

Ketika terpandang pek2 benih, ada juga kengkawan yang baru datang ketawa. Tak tau apa yang lucu.

Mungkin lah pelik bagi dia, sebab selalu orang datang bawa makanan atau jajan untuk dijamah ramai2. Keke...

Ada juga makanan dibawa, termasuk untuk meow dan guard berdua tu. Beras dan maggi pun ada, ditambah kopi dan teh. Alahai baiknya, macam misi bantuan banjir pula.

Rezki tu memanglah, tapi harap jangan susah2 ya. Benih2 pemberian Ruby n the gang, yang lain tak tau siapa bagi sebab tengok dah ada, anak2 pokok Alis nursery, dan lori angkat barang bila diperlukan ihsan Passion tree wedding planner, terima kasih.




Tuesday, May 10, 2016

Ubat kaki koyak



Ada meow yang jenis lasak sangat. Panjat sana sini. Balik jalan terhencot2. Celah jari kerap koyak dan bengkak. Selalu lumur bedak antiseptik saja. Cepat kering dan luka bertaut. Jangkamasa sembuh 3 hari.