ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Saturday, September 27, 2014

Sayangi bumi hijau, persembahan Passiontree Wedding Planner & Event



Pemilik Passiontree ini adalah salah seorang rakan Animal Lovers yang pernah adopt rescue cat disini tidak lama dulu. Meow itu diberi nama Aisyah. Dan mengambil seekor lagi meow dari tuan lamanya dalam keadaan tidak terurus. Di panggil Ku Bell. Keadaannya kini sangat sihat dan montel gebu.

Passiontree berpengalaman dalam wedding planner dan event sejak beberapa tahun lalu. Walaupun perniagaan beliau tidak besar, akan tetapi hasil kerjanya sangat menarik dan diolah dengan kreatif. Namun ada sesetengah orang sentiasa ingin mengambil kesempatan memberikan bayaran yang rendah dan lambat kerana sikap beliau yang lebih kurang. Tidak kurang juga yang menipu dan memfitnah kerana penyakit PHD. 

Harap beliau tegas sedikit pada masa akan datang, dan berhati2 bila bekerjasama dengan orang lain, selamat maju jaya. 

Gambar adalah event hasil kerja beliau di The New One City Mall yang dirasmikan oleh Menteri besar Selangor yang baru semalam. Untuk melihat hasil kerja unik, cantik2 menawan yang lain, atau memerlukan perkhidmatan beliau seperti menghias, menyusun, mencantikkan, dimana2 tempat yang diinginkan, rumah dewan dan lain2, dengan tema2 pilihan anda sendiri atau idea darinya, boleh like page FB di SINI atau klik link dibawah.

https://www.facebook.com/pages/Passiontree-Wedding-Planner-Event/219656601385038

( Artikel ini ditulis tanpa pengetahuan beliau )

Thursday, September 25, 2014

3 anak yang diabaikan


Menyusukan anak2 bulus yang masih kecil agak leceh sedikit apabila mereka tidak mahu makan minum sendiri. Akibat diabaikan ibunya, saiz badan mengecil, kekurangan zat. Apabila sehari dua disuapkan, perubahan ketara yang mana dua diantaranya semakin aktif dan boleh makan sendiri. Satu lagi masih lemah tapi semakin berselera makan.

Campuran makanan
1-AD, yaitu can food untuk yang kurang selera makan, 2 sudu kecil
2-Susu tepung setengah sudu kecil
3-Gula perang atau glukos kurang suku sudu kecil
4-Air suam 2 sudu kecil
5-Vitamin B complex kurang suku tablet

Campurkan semua, hancurkan. Guna sringe untuk menyuap.

Semua bahan boleh dibeli di pet shop atau klinik haiwan. Vitamin cari di farmasi lebih murah dan glukos ada juga dikedai runcit dll.

Air free tersumbat

Teman2 yang rajin mengikut 

Dalam seminggu ini hujan lebat, air ke kolam tersumbat, oleh pasir, daun kering dan lumpur.Lama2 perlahan macam air kencing. Sampai masa betul kan empangan mini,  yang menyalurkan air melaui paip, terus kerumah. Dugaan air free, memang begini, setiap kali hujan lebat.


Wednesday, September 24, 2014

Tak jadi mesin rumput

Pic sinar harian

Dah dua kali nak ketempat ni, dua kali juga nampak kemalangan. Dua kali juga keluar paper. Minta dijauhkan dari hal2 seperti ini.


................................................................................................




Datang hari ini semata2 nak bersihkan kawasan sekurang2nya separuh. Apakan daya, baru mesin sikit peluh dah mencurah2. Penat, rehat sekejap. Minum dan makan kueh yang beli diwarong tepi jalan. Semak masih tebal, eh...bila nak siap kalau macamni.

Ada orang kampung lalu naik motor, kami sembang sekejap. Rumah dia sebuah je dalam tu. Katanya, minta izin sedekahkan sedikit tanah untuk buat laluan jalan kerumahnya, kemudian dia bercerita sebelum ini jalan lama telah dipagar oleh jiran sebelah Ini kerana termasuk dalam kawasan tanah dia. Jadi tak ada jalan masuk. Takkan nak redah sungai, katanya.

Kemudian dia bagi cadangan,  nak cepat bersih sewa jentolak kejap je dah siap. Baru teringat sebelum ni pakcik dah pernah tolak. Kosnya RM 450 sehari. Murah je rupanya.


Kata Pakcik lagi , didalam ada banyak jeram, air nya boleh diminum terus. Tiba2 bertanya nak buat apa dengan tanah ini. Aku tanya dia balik, ntah... nak buat apa ya acik?. Dia cakap buatlah chalet. Wah!, kebetulan sangat.

Buat cepat sikit biar meriah tempat ini katanya. Sekarang banyak Orang jauh datang dari luar semata2 nak berkelah dan mandi. Eh!, Kalau ada duit semuanya boleh cepat2 acik. 

Lukisan anak buah

Ini saja minta anak buah yang kecik tu lukiskan, sambil menunjuk2 kawasan ini apa, kawasan itu nak buat apa. Hasilnya jadilah lah gambar lukisan ini ekekeke... comel je imaginasi.






Cinta yang semakin pudar, meowww...

Apabila cinta semakin pudar, kasih sayang akan mula terhakis dan terancam, walau bermatian2 mempertahankan. Sayang, dalam cuba berjuang mengembalikan rasa cinta, tetap kecundang.

Salah langkah atau bertindak, gagal mengembalikan cinta kepada hubungan harmonis yang asal. Akhirnya semakin menjauh, panas, marah, benci dan sebagainya.

Membaca pengalaman manusia, antara sebab ialah, merasakan sikap pasangan semakin membosankan. Tidak kira cara penampilan, percakapan, perbuatan dan lain2. 

Juga cuai menjaga hati masing2. Hati adalah perasaan yang sangat halus. Tidak hairan jika lama kelamaan perasaan semakin pudar dan menunggu masa untuk berpisah.

Semakin lama bersama pasangan, semakin kenal buruk baiknya. Semakin banyak buruk yang dinampak, anda akan semakin menjauhinya dengan berbagai alasan. Anda juga akan kerap bergaduh walaupun dalam hal yang remeh temeh.

Kemungkinan sebab orang ketiga. Dan kemungkinan2 lainnya.

Adakala rungutan seperti.., "Kadang2 cinta cuma buat sakit hati" "Kenapa tiba2 semacam tidak ada rasa apa2 pada sidia", "Sekarang dia sudah berubah, saya rindu dia yang dulu".

Ekspresi cinta membuatkan rasa bahagia dan dihargai kerana sentiasa ada seseorang dibelakang, yang sentiasa memberi semangat.

Cinta juga memberikan kekuatan perjalanan hidup yang selama ini bagaikan tiada arah tujuan

Namun apabila cinta itu semakin pudar kerana pelbagai masaalah, kita terpaksa melupakannya. Tidak guna memaksa diri untuk cuba menerima sesuatu yang hati semakin menolaknya. Rasa pedih dan patah hati adalah ketentuan yang terpaksa ditempuhi. 

Biarpun terpaksa melupakan untuk seketika atau selamanya, mesti diingat, itu bukan kehendak kita yang sebenarnya.

Latih minda melupakan kenangan pahit
Belajar bersyukur
Belajar jadi pemaaf
Keraskan hati kalau perlu
Jangan berdendam

Kita tidak dapat melupakan memori pahit sekaligus, tetapi lakukan perlahan2 dengan mengalihkan perhatian pada perkara lain, proses ini sudah tentu mengambil masa tetapi tidak mustahil segalanya akan berubah menjadi lebih baik.

Setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya.  Tiada cinta yang kekal abadi selain cinta kepadanya.


Ubat sakit mata kucing yang murah dan berkesan


Cepat ya ubat2 naik harga. Minggu lepas ke klinik. Cari ubat mata, Dulu RM 6, kemudian Last beli ubat ni jenis cecair titik kemata,  harganya sekitar RM 8. Sekarang sudah RM 12.  Mungkin lepas upgrade klinik jadi cantik sikit, naik harga atau memang harga ubat memang dah naik.

5 baby baru


Ada 3 baby meow sakit mata, Dah habis UBAT masih tak baik, kemudian teringat ubat di farmasi ada yang sesuai untuk haiwan. Tanya rakan Vet, katanya ubat mata diSITU sesuai dan sangat berkesan untuk meow. Disuruh cari yang namanya 'xcipro', malangnya farmasi yang pergi ni tak tau. Jadi sebutkan simptom2 sakitnya. Contoh mata merah berair, bertahi mata. Dan untuk kanak2 KECIL, dia bagi ubat diatas. RM 4 . 

Murah sangat boleh beli 3 botol dari harga di vet. Titiklah 2 atau 3 kali sehari, ikut keadaan sakitnya. Tak habis boleh simpan dalam peti sejuk. Lepas guna pun letak dalam tu supaya tahan lama. Waktu kecemasn boleh guna.

Sekarang meow dah ok , mata bengkak sudah surut. Taik mata pun tak ada. Jangka masa sembuh seminggu lebih kurang. 

Ubat cacing yang sesuai untuk haiwan

Oh ya, satu lagi, ubat cacing juga boleh dibeli difarmasi atau cari diklinik biasa untuk manusia. Minta yang untuk kanak2. Dan jenis cecair. Sebutlah umurnya sekitar 7 tahun kebawah.

Selain murah, ianya banyak. Boleh digunakan untuk beberapa ekor kucing. Berbanding beli di vet sekitar Rm 8 keatas untuk seekor kucing. Kalau anak bulus anda banyak, ini menyelesaikan sedikit masaalah keuwangan. Cuma dos nya mesti dikurangkan. Jangan samakan dengan manusia. Ikut sukatan sama yang biasa diberi keatas kucing anda sebelum ini. Berapa untuk baby dan berapa untuk dewasa ikut beratnya. Gunalah syringe.

Sunday, September 21, 2014

Hari ini je dua orang jatuh di bukit tabur


Hari ini saja 2 orang jatuh di bukit Tabur. Satu siang satu malam.  Sekarang musin hujan, track licin, jadi hati2 lah. Tapi manusia kadang2 memang lupa dan lalai. Kesian aku tengok kawan2 Bomba kita tu redah hujan, masuk hutan naik bukit nak selamatkan nyawa orang.

Siang aku tak tahu lelaki ke perempuan, tapi yang malam ni rasanya perempuan, nampak kepala dah berbalut, sama ada naik bukit siang jatuh bila nak turun malam atau dari petang tunggu Penyelamat, malam baru sampai. Ambil gambar dari dalam rumah je tak jelas malam2 ni malas dan segan nak turun bawah, kang kena sergah pulak.

Niat baik nak beriadah sihatkan badan, tapi malang tak berbau. Mudah2an dua2 selamat dan cepat sembuh.

Friday, September 19, 2014

Sedapnya jeruk maman





Dulu2 ingat lagi  mak suka masak lemak cili api jeruk maman ni. Baru2 ni baru tau boleh makan macam tu saja. Tengok kat pasar tani ada gadis Kelate jual dalam bungkusan plastik kembung. Tiba2 teringin sangat nak cuba. Sebelum sayur ni dimesin bersama2 rumput yang semakin semak. Namun begitu maman aku ni tak sesedap maman yang bunganya warna putih, ini maman pasir yang liar. Maman bunga putih tu di kampung Negeri sembilan orang buat rendang. Sudahpun diiktiraf sebagai antara makanan terlazat didunia. Mat salleh pun cakap sedap. Eh... tak caya cuba tanya encik google. Keyword nya '' Rendang maman terlazat didunia'', tapi orang lama2 dan warih je yang pandai buat tu, walaupun cara masaknya simple sangat.

Cara buat dan makan jeruk maman,

Daun maman, secekak orang dewasa
garam kasar/halus sesudu besar
nasi secawan
air masak yang dah sejuk

Cuci dan toskan daun, letak dalam satu bekas, blen nasik dan curahkan dalam bekas maman, masukkan garam dan tutup. Peram 3 hari, 2 hari atau sehari pun boleh.

Dah siap, keluarkan maman dari bekas, toskan, potong bawang dan cili padi, sedikit belacan bakar.

Saturday, September 13, 2014

Kilang roti bengali Uli doh dengan tapak kaki, dah berapa ramai orang termakan?

Gila... kilang buat makanan kucing pun pakai mesin, lagi bersih, tapi makanan manusia dipijak2. Walau pun tokey2 dia dah nafikan, cuba perhati... cara tokey dia bergambar pegang roti tanpa pakai sarung tangan, apron tak pakai, rak roti paling bawah dekat dengan tapak kaki, dengan sendiri menunjukkan tokeynya juga pengotor.

Air ketiak...

Mungkin tak ramai yang tau kilang buat sos cili, kicap dan tauhu terutama yang diproses kecil-kecilan di belakang rumah, memang tak terjamin kebersihan. Lantainya teruk, lagi bersih tandas awam. Ingat kes bihun cap Masjid dulu. Geli...air peluh, bulu ketiak jatuh, semua tu terbayang2. Jangan tertipu dengan Cap. Nama Masjid, tapi bukan produk muslim. Tapi isunya ialah kebersihan, bukan produk muslim atau non muslim. 

Aku selalu beli dulu, sebab ada lambang masjid. Sekali keluar berita, kilangnya lagi kotor dari kandang vavi. Celaka...vavi betul tokey kilang tu. Sekarang kilang tu dah hangus terbakar. Bagus lah.

Kotor...

Bos lama dulu, berniaga catering, selalu ambil ambil stok sos dalam kuantiti yang banyak. Rajin survey harga  dan meninjau tempat memproses berkenaan. Memang banyak yang bersih sebab dibuat dengan mesin, namun yang kotor pun banyak. Jadi hati2 lah. Guna produk yang diyakini halal.

Kahak dan liur...

Kalau makan diluar pun hati2 lah. Gerai atau restoran. Kalau pesan makan lambat sampai. Jangan nak marah2. Cakap elok2. Kalau tak puas hati, cari kedai lain saja. Sebab macam2 cerita dah aku dengar. Pelayan bengang, tukang buat air tension, tukang masak stres, macam2 dia boleh letak dalam pesanan/makanan kamu, ludah, kahak, dan lain2 bayangkan sendiri.

Ada kawan pernah nampak, pekerja restoran mamak goreng kueh dah hampir penuh dalam bekas, tiba2 bekas terjatuh. Dia kutip balik kueh yang berterabur, dan goreng semula. Bila ditegur katanya kuman akan mati bila digoreng. Tak akan dibuang, tentu rugi.

Nak selamat, Lebih baik bawa bekal sendiri.




Pulau Pangkor, cantik tapi kotor

Entah lah, memang suka jalan2 ni. Walau banyak tempat peranginan aku kunjungi di Malaysia ni, tapi masaalah yang sama. Sampah dibuang merata2 dan warong2 makan yang berterabur nampak teruk. Air longkang hitam mengalir terus kelaut. Tempat yang cantik jadi jelek.

Contoh paling dekat dengan kl, pergi je ke Port Dickson, air laut pun gatal. Tandas dengan gerai lebih kurang sama saja pemandangannya. Lalat jangan cakap lah. Sekarang aku kutuk kampung sendiri. Sedih...

Kalau siapa pernah pergi ke Singapura tentu akan memuji, mata terasa segar, pemandangan bersih sekali. Walaupun sesuatu kawasan disana cuma bekas sebuah lombong kecil sebesar kolam ikan, tapi cara penjagaannya memang first class. Sungguh cantik. Dan bersih.

Ok....Pulau pangkor kalau nak pergi, disarankan hari2 biasa. Hari cuti memang jem dengan manusia beratur di jeti, nak balik atau pergi. Group kami genap 10 orang. Serik...





Menginap di sebuah chalet yang bernama Nipah guest house kalau tak silap. Berbanding di chalet yang lain, owner disini tak begitu friendly.



Lempeng pisang abang ni boleh tahan sedap, tapi masa tengah hangat, dah sejuk kurang sedap.


Mesin lagu antik ini masih wujud lagi dan berfungsi dengan baik


Melawat kilang memproses ikan bilis, Mana2 yang ke pulau ni tak sah kalau tak beli ikan kering, ikan bilis, keropok dan makanan2 kering.



KISAH KUCING, KATAK DAN ULAR LIDI

Post2 lama kebanyakannya hilang. Bermakna hilang kenangan. Terjumpa balik dalam blog seseorang, di copy paste dengan link. Apa pun Terima kasih saudara Farhan Hanif. Ini kisah 2011 yang lampau.

Pagi ini...Ada suara halus tepi kolam.

Nampak 'Tiger' sedang mengendap atas rumput.
Ada sesuatu dicelah daun kering. Tiger terlompat-lompat , kakinya menguis-guis sesuatu ditanah.
Barangkali lipan. Tapi bila perhatikan betul-betul...
Rupanya, Katak puru...Bunyinya macam baby nangis. Halus...mendayu-dayu.

Sebab ada ular sedang menelan kepalanya.


Tiger mencari posisi selamat, sambil bermain dengan ekor ular.
"Apa benda ni?"
Kemudian mencengkam badan ular dengan kuku.
Ular gelisah ... katak semakin kuat berbunyi. Kesian pula...
Tapi katak kan makanan ular...
Kalau umur dia panjang, mesti lepas punya. Tengok dulu...
Tiger terus menguis-guis badan ular.

Akhirnya...
Katak terlepas dari mulut ular, lalu terjatuh dalam lubang. Ular pun lari, menyusup dicelah daun. Kemudian hilang. Mesti dia kecewa, sebab tak dapat makan katak gemuk.
Gara-gara dikacau oleh Tiger.
Tiger mencium katak puru gemuk.
"Kau selamat sekarang, pergi main jauh-jauh..." katanya. Heheh...
Katak gemuk pun melompat-lompat, sambil berbunyi pelik. Sebab dia tak bunyi "Ong!...Ong! gedek! gedek!.


Tapi bunyi ...ehek! ehek!, macam bayi lemas. Mungkin sesak nafas kena telan separuh muka.

"Hey! Cepat lari...."

Katak gemuk jalan macam taiko. Dibelakangnya ada raksaksa jadi bodyguard.

Kemudian melompat dicelah pokok bunga. Tiger mengintai dibalik pokok.

Katak menundukkan kepala, sambil berkata...
"Thank you Abang comel".
"Bye bye!", tiger membiarkan katak pergi.
Walaupun tidak faham..., tapi Tiger telah menyelamatkan satu nyawa.


Hari ini ,
Tiger ialah Hero dihati katak gemuk. Ekekeke...

Aman, Kakak peace dan kawan2

Post2 lama kebanyakannya hilang. Bermakna hilang kenangan. Terjumpa balik dalam blog seseorang, di copy paste dengan link. Apa pun Terima kasih saudara Farhan Hanif. Ini kisah 2011 yang lampau.

Petang-petang selalunya bawa semua naik bukit ikut jalan tepi rumah. Lalu kebun orang. Kasi senaman sikit untuk kekuatan otot kaki, termasuk papanya, sambil menghirup udara yang nyaman sekali.

Kalau ada yang menyangka gambar atas ini hanya ada Peace sahaja, baik anda berjumpa doktor pakar mata. Itu tanda-tanda rabun warna, hahaha...perhatikan betul-betul. Siapa disebelahnya. Klik gambar untuk membesarkan image.
Nampak tak, si kecil Aman cepat belajar...tak lama lagi boleh bergandingan dengan Peace guard orang ramai naik bukit.

Cepat juga dia membesar. Lasak dan sangat cergas.

Ditemani kawan-kawan comel yang lain. Ok... ini gambar dua minggu lepas. Sebelum mata aman tercedera.
Ini Aman boy sekarang. Sebenarnya dia sudah besar tiga kali ganda dari mula-mula diselamatkan masa baby dua bulan dulu. Lebih kurang umurnya dua bulan sekarang ya. Semakin cerdik dan kuat main.

Teman baiknya hanya kucing-kucing. Oleh kerana kuku kucing sangat tajam, semasa bergurau itulah agaknya tertusuk mata kanan Aman. Pada satu pagi ternampak sebelah matanya jadi putih dan tersembul keluar, berair macam orang menangis.
Tinggal sebelah mata lagi. Sekarang jadilah aman A.K.U. atau anjing kelainan upaya. Kesian dia.
Wajah-wajah sedih aman. Muka sedih satu...

Muka sedih dua...
Muka sedih tiga...

takut matanya rosak, cepat-cepat bawa keklinik. Cage kucing dah tak muat lagi sebab saiz dia. Jadi terpaksa letak dalam kereta tanpa cage berlapikkan kain tebal. Dia macam tau bau ubat. Sampai klinik dia tak mahu masuk. Puas tarik tali ikat leher dia sampai tegang. Terpaksa dukung pulak. Risau mata orang yang melihat. Orang melayu kita... mujurlah diperhatikan semuanya tersenyum. Mungkin gelihati tengok gelagat aman. Lega sikit.

Kata doktor kemungkinan mata dia tak dapat diselamatkan. Sedih juga. Nasib tak dua-dua buta. Kalau terjadi apa-apa ..ialah mana tau akan datang kan, Tentu susah untuk dia berdikari.

Ini Memeng, anak Manja, teman main Aman paling rapat. Dan paling teruk kena lanyak. Tapi dia tak marah. Buat lah apa pun, dia diam je.


Makan pun sama-sama.

Ini Fefet. Mangsa buli kedua. Anak manja juga. Bila Memeng dah penat nak melayan.
Haha...macammana agaknya bila dah sebesar Peace nanti.

Ini pula black, baby baru... jumpa dikedai makan lepas hantar Aman keklinik. Fikir lima enam kali juga sebelum bawa balik. Takut tak termampu dijaga. Memikirkan rasa simpati lebih banyak. Bawa juga balik. Siapa-siapa yang rasa nak bela sila beritahu ya. Tapi tunggu dia sihat sikit. Sekarang tengah cirit birit.

Aman pelik dan sangat teruja tengok black, mungkin sedang berkira-kira untuk menjadikan mangsa buli.

Malamnya ada orang sedekah ikan kembung campur gelama 20 kilo. Ada lah sekotak besar. Banyak tu. Orang yang berniaga ikan di pasar malam taman melawati. Tuan Kurus tolong hantarkan. Tapi ikan ini khas untuk kucing dan anjing sahaja.... terima kasih. Doakan bisnes kamu sukses dan bertambah maju. 

Ikan mentah Manja dan Kireen saja suka makan.Untuk Yang lain-lain kena masak dulu.

Akhirnya gambar terbaru manja dan anaknya. Tak boleh jadi ni. Nak kena mandulkan juga. Subur betul... sekali beranak sedozen hahaha...adoi. Mana nak cari klinik yang murah ya. Nak mandulkan semua, ramai tu...tapi klinik biasa mau ribu-ribu belanjanya

FRISKES BUAT KAWAN-KAWAN

Post2 lama kebanyakannya hilang. Bermakna hilang kenangan. Terjumpa balik dalam blog seseorang, di copy paste dengan link. Apa pun Terima kasih saudara Farhan Hanif. Ini kisah 2011 yang lampau.

Hari ini Wewek buang tebiat...
Macamlah dia tau membaca. Rapat pulak tu...
tak takut mata rabun ke.

Tanda-tanda dia boring...
Kami Keluar . Wewek bawa kereta hehe...lesen P lagi. Jalan-jalan tengok kawan. Berbekalkan satu beg friskes.
Yang ditaja oleh seorang kawan.
Seronok nampak...
Terpegun tengok dunia luar...
Sekali sekala je.
Tak sabar-sabar...
terjun ikut tingkap ... Brutal ko.
Kawan yang mula-mula kami nampak.
Ibu dan anak kucing.
Tengah makan sisa makanan. Anaknya lari ...
Menyorok dalam semak. Kemudian...
kami nampak...
Ada kawan lepak bawah kereta...


takut-takut tengok kami.





Lena bawah meja makan.
Entah tidur kenyang atau lapar...Adusss...
"Meoww"... manja bunyinya.
Kami lihat , kawan ini comel juga.

"Hello"... katanya. Dlm bahasa kucing. Wewek tentu faham.


Banyaknya kawan...
ini sedang tidur ditangga, terkejut lalu bangun menyapa... "Meowww...".
Dalam longkang kecil cari makan...
Kawannya memerhati kalau-kalau ada orang buang makanan...





Disini...
Mau saja aku nangis...



Waktu balik jumpa lagi. "Meoww... ", bunyinya sama.
Tepi longkang.
Dia sakit... nampak tulang.
Lalu...
kami bawa pulang.
Bertambah satu kawan
Buat Wewek...
Hari ini...
satu beg friskes habis,
buat kawan-kawan.
~Wewek