ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Wednesday, April 16, 2014

Anjing dalam bakul

Dalam perjalanan balik dari tempat kerja, dua orang teman ternampak bakul besar ditepi jalan, dekat dengan rumah. Dari jauh nampak kepala anjing tengok keliling. Mereka berpatah balik, memang ada seekor Anjing dalam bakul.

Suruh mereka bawa sini. Kesian pulak dengar dibuang dalam bakul ditepi jalan. Tentu dia takut, jadi duduk ajelah dalam bakul menunggu tuan yang tak kunjung tiba. Nasib baik malam tu tak hujan.

Walaupun orang yang buang dia ni tak bertanggungjawab, tapi rasanya ini lebih baik dari buat perkara yang lebih teruk. Mungkin mengharapkan ada orang akan jumpa dan bawa anjing ni balik untuk dijaga dan rawat. Bagaimanapun melihat keadaannya yang seperti lama tak terurus, bulu berpintal dengan tahi kering, kurap fungus dan bau yang amat busuk memang menyedihkan. Ini lah masaalah manusia, bela masa cantik disayang2, dah sakit ambil jalan mudah dibuang macamtu aje.

Budak ni baik pulak, diam je dalam bakul berlapik surat kabar tu, tak keluar2 agaknya disangka tuan dia bergurau, main sorok2 kut.
Kucing terbiar dot com

Kucing terbiar dot com

Kucing terbiar dot com

Kucing terbiar dot com

Kucing terbiar dot com

Mengikut pencariaan digoogle Anjing ini mungkin dari jenis Maltese, sifatnya sangat sukakan perhatian, tidak suka sendiri terlalu lama,  lincah lagi lucu, sangat menyukai manusia, manja cerdik, baik dan suka dibelai, tidak menyukai ruang terlalu luas, dapat menjaga kelakuannya dengan baik ditempat lebih tertutup. Mungkin kerana itu anjing ini lebih sesuai dibela dalam rumah seperti yang selalu dilihat.

Patutlah selalu menyalak rupanya boring tak ada kawan. Kalau ada dekat dia, diam lah. Bila ditinggalkan menyalak balik. Sepanjang malam sampai lepas subuh menyalak aje. Tapi Memang sangat friendly walaupun baru kenal. Takkan nak letak dalam rumah pulak... harap satu hari nanti ada yang sudi mengambilnya, terutama pada non Muslim atau yang ada ruang khas tertutup, sebab anjing ini memang suka tinggal dalam rumah, tak sesuai untuk jaga kebun macam Aman dan Smart, kesian dia. Minta simpati bagi pihak abang katik ni, siapa2 yang terbaca posting ini harap tolong war2kan. Sekarang masih dalam rawatan, insyaAllah tak lama lagi cantik balik, Terima kasih.

Tuesday, April 15, 2014

Ular cantik, ular sawa, ular tedung hitam, lipan

Ular kecil ni dah jadi mainan kucing pulak. Nyawa2 ikan. Kesian, tapi aku geli dan takut ular, walaupun tak berbisa. Nampak ular menjalar jauh nun sebatu pun rasa seram.

Kucing terbiar dot com

Kucing terbiar dot com


Kucing terbiar dot com




Kucing terbiar dot com
Anak ular sawa  melingkar dalam bilik air dapat tangkap dan lepaskan jauh2 dalam hutan, anak ular tedung hitam pun pernah masuk rumah

Kucing terbiar dot com
Lipan yang terbunuh didapur

Colek dan sambal mangga

kucing terbiar dot com

Tudiaa... selagi tak habis mangga dipokok hari2 la aku hadap pokok ni, walau masam monyet kadang2 datang juga singgah cuba2 makan segigit dua sebelum dibuang sambil buat muka berkerut2.

kucing terbiar dot com

kucing terbiar dot com



kucing terbiar dot com


Monday, April 14, 2014

Kerabu mangga lawan Nasik goreng belacan




Macam tahun2 dulu, pokok mangga tumbang ini lebat berbuah. Macam tahun2 dulu juga makan tengahari mesti ada resepi berasaskan mangga.

Satukan

Gaulkan


Kembang kempis hidung Manja bau nasi goreng belacan

 Makan tengahari kali ini nasi goreng belacan dan kerabu mangga...jemput tengok. Bismillah...

Nasi goreng belacan

Resepinya boleh tengok >>> Disini

Sunday, April 13, 2014

Saturday, April 12, 2014

Ayak sumbat

Hujan turun lebat. Ayak pun tersumbat. Nak pi perbetul paip ayak. Mata ayak diatas bukit, kena lalu belukar sikit. Pakai kasut but getah tebal dan bawa sebilah parang panjang. Kasut melindungi kaki, parang untuk melindungi diri sambil dijadikan alat serbaguna contohnya nak korek2 ka. Penting untuk keselamatan sebab situ ada haiwan buas dan penghisap darah. Yaitu pacat dan ulat bulu. Ulaq mintak simpang la...macam biasa Yiyie dan adik2 dia mesti nak ikut punya. Bodyguard tengok je sebab dah kena ikat.


Tempat lepak Yiyie sepanjang hari

Adik2 yiyie



Air mata air

Dalam rumah

Kolam ikan
Satu paip disambung kedalam rumah, tiga lagi untuk kolam2 diluar rumah. Untung ada Air free yang sentiasa mengalir, sementara rumah kawan2 ada yang kena catu air kasihan. Adalah yang datang mandi.
Kolam rendam kaki
Pacat

Thursday, April 3, 2014

Motivasi diri dikaki lima

Bersiar2 melihat sesuatu yang boleh  memotivasikan diri. Lokasi di Kuala Lumpur. Motif utama teman2 untuk melihat kasut. Motif aku untuk melihat2 ragam manusia, makhluk lain dan pemandangan sekitarnya.






Romantis... suami isteri Mat Salleh ini main suap2 aiskrim 

uncle
Pakcik ini mengutip kotak kertas untuk dijual

Tukang kasut warga Indonesia ini dan peniaga kaki lima akan bertempiaran lari bila penguatkuasa DBKL datang buat operasi
Peniaga kaki lima
Kagum dan kasihan melihat kegigihan mereka berniaga, walau dalam ketakutan, dan warga emas yang terpaksa mengutip kotak kertas untuk dijual demi sesuap rezeki.



KL masih banyak gelandangan, orang tak berumah, kutu rayau, peminta sedekah dan yang bermasalah mental disekitar kaki lima. Ketika lalu disebelah seorang Makcik yang menadah cawan kertas, kedengaran dia ketawa sendiri.

Jinak2 Merpati
Untung nasib setiap makhluk tidak sama. Burung merpati  boleh terbang bebas cari rezeki kemana2 dia suka, tapi ada saja orang menabur beras untuk di makan.

Kucing terbiar
Meow ini yang ternampak di tangga LRT. Ada sedikit makanan disitu. Samaada makanan yang dibuang atau ada orang letak. Meow ini agak liar, sukar didekat... dia lari.

Merasakan diri agak susah, kerja gaji ciput atau bergaji besar hati resah, jangan merungut, lihat keliling, ada ramai yang lebih susah, daif dan terbiar. Berusahalah untuk terus memajukan diri.