ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Wednesday, May 28, 2014

Ke Kelantan jalan2



Malam ni nak ke negeri yang digelar Serambi Mekah. Destinasinya didaerah paling kaya di Kelantan. Kenapa paling kaya sebab pasirnya emas ( gurau je ) , seumur hidup tak pernah jejak lagi kesana. Kereta pun dah siap servis apa yang patut.



Banyaknya barang untuk dibawa. Minggu depan baru balik kl semula. Rumah dan budak2 tu minta tolong kengkawan jagakan. Kalau tidak susahlah nak berjalan. Mmm harap2 dia tak pening dengan karenah budak2 tu. Dan mampu menguruskan dengan cemerlang. Memang susah nak percaya orang lain uruskan. Tapi sesekali terpaksa jua.

Pertama sekali yang aku google ialah tempat2 lepak, berkelah, shoping yang menarik disana, kalau boleh diborong selain budu dan keropok lekor. Tempat2 makan yang best. Dan makanan yang popular lagi lazat.


Umi Nasi Ulam Budu Kepala Gertok, budu campur tempoyak dan mangga sagat, gulai siput-siput yang pelbagai, mee celup warung Moksu, Maggi ketam...wah belum kesana terkecur sudah.

Dah penuh bonet dengan barang2 belum termasuk beg kain baju lagi... selamat pergi dan selamat kembali , amin...


...vroommm!!!




Tuesday, May 27, 2014

Panggil dia Abam


Serba salah rasanya. Apa nak buat dengan budak Abam ni tak tahulah. Kalau meow ada juga orang hendak jaga. Anak2 Tatak tu dah ada hamba Allah ambil untuk dijaga. Tapi Anjing memang payah sikit la. Dah la lepas satu penyakit datang lagi penyakit lain. Ikutkan memang pening. Lepaskan diluar tak boleh, banyak masaalah. Dikurung kasihan campur leceh nak jaga kebersihan tempatnya. Itu belum kira bakal kata2 nista orang takde hati perut.

Hendak tak hendak lepaskan sekejap. Tiba-tiba 3 hari dia hilang. Aku fikir dia merajuk . Mungkin ada orang dah ambil dia, begitulah kata hati. Kalau betul tak apalah. Selesai masaalah. Tapi tiga hari juga termimpi2 dia. Mimpi orang panah, orang baling batu, orang halau...Nauzubillah. Dan mimpi dia pulang sendiri...kakak aku nangis gembira nampak dia balik, entah macammana kakak yang tak ada kena mengena boleh muncul dalam mimpi, aku pun nangis2 tengok dia dah balik. 

Eh, tak lama kemudian jumpa ditepi jalan tengah mundar mandir kebuntuan. kurus, kusut lapar dan dihurungi lalat langau. Kaki pula sudah berulat. ( Ini real bukan mimpi ).

Dah dirawat sakit lain muncul, kurap menjadi2. Kemudian sakit mata pula. Sebelah mata sudahpun buta. Sungguh kasihan nasib kau. Harap tabahlah hati ini, supaya tidak putus asa menjaga dia, selagi tak ada orang yang hendak.

Apalah nasib dia nanti, harap yang baik2 saja...




Saturday, May 17, 2014

Cicak tokek ke tu?


Besar cicak ni, melekat kat baju, kurung sehari je kemudian lepaskan balik. Dua hari kemudian jumpa balik terjatuh dalam lubang jamban, tangkap dan kurung balik. Dia berbunyi agak pelik sikit. Tak lama kemudian tiba2 dia hilang sendiri. Kalau dapat dek kucing memang lunyai jadi mainan. Harap panjanglah umurnya.


Friday, May 9, 2014

Kaki Abang yang luka nampak tulang


Tak tau apa nama kucing ni, masa nak keluar rumah malam yang lalu, kawan ternampak dia jalan terhencot2. Luar pagar rumah. Telinga dan sekitar kepala berkurap.


Macamni rupa kaki dia, sebenarnya meow ni kepunyaan jiran. Aku tak fikir dia mengabaikan budak ni. Sebab ada kesan ubat biru dibulu. Mungkin tuannya tak punya wang untuk dibawa ke klinik. Atau sebab2 lain. Jadi aku kurung dia dulu semalaman tanpa pengetahuan tuannya, esok baru hantar ke Vet.


Sebab tak tahu apa nama meow ni, main letak je nama Abang 1. Kerana kucing lama dah ada nama abang . Sekarang giliran namanya dipanggil ke bilik operation. Aku jangkakan kakinya akan dipotong sebab teruk sangat nampak tulang tak mungkin tumbuh daging semula. Dan mengagak kosnya sekitar ratusan ringgit. Cuma berdoa agar kosnya taklah melebihi wang yang ada dalam dompet ketika itu.


Tapi jangkaan meleset bila vet cuma cuci luka dengan dua jenis cecair, kemudian dibalut. Kata vet kita cuba dulu cara ini harap boleh sembuh . Kalau tak mungkin kena potong. Selepas diberi suntikan antibiotik dan ubat makan kami dibenarkan pulang. Kosnya Rm 60. Sebelum itu Abang ditimbang, beratnya 2.9 kg sahaja. Kurus sikit sebab tak selera makan entah berapa hari. Vet suruh datang lagi 3 hari.


HARI KETIGA RAWATAN SUSULAN


Bawa Abang 1 untuk buka balutan dan cuci luka lagi. Kemudian vet sapu sejenis ubat cream. Dan balut semula. Rupanya ada ulat besar2 tapi dah mati dalam kaki dia. Berat Abang 1 bertambah sikit sekitar 3.2kg, sebab selera makannya sudah ada. Kos kali ini RM 57 kurang 3 hengget dari rawatan yang pertama.


Lagi tiga hari kena datang  untuk pemeriksaan selanjutnya. Harap kaki abang sembuh dan tak perlu dipotong. Sampai sekarang belum beritahu tuan Abang 1 yang kucingnya dalam jagaan aku. Kos yang disebutkan untuk memudahkan sesiapa yang membaca supaya boleh mengagak perbelanjaan kalau terjadi kes begini pada meow kesayangan. Kalau sesiapa ada niat nak jaga meow fikir masak2, Bela kucing bukan setakat bagi makan aje, kebajikannya jangan sampai terabai. Kesian dia.

Steamboat




Kali pertama makan steamboat cenggini. Selalu yang main celup2 tepi jalan tu. Lokasinya taman melati tepi highway mrr2, google je kalau mengidam, rasa boleh tahan.

Restoren Planet Ikan Bakar & BBq Steamboat Buffet

BBQ lagi








Kiwi boyot

Kiwi
Kiwi adalah satu-satunya meow dari  lebih 15 ekor kucing yang ditinggalkan disini oleh tuan asalnya dulu yang masih terus membesar dengan sihat. Yang lain samaada hilang begitu saja dan ada yang dah meninggal .


Thursday, May 8, 2014

Laila dan keluarga baru


Ini Laila yang dijaga dari kecil. Matanya satu. Sekarang sudah ada keluarga baru. Papa barunya kaya raya dan baik hati. Sekarang ni Laila tak tinggal luar rumah macam disini lagi. Papanya letak dalam rumah dan dimanja seadanya sesuai dengan sifatnya yang sangat manja dan selalu mengintai peluang untuk masuk dalam rumah. Jadi impiannya untuk tinggal dalam rumah tercapai akhirnya. Untung Laila. Dulu suka bawa dia jalan2 sebab dia suka naik kereta. Sekarang tuan baru pun suka bawa dia naik kereta. Bertuah Laila.


Sayang dia ni, tapi yang lain2 juga perlukan perhatian. Kalau ada yang boleh menjaganya dengan penuh kasih biarlah mudah2an hidupnya lebih baik dan dijaga sebaik mungkin.

Video kenangan laila dan kawan2 naik kereta




Diarrhea atau cirit birit

Bintang
Cirit birit kucing jangan dibiarkan lama2 boleh membawa maut, bintang aku usahakan cara biasa iaitu puasakan sehari, suapkan glukos dan rebusan ayam bersama airnya. Suapkan ubat ganti garam galian dan macam2 dah. Tapi tak menjadi macam selalu. Makin lembik pulak. Terpaksa bawa klinik juga.

Kos rawatan tak sampai RM 50 termasuk khidmat nasihat Vet. Kalau anda ada kucing yang cirit2 teruk cuma pergi klnik haiwan minta ubat cirit birit cecair dalam Rm 8 harganya. dan syringe ( picagari ) untuk suapkan kemulutnya. Murah sikit dan jimat kos. Tak payah bawa meow. Khidmat nasihat vet tu tak perlu kut. Membazir duit.

Tak sampai 2 hari bintang pun sembuh dan aktif macam selalu.