ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Monday, March 31, 2014

Pasar mini yang banyak kucing

Lama tak beli barang sini. Pasar mini yang agak popular dikawasan ini. Banyak promosi dan harga pun murah sikit. Ada masa2 tertentu kedai penuh dengan pelangan. Yang  menarik pada aku ialah kucing2 yang bebas keluar masuk dalam kedai. Ada yang Comel2 bersih siap berkalung. Nampak berdisiplin, mereka tak risau barang2 dirosakkan. Pelanggan pun nampak happy.

Tuan kedainya Cina, pekerja2nya perempuan melayu. Dari dulu aku perhatikan memang mereka sayang kucing. Walaupun bukan mereka punya.






Tu ada kerja kosong, perempuan ajer, keja cashier, selain jujur amanah, syarat wajib lain ialah sayang kucing hehe. Sayang kucing tu aku saja je tambah :)

Depan kedai disediakan bekas air untuk meow2 minum, kebanyakannya kucing terbiar yang tak tau dari mana datangnya. Aku tak boleh nak sebut mana tempat ni. Nanti ada pula orang ambil kesempatan buang kucing. Sebab taukeh kedai rajin bagi makan.




Semalam ada kawan bagitau ada orang racun kucing sampai duapuluh ekor, ada yang kata cikgu, ada yang kata tauke kedai makan, kat johor kalau tak silap. Tak tahulah apa kes sebenarnya. Apapun kalau sampai meracun tu dah melampau jahatnya. Kalau semua orang macam taukey cina ni kan bagus. Aman Malaysia, mana tau makhluk comel ni doakan, rezki pun murah.

Semangat Lucky

Walaupun Lucky ni cacat, tak boleh berdiri betul dan jalan terhoyong hayang, kalau nak naik tempat tinggi tak ada masaalah. Gigih berusaha walaupun beberapa kali terjatuh.


Lucky



Dia nak tangkap cicak tu. Walaupun tak dapat waktu atau hari lain boleh cuba lagi. Pokok pangkalnya usaha itu ada. Sekurang2nya dia bersemangat disamping dapat membina otot2 biar lebih kuat stabil badannya dan yakin akan kemampuannya.




Meow nan bercinta, Cinta nan sob... sob...




Alkisahnya, AhChong dan Suhana selalu  dilihat berkasih-kasihan.......................



Akan tetapi beberapa hari kemudian......bersaksikan pokok2, burung2, ulat bulu, ikan2 dan makhluk halus......









Hati memang sangat complicated. Titik pertemuan ada kala panjang dan pendeknya.  Perkara yang di anggap kecil dan remeh, kesedihan besar atau kebahagiaan bagi sidia. Ermm... Sidia yang dimaksudkan ialah meow2 tersebut...meowww

Sunday, March 30, 2014

Coconut shake cendol sambil ber BBQ cecahan budu campur tempoyak erkk...

Semenjak dua menjak ni rajin pulak ber BBQ bila kawan2 bercuti. Ia mempunyai keseronokan tersendiri Di bawah hijau rimbun pokok, angin bertiup nyaman, bau asap kayu dibakar untuk memanggang, menimbulkan mood percutian sebenar walaupun hanya didepan rumah.




Cecahan air asam, kicap cili, sambal belacan, budu, tempoyak dan oh sedapnya budu campur tempoyak. Dulu aku pelik budu campur tempoyak?, apa rasanya?, dah cuba makan sedap ketagih pulak hehe. Tapi pastikan budunya jenama yang paling sedap.


Bila kehausan menikmati Kelapa goncang cendol ini sangat nikmat yeh... boleh cuba buat sendiri. Caranya coconut shake buat macam biasa tapi jangan letak gula, 'ais' biar lebih dan terasa macam disagat, letak cendol dan siram diatasnya air gula merah campur gula kabung/melaka. Idea sendiri bukan dicedok dari mana2 resepi. Muncul idea ni bila tiba2 teringin nak makan/minum cendol bakar haritu. Kebetulan hampir setiap hari buat coconut shake, buah kelapa muda pun tengah banyak dipokok. Siapa yang bisnes coconut shake sila lah cuba yang ini untuk dikomersialkan selain letak aiskrim. Cuaca panas sekarang ni pasti laris.




Heh...pantang apa2 aktiviti kita buat meow2 mesti ada, samaada untuk mengacau, lepak bermanja2 atau bergurau senda sesama dia. Ia penyeri suasana ... meowwww

Adakah benar kucing jantan tiga warna tak panjang umur

Anak Tatak tiga. Jantan tiga2. Satu dua warna, dua tiga warna. Dua aktif satu slow, orang cakap jantan yang tiga warna tak panjang umur. Dulu2 orang cakap macamtu la, jantan tiga warna umur pendek. Aku tak pernah percaya itu...semua mitos. Ia seperti imformasi yang salah tapi selalu dianggap benar. Namun dulu2 jantan tiga warna yang aku jaga semuanya pergi awal2.

Kalau perhatikan memang selalunya kucing tiga warna hanya betina. Tapi harap kali ini panjang umurnya sekaligus tanggapan mengenai mitos itu tidak benar.




Nostalgia Penyapu lidi

Penyapu dah pendek dan barai. Musim daun2 gugur bertaburan,  kalau dibiarkan pemandangan seakan2 rumah terbiar dalam hutan. Sambil duduk menyiang daun2 kelapa untuk dibuat penyapu sambil melayan perangai meow. Nostalgia... macam kat kampung masa kecil2 dulu. Buat ramai2 cepat siap.





Siap pun, seikat begini tiga hengget lima puluhsen kat kedai. Sekarang sudah boleh menyapu. Dan bakar sebelum hujan turun.


Saturday, March 29, 2014

Petai, Jering, Monyet, Tarzan, Orang Asli dan Akak Yiyie

Ada harinya kalau mood yang baik sangat, kekebun diatas bukit melihat2 kalau ada sesuatu yang boleh dikutip untuk dijadikan bahan kreativiti dimasa lapang.  Hari itu terdongak ke atas langit, hanya langit yang cerah, dipertengahan mendongak itu ternampak buah petai dihujung2 dahannya, berayun2 ditiup angin. Disebelahnya ada pokok jering yang juga sedang berbuah lebat sekali. Pokoknya besar, monyet pun tak mampu panjat. Pada hemat aku, hanya Orang Asli dan Tarzan je yang boleh lepas.

Kecuali pokok petai yang tidak terlalu besar, namun tinggi melangit. Aku gayat,tapi yang ini monyet boleh lepas. Mencuba untuk kait buahnya dengan memanjat pokok cempedak disebelah, dibantu galah buluh kukuis2 tak sampai pula. Lengoh tangan dan tengkok. Akhirnya terpaksa menyerah kalah, hanya mengharapkan monyet saja untuk menjatuhkan setangkai dua.


Sebagai ganti jering pun jeringlah. Sedang elok, muda dan rangup. Walau pokoknya besar tapi tidak terlalu tinggi. Kujolok2 jatuh jua. Kat pasar malam sekilo enam hengget. Mahal kau. Menggelakkan kempunan kupetik2 pucuk petai belalang untuk dibuat ulam kerana rasanya seakan2 petai juga.

Aman dan Smart kena ikat, jadi yang temankan aku kali ini hanya Akak Yiyie yang kejap ada kejap tak ada.











Laksa di atas bukit

Bukak tutup laptop teringin nak update sesuatu sebagai kenangan tapi selalu tak jadi, baca paper, baca itu ini tutup balik macamtu lah hari2 dan seterusnya. Hari ini keletah Guntur yang kurang sihat buat aku ter rajin sikit. Mengamuk gila2 dalam cage, bagi makan, makan sikit, rabus ayam makan sikit, mulut je bising lebih. Keluarkan macamni lah keliling meja, terjerit2 lompat sana sini gelisah semacam. Letak luar rumah berlari2 sakan cari tanah. Oh rupanya tak tahan nak berak. Mmm dalam cage pun ada tempat buang, tak mau pulak buang situ.



Alang2 tengah rajin ini, kutaipkan sedikit memori untuk diri sendiri dan kawan2 yang berkenaan. Menjelang petang beberapa minggu lepas mengidam makan laksa, sambil menikmati pemandangan dari atas bukit. Vroom2...naik kereta dipandu encik Ooo, pertengahan jalan terpaksa menyiput sebab jalan jem.

Lokasi di bukit Ampang terletak dijalan menghala ke Hulu Langat. Diselekoh situ terdapat gerai2 tepi bukit. Gerai tak cantik pun. Makanan biasa2. Yang menarik hanya kerana boleh melihat pemandangan sekitar bandaraya Kuala Lumpur saja.  Sayangnya jerubu pula.

Meja paling hampir dengan tebing, lantainya hanya playwood tebal yang dipaku pada tiang tinggi rendah mengikut permukaan tanah, menjadi tempat kami duduk sambil makan laksa dan menghirup kuahnya sampai licin. Boleh tahan rasanya.

Dah lama duduk sini baru nampak Meow. Bunting perutnya, ku panggil2 tapi dia tak mau datang. Kalau dibawa balik, entah beberapa ekor lagi dihadiahkan anak2nya.










Monday, March 17, 2014

Spa ikan Guppy ganti ikan Garra Rufa

Spa ikan konon2 nye untuk duduk lepak malas2 musim panas yang lalu. Sekarang hujan rahmat turun hari2, waktu tengahari pun langit mendung dan angin kuat membuatkan rambut mengerbang kusut ditiup. Melihat didalam air rupa macam hantu.

Sepatutnya ikan Garra Rufa yang berenang2 didalam itu. Namun memandangkan begitu banyak ikan Guppy yang membiak dalam kolam lama, maka guppy pun guppy lah. Seronok comel ni berenang2, air pun fresh mengalir tak henti2 dari kaki bukit.

Sedap je mulut2 halus mengigit sel2 kulit mati tangan dan kaki. Mula2 akan terasa geli2 sikit, lama kelamaan seronok teringin hendak berendam terus. Tapi tak boleh lah, nanti tempat yang tak sepatutnya pun dia masuk.

(Kalau ke spa ikan tu hati2 kerana ada kes2 terpencil jangkitan penyakit merbahaya yang tersebar melalui gigitan dan air kolam itu sendiri yang mengandungi mikro'organisme oleh kerana terlalu ramai orang mengunakannya apalagi jika airnya tidak bertukar selalu).




Monday, March 10, 2014

Sakit saraf Tocit

Sakit saraf Tocit yang seakan2 Lucky  ( Cerebellar hypoplasia ) agak pelik sedikit, semakin lama semakin kejang kaki tangannya, tak boleh berdiri lagi, duduk pun susah. Jalan pun mengesot sedikit-sedikit jika dipanggil. Walau begitu keadaannya sedaya upaya ia bangun dan sentiasa ingin mengikut kemana2 aku pergi.

Memandangkan keadaannya begitu rasa tak sampai hati mengurung dalam sangkar 24 jam yang bertujuan mengelakkan kencing dan beraknya merata kerana tidak dapat dikontrol lagi.

Jadi selain ubat2an ku usahakan terapi khusus untuk mengalakkan pergerakan otot2 tangan dan kakinya seperti yang pernah dilakukan pada Billy dahulu sehingga kaki nya sembuh dan boleh berjalan seperti biasa.



Pegang badannya dan biarkan dia berenang lebih kurang. Secara otomatik anggota badannya bergerak2.


Lap kan kering2, biar dia panaskan badan dan letak kelantai. Alhamdulillah bolehlah bergerak2 lepas beberapa kali buat cara ni tak adalah kejung terbaring macam beberapa hari sebelumnya.



Tengah bertukang pun aku bawa sekali supaya dia tidak boring dalam sangkar. Makan kadang2 suapkan kadang2 dia makan sendiri susah payah jugak lah.

Sunday, March 9, 2014

Rumah nombor 7

Rumah nombor 7. Rumah kita nombor 7, 7 hari 7 malam masa berputar2,  7 hari  7 anggota badan bergerak2, 7 hari tujuh malam kita semakin membesar, 7 hari 7 malam main, makan, tidur, 7 malam bulan mengambang, 7 siang matahari terbit, 7 hari dan tujuh hari seterusnya papa melayan karenah kita, meowww 7x...






Hari-hari terakhir Wawa ...

Hari pertama dia lepak atas bukit, kita lalu dia tegur. Kita pun menyahut. Hari kedua dia turun main2 depan rumah, kita keluar dia tegur, kita menyahut juga. Hari ketiga dia ikut mana2 kita pergi,  layan je lah. Hari keempat dia cium2 dan manja2, kita layan juga. Hari kelima dia tak muncul2, kita cari merata akhirnya jumpa, tapi dia sakit dan monyok. Kita suapkan makan dia muntah,  suap ubat dia muntah, suap kan air dia muntah. Hari seterusnya dia semakin sakit dan sakit. Kemudian kita kerap dokong dia bawa jalan2 ambil angin luar. Sebab kita tahu dia nak pergi tak lama lagi. Selang beberapa hari kemudian dia meninggal dunia. Dalam kenangan 30 january 2014.



Wawa 


Sayang bucyuk...

Sayang bucyuk, sayang sangat2 dak bucyuk tu walaupun senget...

Yiyie & Senget