ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Sunday, April 19, 2015

Di Sekincan, Homestay, sawah bendang, pondok2 tepi laut dan anjing2 kurus

Homestay Tepi sawah bendang

Bendang Betul2 tepi rumah
Bertahun tak balik sini, rumah Mak angkat, lokasinya di Sekincan Selangor. Datang pun tak dirancang. Tiba2 dah sampai. Awal pagi lagi, Bawa anak buah, adik2 jalan2. Sunyi je rumah, nasib ada anaknya, kami rehatlah sambil baring2 lepaskan lelah. Sambil merancang aktiviti seterusnya.

Pagi sudah sarapan, diwarung kampung tepi jalan besar, sedap masakannya. Kemudian tapau roti canai dan teh ais yang dipesan anak Mak. Sepanjang jalan banyak gerai jual Mentarang dan buah-buahan. Gerai kakak baju pink tutup. Harap dia sudah kaya dan buka shopping mall atau sekurang2nya restoran seafood.

Jalan masuk


Inilah homestay nya
Tengahari sedikit, kami dibawa ke Homestay anak Mak ni, bekas tapak rumah kayu lama. Dah berubah jadi rumah batu. Nak sewa tempat ni boleh hubungi Saudara Udin 013-3575685, Rm 150 semalam. Kena booking seminggu sebelum datang. Atau awal lagi. Ada dua bilik tidur, dapur, ruang tamu, beranda dan lain2 kelengkapan macam rumah sendiri. Depan rumah ada tempat BBQ.

Kalau nak yang rumah kayu, cantik sebiji macam rumah kampung, pergi area Sungai Besar, unik, tepi bendang, comel2 je, tapi orang lain punya.

Pondok2 ditepi pantai dan anjing2 kurus

Kemudian lepak2 dipondok atas pokok, sepanjang pantai, entah apa namanya lupa pulak. Tapi berdekatan dengan pekan sekincan lah. 

Ada banyak anjing tak bertuan. Kurus2 dan lapar. Disini hanya ada jual kueh, tak ada apa nak diberi. Bagi je apa yang kami makan, mereka makan. Jinak2 dan muka kesian. Tak payah lempar makanan, sua je kemulut, dia ambil dengan sopan.


Menara tinjau tepi laut

Menara tinjau besi ni boleh tahan tinggi, nampaklah pemandangan sekitar sekincan. Nak naik bayar seringgit je. Letaknya dalam resort milik kawan anak Mak ni. Ada banyak bilik2 untuk disewa kalau berkunjung kesini. Nama tempat ni pun aku lupa jugak.

Sambil2 tu boleh beli makanan ikan, taburkan dalam kolam besar, penuh dengan ikan, kebanyakannya Patin. Melihat ikan berebut2 makanan begitu rasa kesian pulak. Macam kelaparan je. Harap2 tuan dia bagi cukup makan.



Diatas menara

Pemandangan dari menara

Perkampungan nelayan zoom Henpon dari menara


Matahari hampir terbenam


Friday, April 17, 2015

Awas...buka dan periksa bonet kereta dulu sebelum hidupkan enjin


Hal menyedihkan ini sudah beberapa bulan yang lalu. Ibu kucing tersepit di Power stering belt dalam enjin kereta. Kakinya hancur. Mati serta merta, tak dapat diselamatkan lagi. 

Akibat perbuatan orang atau tuan lamanya yang membuang kucing beranak tiga ini sesuka hati, aku yang rasa bersalah, sedih sangat waktu itu.

Hari tersebut, start kereta. Kemudian undur. Tiba2 Stering makin berat dan ketat. Bunyi meow2 kuat dari dalam enjin. Bila buka bonet, itulah lah pemandangannya.

Ada 4 meow, ibu dan anak2. Malang sungguh, Ibu mati, anak2 selamat. Aku agak selepas dibuang orang, didepan rumah ini, samaada waktu malam atau awal pagi, mereka mungkin ketakutan, lalu bersembunyi dalam enjin.

Sejak hari itu, rasa fobia. Sebelum start kereta, setiap hari akan buka bonet dan perhatikan bawah, kut2 ada kucing tidur disitu.

Anak2 ibu kucing tersebut sekarang telah membesar, sihat dalam jagaan.

Thursday, April 16, 2015

Aktiviti berbasikal seronok juga

Kisahnya hampir sebulan menunggu kereta baru tak keluar2, walhal loan dah lama lulus, patah kaki rasanya setelah biasa berkereta. Kenderaan lama telah dijual, jadi kalau kekedai berjalan kaki saja, 30 minit pergi dan balik. Memang sihat berpeluh2 kan.... tapi tak syoknya ada yang menyangka kereta ku ditarik oleh bank kerana sangkut hutang. Padahal dah bertahun tak berhutang dengan mana2 pihak. 

Salesman pun cakap berbelit2, kejap ready stock, kejap tak ada stok. Janji kereta warna merah, tiba2 dapat kereta hitam. Dan macam2 hal lah. Sebab tu kalau nak beli kereta baru, cari salesman yang kawan2 rekemen je. 

Satu hari terdetik dihati untuk beli mountain bike, sambil exercise boleh juga digunakan untuk kekedai beli barang. Selain sihat, automatik membaiki skill menunggang yang telah lama ditinggalkan. Nak beli moto, lesen dah lama mati. Menyesal rasanya jual kereta lama yang banyak berjasa itu, tapi barang yang dah terlepas tak guna dikenang. 

Lepas sehari basikal dihantar kerumah ( Oder online je ), keesokan pagi dengan terujanya ku mulakan kayuhan disekitar kawasan rumah dulu. Hoyong hayang dan beberapa kali hendak terjatuh. Selepas beberapa jam baru stabil. Jarak perjalanan sejauh 5 kilometer untuk hari itu.

kucing terbiar dot com

Seronok pula rasanya, sentiasa disapa penunggang lain, rupanya mereka itu jika berselisih sesama penunggang akan menegur atau sekurang2nya berbalas senyum. Kadang2 ditegur juga oleh yang berjogging. Bila dah hari2, ramai lah kenal dan jadi kawan.



Nah...pemandangan juga seakan lebih cantik dari biasa, selain perasaan yang selesa lagi bebas. Tak terasa berpeluh kerana meredah angin secara terbuka lebih laju dari berlari. Terserempak dengan monyet2 jinak, ada yang sampai memaut tayar basikal. Kerana itu hari2 berikutnya kubawa roti untuk diberi pada monyet2 yang kiut itu.

Jojo

Anjing Pak Ali, si Jojo sentiasa mengikut separuh jalan, tak dibenarkan ikut terus, sebab akan menimbukan ketakutan orang lain, selain si Cantik yang muncul entah dari celah mana.  Ada juga Momel debab selalu lepak diatas bumbung kereta buruk, yang bahagian dalamnya dijadikan tempat tidur waktu malam.

Cantik&Momel