ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Monday, November 24, 2014

Memacak tiang pagar

Datang hari ini, pagi2 Miku dah tunggu ditepi jalan. Beri dia makan dulu sebelum buat apa2. 



Seharian menggali lubang untuk memacak tiang kayu, sebagai pemegang pintu masuk, dan menanam sejenis pokok yang tak diketahui namanya, sebagai ganti tiang pagar. Berbanding tiang konkrit atau kayu mati, pokok pagar ini kuat, lurus, hidup menegak, tahan selama-lamanya dan tak perlu dibeli. Ia tumbuh meliar dikebun, hanya tebang dan pacak. Menjelang petang masih tak siap, badan penat, hujan pun turun lebat sekali.

Sunday, November 9, 2014

Miku

Malas nak datang minggu ni. Tapi mengenangkan Anjing tu entah makan entah tidak, gagahkan jua hati memandu dengan kelajuan sederhana selama sejam setengah. Sampai agak lewat kerana jalan jem tanpa sebab. Pelik jalanraya di Malaysia ni. Tak ada eksiden, tak ada sekatan pun boleh jem.

Dah sampai, eh...nampak dia tepi jalan, tak tau arahnya nak kemana, panggil...dia nampak, mengoyang2 ekor, terus berlari mengikut. Dia sudah cam.

Dilorong masuk ke pondok ada sebuah kereta menyekat laluan. Tak berganjak pun dah tau kereta dibelakang ni nak masuk. Terpaksa menyelit ditepi2 akhirnya lepas, sambil menjeling pemandunya dengan hati yang panas.


Tak jauh dari sini, tempat mula2 terserempak dengan Anjing ni, ada sebuah kampung bernama Miku. Jadi Anjing ini ku panggil Miku. Sebelum buat apa2, bagi Miku makan dulu.

Tiba2 datang 4 orang budak lelaki dan seorang gadis. Tu orang dalam kereta yang menyekat lorong masuk tadi. Salah seorang macam biasa dilihat. Ku bagi salam, mereka jawab. Kemudian budak lelaki yang macam pernah nampak tu tegur. '' Orang sini ke?'', tanya dia. '' Ha'ah, siapa ni?, maaflah tak kenal'', aku jawab. '' Anak Mokhtar", katanya lagi. Allah..., sepupu rupanya. Patut lah macam kenal. Nasib baik tadi tak marah2 kat dia, katanya tadi teragak2 nak masuk, bimbang salah tempat.

Ada call masuk, Pak Tam talipon dan tanya, '' Ada tak anak Pak Tam datang?. ''Ada...'', jawab ku. '' Dia nak buat shooting tu'', kata Pak Tam lagi.

Aku tanya sepupu, '' Nak shooting apa?. Dia jawab, ''Shooting subjek, nak buat filem, nak guna kawasan ini dan pondok sekali". Di kolej dia ambil bidang tu, alkisahnya...projek kolej lah ni. Jadi aku serah kunci pondok, sebab hari yang dia nak buat kerja tu, aku di kl. Tak sia2 bina pondok kecik ni, pelbagai kegunaanya.


Tengahari, Miku menjengah dibelakang, mengintai aku makan. Lapar balik lah tu. Senang je nak jinakkan Anjing. Bagi makan selalu, nah...tengok dia datang sendiri. Moral ceritanya, kalau anda takut anjing, jangan baling batu. Tapi baling lah makanan yang dia suka makan.


Petang sikit, meracun rumput lalang, tiba2  miku mengikut, berlari2 mengelilingi aku seakan2 mengajak bermain. Pura2 tak nampak, dan meneruskan kerja, miku pulak dengan aksinya terlompat2 dan berlari2 sekitar kawasan, seronok nampaknya.


Part paling menyedihkan, bila nak balik kl. Dia nak ikut, melihat melalui cermin pandang belakang. Jelas nampak Miku mengejar sepanjang jalan. Mau sampai ke highway kl seremban dia ikut nanti. Sayu je hati ni. Tapi tak boleh la nak bawa sekali. Pecut laju2 sehingga dia hilang dari pandangan. Harap tak ada orang kacau dia, panjang umur jumpa lagi.

Sunday, November 2, 2014

Berkenalan dengan Anjing tak bertuan


Belum cukup modal nak bangunkan kawasan. Jadi hari ini tanam beberapa jenis anak pokok saja. Setiap satu ditanam ku cakap ''Cepat lah membesar wahai pokok''. Sambil2 tu sempat tebas dan mesin rumput. Entah bila masa, Anjing comel muncul depan pondok.


Pagi tadi memang dah beli beberapa ketul ayam goreng. Memang niat nak bagi dia kalau terserempak. Ini ialah Anjing yang dilihat berjalan sejauh beberapa kilometer sehari untuk mencari makanan. Macam tak bertuan. Sejak mula membersihkan tanah lebih sebulan lalu, selalu nampak dia. Kurus, letih dan uzur.

Mungkin bekas Anjing penjaga ladang yang diabaikan, atau dulunya kepunyaan orang asli. Sepanjang laluannya ada yang membiarkan, ada juga yang menghalau.

Masih takut2 tengok aku. Mungkin mahu mengucapkan terimakasih. Lepas makan 5 ketul ayam, dia duduk ditepi pagar yang agak redup, melihat dari jauh. 

Sedap makanannya hari ini. Tak lama kemudian dia hilang dari pandangan.



Petang, sebelum balik ke kl, gaulkan lebihan nasi dan lauk bekal. Kut2 terserempak lagi. Dah memang rezki. Nampak dia tengah berjalan menghala kearah pondok. Mungkin mahu cari makan lagi. Nasi gaul dalam bekas kuletak diatas rumput. Dia masih takut2. Aku cakap '' makan lah baby, panjang umur, jumpa lagi minggu depan'', dah masuk kereta, baru dia berani makan.

Semoga dimudahkan dia mencari makanan, dan tak ada orang yang menyakiti dia.