ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Monday, October 27, 2014

Pondok, pucuk paku dan rebung



Siapkan pondok rehat, lepas tanam pokok,tak siap lagi. Ada masa sambung buat.  Ok la kan..., comel jugak heheh. Sambil2 tu, sempat cari pucuk paku, rebung, ambil buluh dan benihnya ditepi sungai.

Sunday, October 26, 2014

Budak Arab sesat


Jam lebih 10 malam, nak sampai rumah. Seseorang melambaikan tangan, perlahankan kereta. Melihat sambil lalu. Tak berani nak berhenti. Dijalan sunyi lagi gelap, entah2 taktik nak merompak. Nampak macam budak2 remaja, tak tahu orang apa. Mungkin juga baru turun dari hiking di atas bukit tabur. Kemudian tak tahulah, mungkin ada masaalahnya.

Perasan dia macam hilang arah, ku tanya juga dalam bahasa Malaysia . '' Dari mana nak kemana?, apa kes?, apa boleh saya bantu?. Mana kawan?, mana keluarga?, tinggal mana?, buat apa disini?.Dia jawap apa entah, aku pun tak tahu. Langsung tak faham. Bahasa macam arab. Kemudian soal dia dalam bahasa orang putih pulak, tetap di jawab dalam bahasa yang tak difahami.

Di tunjukkan sekeping gambarnya. berbentuk poskad, dibawahnya ada tulisan arab  ,  gaya ala penyanyi sambil pegang gitar, dan sekeping tiket kapalterbang yang ada tertulis Qatar. Agaknya.., mungkin baru tiba dari Qatar.

Macammana boleh ada disini?, tepi hutan. Seorang diri bawa beg, nampak sibuk cuba menghubungi seseorang atau kenalannya melalui talipon bimbit. Tapi macam tak dapat, mungkin line tak ada.


Mungkin ditipu pemandu teksi?, atau pemandu itu tak faham apa yang dicakap dan lain2 kemungkinan yang tak dapat nak difikir. Kemudian buat keputusan hantar dia kebalai polis kerana masaalah komunikasi. Tak faham apa yang ditutur. Hanya satu ayatnya yang kufahami sikit2, dia sebut '' ikhwan...ikhwan''.



Monday, October 20, 2014

Budak Myanmar


Kebanyakan meow menetap diluar, tapi ada sebelas yang tetap dalam rumah, sekali sekala je keluar, satu lagi ( Lucky) memang tak boleh keluar sebab jalannya hoyong hayang macam orang mabuk. Dalam rumah tempat poo&pee tak pakai pasir. Guna paper lama, jimat. Carik2 kan letak dalam bekas dia. Stok dah nak habis. Entah apa mimpi, Budak Myanmar yang kutip barang lusuh berhenti depan rumah.

Abang...Abang... jeritnya dari bawah.

Aku menyahut ''Tak ada la, tak ada barang!", sebab tak ada benda terpakai yang nak dibagi.

Abang mau paper lama?, jeritnya lagi.

"Oh mau...mau, banyak ke?

'' Banyak la...kasi abang free"

'' Ok kejap ya'', seronok pulak rasa. Bukan senang nak carik , kadang2 terpaksa beli yang baru. Selalu beli the star, sebab tebal, hanya untuk lapik taik, bukan dibaca. Dulu pernah cakap dengan dia, kalau ada paper lama hantar sini nak guna untuk kucing.



Tanya dia kalau paper banyak tu berapa dapat duit. Dalam 3-4 ringgit katanya. Dia nampak letih . Comot, berminyak. Aku tanya, '' you bawa moto ada lesen?. Dia geleng kepala.

'' Tak ada, semua orang macam saya mana ada lesen''.

''Habis, polis tahan macammana?.

'' Bagi duit kopi'', kata dia.

'' Oh! yeke?, berapa you bagi?

'' Tengokla...sapuloh ka dua puloh ka".

Mmm...tak tau lah nak percaya ke tak, rasanya polis pun kesian nak saman.

'' Abang ada air minum?, dia minta air.

'' Sorry saya lupa masak air, you ambil ni, nanti beli air", aku hulur sedikit duit.

" Eh tak apa la abang''. Aku paksa dia ambil juga, boleh beli air banyak2 kataku , boleh minum puas2.

''Sebulan dapat berapa jual barang?'', aku tanya lagi.

''Dapat la, satu ribu, kadang2 kurang sikit saja'', jawabnya.

'' Rumah sewa berapa?''.

'' Lima ratus''.

''Berapa bilik?''.

''Dua bilik, cukup la, satu bini satu anak''.

''Cukup makan?''.

Boleh la, tapi tak boleh simpan'', jawabnya sambil mengerut dahi.

"Kawin muda?, banyak duit''.

'' Tak da la..., satu ratus cukup belanja''.

Sunday, October 19, 2014

Pondok pertama untuk berteduh


Cuaca hujan dan panas, bila matahari memancar teriknya sampai terbakar kulit. Silap terbuang pokok2 besar sikit, habis rata tak adalah tempat redup. Dalam kemah pun tak tahan bahangnya. Kulit bertukar hitam, macam terbakar. Akibat tak pakai topi dan baju. Tak tahan panas. Cuaca menjelang malam sejuk pulak.


Dari tapak, kerangka dan seterusnya pondok tertegak jua. 70 peratus siap. Lega sikit dapat berteduh, buat seorang dalam masa dua hari, keluasan 11x11 kaki, tinggi 13 kaki.

Pak Tam bawa tauke jentolak berantai, tengok kawasan yang akan dikorek untuk dijadikan kolam besar, dan buat aliran baru dari sungai kekolam. Kira air fresh akan bertakung dan mengalir kesitu, sedapnya dapat kecebur2 tengah panas2 ni. 

Tauke Tengok dulu dan bincang kosnya. Sewa jentolak Rm800 sehari, kalau boleh siap dalam 2 hari, kalau kurang lagi bagus, Rm 750 sewa lori pergi dan balik. Kosnya lebih kurang Rm 2,350. Dah boleh buat kira2 ongkos yang keluar. 

Tak lama lagi kalau silap budget, memang kena korek tabung. Jawabnya memang lambat lagi la nak siap.



Ini lah rupanya pondok main2 yang separuh siap. Tawakal je tinggal barang2 sini, sementara lagi beberapa hari datang balik sambung kerja. Harap pencuri kesian kat aku ni.


Dugaan pertama, kereta sangkut dalam lumpur tebal, hampir terbalik dalam lembah. Kebetulan hujan lebat. Sampai sini magrib, panik... Keluarkan barang2 yang berat. Tetap tak jalan. Talipon sedara mara, tak dapat line. Talipon bomba dia bagi nombor towing, Nak talipon towing tiba2 ada budak kampung lalu naik motor dan berhenti bila tengok aku mundar mandir. 

Budak motor: Kenapa ?
Aku: Keta sangkut dah senget.
Budak motor: Tarik dengan lori lah.
Aku: Mana nak carik kat sini.
Budak motor: Saya ada.
Aku: Boleh tolong?
Budak Motor: Boleh...tunggu sekejap ya.

Lima minit kemudian dia datang bawa geng2 naik lori. Kebetulan nombor plet sama, cuma terbalik. Tarik guna tali diikat ke lori dan kereta. Tetap tak bergerak. Kemudian panggil lagi geng2 dia. Ada 7 orang semua. Kali ini tolak beramai2 sambil ditarik lori. Baru bergerak walaupun mulanya kereta dah nak meluncur kebawah.

Lega rasanya. Jam dah sepuluh malam. Gelap...Bagi upah mereka tak nak. Jadi belanja minum je. Dikedai... tak sedap hati pulak. Tak kan belanja minum je. Kuhulur jugak seorang Rm 50 sebelum balik, walaupun bermati-matian mereka menolak.


Operasi menyelamat kan ikan


Selepas subuh dalam cuaca yang masih berkabus, bergurau senda dulu sebelum bersarapan, yang  disediakan oleh sepupu sepapat, makan beramai2 dipondok tepi kolam ikan depan rumah. Sehingga suasana cerah baru merentang pukat jaring untuk menyelamatkan ikan2 sebelum dikeringkan sepenuhnya untuk operasi mendalamkan kolam.

Mendengar aku nak buat chalet, Mak su dan husband semangat nak buat chalet jugak diantara dua kolam yang ada tu ekekeke... selamat maju jaya diucapkan.






Tengah sibuk2, baby meow tiba2 muncul dicelah2 rumput, dalam keadaan yang mengigil kesejukan dan menjerit2 minta ikan. Nampak lapar sangat. Kes baru dibuang lah ni. Ku buat keputusan untuk dibawa balik ke kl. Anak buah suruh panggil dia Cik Tam. Senang je dia bagi nama. 


Cik tam dalam kereta otw balik kl

Sebelum balik bersihkan sikit dan mengimbau kenangan di pusara Arwah Nenek dan Moyang yang kembali kerahmatullah beberapa tahun lalu. Mari ramai2 sedekahkan Alfatihah pada semua hamba Allah yang disemadikan disini. Sok bila kita meninggal orang lain akan melakukan perkara yang sama juga.



Sunday, October 12, 2014

Berkemah sehingga segalanya siap

Bertolak sesudah subuh dari kl, lepas selesai beri anak2 makan dan kemaskan apa yang patut. Memandu tak payah buka aircond kerana udara pagi yang segar. Sejam kemudian sampai dikaki gunung, jalan berkabus sejuk sekali. Mengekori sebuah kereta yang terkemut2 mendaki jalan keatas, untuk mengetahui tingginya aras disitu, rasakan saat telinga berdenggung. Dapat bayangkan cuaca dingin dimalam hari.


Belukar tebal

Selamat sampai. Sebelum dan selepas kerja meratakan tanah, Bersihkan pinggir sungai. Menanam anak2 pokok kelapa, mangga dan beberapa jenis lagi untuk sementara. Tiga hari seminggu akan berkemah disini. InsyaAllah dalam masa setahun atau lebih, akan fokus sehingga siap sepenuhnya.


Pak Tam memantau Apek yang kadang2 mengelat, sengaja melambat kan kerja
Sewa jentolak/jengkaut hanya Rm 400 untuk 7 jam bekerja tolak sejam berehat, kena pantau sebab ada yang jenis mengelat melambat2kan kerja, kos bertambah kalau tak siap dalam masa yang ditetapkan.

Sudah terang dan bersih

Anak Sungai airnya sejuk 

Membina Rangka pondok berteduh sementara

Wednesday, October 8, 2014

Ular terbang dalam rumah

Ular cantik yang tersepit ekornya dicelah dinding. Telah menjatuhkan bekas kaca hiasan lalu pecah berderai.



Hasil pencarian, namanya Paradise tree snake, jenis ular terbang ini banyak disekitar kawasan rumah. Memang selalu masuk rumah sebab ada banyak cicak. Selalu juga jadi mangsa permainan kucing. Bisanya amat sedikit dan tidak merbahaya pada manusia, cukup sekadar melumpuhkan cicak, serangga dan katak kecil.




Cara terbang ialah dengan meluncur dari pucuk pokok tinggi kearah bawah, dan boleh mengubah arah saat terbang. Banyak masanya didahan pokok. Melekat menegak 100 darjah atau membelit dibalik daun2. Mempunyai warna warni cantik.

Ular ini sangat takut dengan manusia, kalau terserempak dia sendiri akan lari. Musuhnya ialah burung, ular yang lebih besar darinya, ( kucing... kalau disini lah ) dan manusia itu sendiri. Orang kalau dah penakut ular, ular lidi pun dia bunuh. Kalau dah kenal ular2 yang tak berbisa macamni janganlah bunuh, biar kan dia bebas. 

Kebanyakan kita ni takut ular berbisa, kalau tak berbisa geli la pulak. Kan... samalah disini. Kesian, takut geli, mmm nak kena belajar manja2 dengan ular pulak lepas ni.