ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Friday, May 20, 2016

Ini ha Oyen penunggu bukit tabur, kucing sakit, hantar kucing, anak kucing hutan

Tengah Malam sampai kesubuh si Aman dan Smart menyalak arah kebumbung. Malas nak bangun. Dalam fikiran sudah mengagak mesti musang atau makhluk lain sesat, kena kejar dan panjat atas tu.

Awal pagi tu keluar. Sebab dengar bunyi kucing gaduh. Hai budak ni rupanya.




Ini Oyen, budak ni lah yang viral atas Bukit tabur tu. Dah sekian lama tak nampak bayang. Ada lah hajat tu. Nak mengawan. Kesian, tak ada yang sudi. Yang besar dah sunat. Tinggal yang kecik2 tu tak ingin berlaki lagi.

Nampak mata sepet sebelah, dan hidung berair. Kena selsema. Musim hujan ni atas bukit tu sejuk, entah lubang gua mana dia sembunyi.  Patut lah kena salak semalaman. Kawan2 sini dah tak kenal lagi. Nampak masing2 kembang ekor dan punggung senget2 nak bergaduh.

Tapi tak lama, petang dia lesap. Ubat pun tak sempat nak suapkan.

Kucing2 sakit...

Bila kucing sakit perasaan kita pun ikut sakit dan stress. Mana2 orang yang ada haiwan kesayangan akan ada perasaan yang sama. Kalau sakit biasa tak apa. Kena sakit yang sukar sembuh amat menyedihkan.

Kebetulan hampir separuh dari budak2 ni sakit. Adoi la...time2 buzy cammi pulak penyakit datang.  Siap lah ubat hari2 kena suap. Ada ketika kena tinggal kan sebab urusan rumah di Rembau terlajak 2 hari. Rushing, sampai rumah masing2 menunggu tepi pintu pagar. Kelaparan.

Yang sakit monyok je, bunyi juga sikit2 sebab nampak kita balik. Itu lah dugaannya. Kadang2 nak harap kawan tengok2kan selalu pun tak boleh. Masing2 ada komitmen.





Selagi tak siap macam tu lah keadaannya. Budak2 macam tak terurus. Ada yang nazak dan pergi.


Minta tolong nak hantar kucing.

Maaf, tempat belum siap. Kalau dah siap mungkin upah orang untuk bagi makan saja. Sebab kalau buat seorang memang tak terkejar.

Serba salah rasanya. Terima tak boleh, tak terima... ermm rasa2nya apa perasaan kalau orang minta tolong tapi tak dapat tolong. Serba salah kan. Ini pun boleh jadi stress.

Maaafkan saya...kucing saya pun tak terurus...comot dan sakit. Kadang2 kelaparan tak makan bila saya ada urusan sehari dua.

Faham kan kenapa...minta maaf banyak2.

Anak2 kucing hutan...



Baru2 ni ada kenalan yang minta tolong jaga anak2 kucing hutan, tumpang menyusu ibu kucing biasa. Walau pun comel rare macammana sekali pun, dalam keadaan sekarang memang tak larat lah.

Suruh lepaskan semula dalam hutan bila dah pandai makan. Dia terjumpa dibendang katanya ibu dia tak muncul2.

Kalau iklankan kucing jenis ni, memang berebut orang nak bela. Maklumlah cantik. Beli pun orang sanggup.

Tuesday, May 17, 2016

Pokok dan anak benih

Musim hujan kembali. Adalah waktu sesuai untuk bercucuk tanam. Cuaca tak panas. Dan tak perlu menyiram.

Apabila kawan2 memberi beberapa jenis biji benih sayuran dan buah yang cepat matang, pek2 benih hanya terbiar diatas meja dapur sekian lama. Sementara anak2 pokok dibawa balik ke kl untuk sementara kerana risau akan kelayuan.

Untuk menyemai waktu itu amat kesuntukan waktu. Kecuali kalau mempunyai 4 kaki dan 4 tangan. Sementelahan cuaca panas melampau.

Terimakasih kawan2 yang baik hati, tak terfikir orang akan beri benih dan anak2 pokok buah yang harganya mungkin ratusan juga. Pokok anggur pun ada. Memang dah lama teringin tanam anggur.

Ketika terpandang pek2 benih, ada juga kengkawan yang baru datang ketawa. Tak tau apa yang lucu.

Mungkin lah pelik bagi dia, sebab selalu orang datang bawa makanan atau jajan untuk dijamah ramai2. Keke...

Ada juga makanan dibawa, termasuk untuk meow dan guard berdua tu. Beras dan maggi pun ada, ditambah kopi dan teh. Alahai baiknya, macam misi bantuan banjir pula.

Rezki tu memanglah, tapi harap jangan susah2 ya. Benih2 pemberian Ruby n the gang, yang lain tak tau siapa bagi sebab tengok dah ada, anak2 pokok Alis nursery, dan lori angkat barang bila diperlukan ihsan Passion tree wedding planner, terima kasih.




Tuesday, May 10, 2016

Ubat kaki koyak



Ada meow yang jenis lasak sangat. Panjat sana sini. Balik jalan terhencot2. Celah jari kerap koyak dan bengkak. Selalu lumur bedak antiseptik saja. Cepat kering dan luka bertaut. Jangkamasa sembuh 3 hari.

Sunday, May 8, 2016

Buang kucing





Drive balik kl, penat letih, ngantuk, sampai rumah nampak selonggok macam ni. Anak2 kucing ini baru dibuang orang. Tak tau nak kata apa.

Lebih lagi bila dapat tau yang baik hati sangat buang kucing disini ialah orang yang dikenali. Bukan sekali, berkali2.  Nak marah ka nak ucap terimakasih ni ?.

Sabar je lah...

Tuesday, May 3, 2016

Teratak meow

Macam2 nama dah , tengoklah mana yang bersesuaian hahah...


Mama, Jiran yang rajin bertandang
Siap wiring, minggu depan dah ada elektrik, air je lambat sedikit, mungkin sebab musim kemarau...keke.

Teratak 90 peratus siap. Tinggal tacap2 apa yang patut. Macam2 hal terjadi minggu ni, yang sedih, yang happy. Apapun tukang bagi semangat sentiasa mengingatkan matlamat asal. Oh terima kasih lah.

Penat sekejap, harap kepuasan berpanjangan.