ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Friday, February 28, 2014

Mungkin kenangan terakhir di Bukit Tabur dan Mr Smart



Bagi sesiapa yang tahu perkembangan terutama kaki hiking, sekitar january lepas ada seorang perempuan jatuh dari bukit tabur 3 kali, 2 kali sebelum hari yang malang itu dia selamat, kali ketiga meninggal dunia terjatuh dalam gaung yang sama. Maknanya memang ajal dia sudah tertulis disitu. Beberapa hari sebelum tu ada kes jatuh juga, tapi patah riuk je, dan berturut minggu sebelumnya kes jatuh menjadi2. 

Budak2 jiran atas bukit pernah selamatkan seorang lelaki mat salleh yg parah berdarah2 lepas terjatuh. Help! help! terjerit2 kawan tu. Naik sorang2. Nasib bebudak tu dengar dari pondok tunggu buah. Dan sebelum itu seorang lelaki melayu terpaksa merangkak turun kebawah selepas tergelincir. Tak ada orang tolong sebab naik sorang juga. Kebetulan waktu itu tak ada orang lain. Nasib baik selamat.

Kerana kes perempuan yang meninggal ditempat kejadian, kini Bukit Tabur tak boleh dinaiki sesukahati. Nak naik kena minta permit dan bayar RM 5 kalau tak silap. Dan Rm 1 untuk seorang. Laluan masuk sudah ada pondok penjaga jabatan perhutanan.

Beberapa hari selepas kejadian kami mendaki beramai2 keatas bukit. Ramai2 tu termasuk orang lain yang memang nak naik atas tu kami tak kenal pun. Hanya untuk keluarkan peluh. Sebelum ditutup pada orang awam sudah ada kenangan pada teman2 yang tak pernah naik. 

Tiba2 muncul Smart dari belakang mengikut, Aman entah kemana. Oleh kerana beriya2 disuruh balik tak mahu, lalu aku benarkan dia ikut. Dia dulu jalan macam otai je. Sebab dah biasa teman kan orang naik keatas tiap pagi minggu. Boleh ganti kakak Peace tu.


Smart

Reaksi orang ada yang tak kisah, ada yang ambil gambar, ada yang bertanya dan ada yang takut2 kena gigit atau tersentuh. Tapi Smart baik budaknya. Jalannya sopan dan pandai jaga adap. 

Sporotrichosis / sporo KT, Beranak pulak dia...

Lepas lebih lapan bulan penyakit sporo KT sembuh ( sejenis virus kulat/fungus yang bahaya) , dia dilihat seperti tiada nafsu mengawan. Jadi tiada usaha untuk mandulkan. Selain takut lukanya tak sembuh akibat penyakitnya itu. Namun sudah tersurat, tiba2 perutnya semakin membesar dan akhirnya beranak tiga kenit2 belaka. Dua meninggal dunia dan kini tinggal satu. Katik je tak besar2.

,




Dibawah sporo lama KT dulu2 dan proses merawatnya sehingga lah sembuh, sakit macamni kena sabar merawatnya sebab lama nak sembuh selain kena kuarantin dan selalu basuh tangan lepas pegang dia.





Thursday, February 27, 2014

Mat Teleng

Sekitar pertengahan tahun 2013  jumpa dalam longkang. Baby lagi. Waktu magrib. Lepas beberapa hari bela secara tak sengaja satu malam ada orang terpijak kepala dia sampai senget. Dia mengelupur dan darah keluar ikut hidung. Tinggal nyawa2 ikan.

Tak ada klinik buka waktu malam. Dalam keadaan kritikal ada kawan cadangkan bawa berurut dengan kawannya. 

Alhamdulillah walaupun nazak keadaannya, selepas urut dia okay, 3 hari kemudian sembuh. Cuma kepalanya tak boleh tegak lagi. Namun selepas beberapa bulan jaga sambil urut2 tengkuk dia tiap2 hari kepalanya kembali normal sedikit demi sedikit. Tapi nama teleng tu lekat sampai sekarang.

Teleng dan Laila

Teleng masa kecil dan Onyet
Teleng dan petai

Cerebellar Hypoplasia, Penyakit saraf Kucing seakan2 parkinson yang dialami Lucky Dan Tocit

Adik Tocit

Tocit namanya, asalnya okay, beberapa bulan kemudian pergerakan tocit tak stabil, lama kelamaan terhoyong hayang dan seterusnya tumbesaran pun terencat. Berbanding dengan yang lain dia kurus, dari segi makan pula agak cerewet. Tapi Lucky pula kuat makan. Tocit dibawa oleh Tom Cruise semasa kecil. Sekarang sah dia mengalami masaalah sama dengan Lucky iaitu sakit saraf .( Cerebellar Hypoplasia  ) Seakan2 sakit Parkinson.
Lucky
Video lucky

Mandi sungai dimusim kemarau yang panas

Sungai lain ada yang surut air semenjak tiada hujan berbulan lamanya. Samalah sungai ini. Namun masih ada ruang yang menakung air jernih agak banyak membolehkan kami berenang dan berendam menyejukkan badan sambil bersenam.

Bagi otot2 yang manja balik rumah pasti badan lemah longlai letih sakit2. Bagi aku yang sememangnya lasak ini biasa2 saja ehehe... itulah sebabnya depa nu mengadoi sengal2 badan selang sehari kemudian. Hari yang panas terik minggu lepas kami beramai2 berkelah disungai bawah bukit. ( Ramai termasuk orang lain yang memang nak mandi situ ). Jauh jugak la dari rumah. Jalan kaki 5 minit baru sampai. FUH!...jauh sangat tau.

Pic Censored 




Kolam rendam kaki, Pondok BBQ

Musim panas kering kemarau panjang sekarang. Jangankan pokok kecik, pokok besar pun menguning lalu gugur kebumi tandus berdebu, kemudian berterbangan debu2 ditiup angin, lalu kita menghirup udara itu dan tekak sakit kering mengundang batuk selsema. Jadi rajin2 lah minum air jernih bersih hidup atau air masak banyak2.

Menyejuk kan badan kerapkan mandi, atau celup2 kaki dalam air macam rutin aku dimusim panas ini, syukurlah air free dari perut bumi terus mengalir sementara diserata tempat seluruh negara air sedang dicatu. Mencuri masa selama seminggu ini untuk membina semula kolam mini bagi merendam kaki dan badan didepan teratak kecil ini. Nanti akan diletak ikan2 comel yang suka mengigit2 manja kulit mati dan kematu dikaki sesiapa saja kecuali meow2 dan dua bodyguard itu.

Kebetulan teman2 yang dikasihi lepak bercuti, timbul idea membina pondok BBQ disebelahnya. Sebelumnya hanya letak kotak pemanggang diatas bangku kayu buatan sendiri.



Sebelum

Selepas

ALAM... ULAR TEDUNG HITAM DAN KUCING

Alam



Belek2 gambar lama jumpa budak ni. Rindu pulak kat dia. Apa kabarnya... dah besar ka, sihat ka... happy ka... harap2 begitu lah hendaknya. Mudah2an tuan barunya menjaga dengan baik.


ULAR TEDUNG HITAM DAN KUCING

(Dicatat sekitar November/desember 2013 )

Ular tedung hitam

Meow2 sedang mengepung ular disekeliling sofa.. Diaorang ni bukan tahu bahaya.

Aku capai apa yang ada. Dapat buluh kering tepi dinding lalu ku ketuk2 ular sampai tangan terasa kebas dan sengal. Bunyi ular ni menyembur macam kucing marah atau tengah takut. Rasa kasihan pulak. Tapi apakan daya. Sedar2 dah leper.

Huh!, mujur ada budak2 comel ni semua. Kalau tidak aku tak tahu ada ular bahaya ni masuk rumah. Menakutkan sekali.

Kucing terbiar yang manja


Beli barang dapur di pasaraya. Nak isi barang dalam kereta meow ni ikut dan gesel2 muka di kaki. Aku rasa dia lapar. Jadi aku masuk balik pasaraya dan beli sepeket makanan kucing. Belum sempat buka dia makan beras yang berterabur atas karpet kereta. Lapar sangatlah tu. Rasa macam pernah nampak dia sebelum ni.

Aku bawa balik. Kuarantin dalam sangkar. Lepas seminggu jaga baru lepaskan. Bergaduh pulak. Kurung lama2 pun tak boleh juga, dia bising.


Jadi aku buat keputusan yang berat. Letak semula ditempat asal jumpa dia. Kebetulan ada kucing betina disitu. Wah seronok dia lawan meow2 sambil lari2 manja berduaan gitu.

Tatak kucing Abah





Nama dia Tatak. Betina. Kucing kesayangan Abah. Sekarang aku yang jaga sebab  dia tak suka tinggal dirumah teres Abah. Sini lebih bebas dan luas. Tapi suka menyendiri tak suka berkawan. Sebab dia fobia lepas kena sepak diperut oleh jiran Abah yang jahat dan tak suka kucing. Dia pulak tengah mengandung, nasib belum sarat. Mencungap tatak menahan sakit. Sekarang dah okay. Sudah beranak tiga.

Kerusi Roda untuk Che' Tam

(Dicatat sekitar disember 2013)

Kerusi roda Che Tam


Bahan2 yang diperlukan paip pvc, penyambung T, korner gam , tayar 4 biji, dan seperti dalam gambar tu. Kos semua ni tak sampai RM 20.


Susun macamni.  Dah siap macam gambar atas sekali. Che Tam ni aku suspek dilanggar secara tak sengaja atau mungkin salah teknik terjatuh dari tempat tinggi. Pinggulnya patah. Tak boleh berdiri betul dan akibat sampingan dia sembelit. Tak lah cantik macam ditempah, tapi ok la boleh diguna.

Che Tam dah Meninggal... R.I.P

Bella dan Billy


(Ku catat kisah ini sekitar disember 2013) Sedar tak sedar angsa dah besar. Satu petang Jhon datang, anjing2 dia ikut masuk kawasan rumah. Angsa tak kurung lagi. Belum sempat keluar anjing2 dah serang . Bella luka2. Billy dah tergantung dalam mulut anjing. Aku jerit sekuat hati. Anjing2 jhon lari. Billy terkulai. Bella masih boleh jalan.

Aku urut2 leher dia macam tersekat makanan. Buat CPR , hembus angin dalam mulut dia. Macamtulah lebih kurang. Sedih betul. Sejak hari itu aku tak benarkan Jhon masuk lagi. Dan pesan suruh kontrol anjing2 dia. Dia cakap 'sorry'. Tu je dia cakap.

Dua minggu rawat Billy. Urut kaki dia yang patah. Spray ubat. Buat kan buaiyan  sebagai terapi supaya kakinya yang patah tidak kaku. Berenang pun senget. Bella ok, sikit je luka dia.


Alhamdulillah. Semakin sihat dan membesar. Kalau kepasar borong tebalkan muka kutip sayur2 yang dibuang peniaga pasar. Elok lagi, sesuai untuk makanan diaorang ni.


Sekarang sudah semakin galak dan garang, sesuai untuk jaga rumah berganding dengan Aman dan Smart.


Sungguh kacak dan santhek................................................

Rumah burung


Re-post semula sekitar disember 2013 . Ingat nak jadikan kayu api je. Tapi terjumpa idea macamni kat internet. Jadi lah bendaAllah ni. Ada manfaat juga. Selain nampak comel, Macam2 burung singgah makan.



Burung apa Abah? Burung murai...





Thursday, February 13, 2014

Panjang umur ada rezki dan jodoh pasti akan bertemu



''Lama menghilang Pa...pe citer anak2?", tanya kengkawan yang terserempak dimana2, kebetulan atau suratan takdir yang tiada siapa tahu apa selepasnya. Panjang umur ada rezki dan jodoh untuk berjumpa pasti akan bertemu. Ada yang pergi dulu mengadap Ilahi ''Alfatihah'' untuknya, baru2 ini arwah P' Ngah ( Baca surah penuh ).

Sebenarnya malas jari jemari menaip tak dapat disembunyikan lagi, itu je alasan kukuh yang selalu diberikan sebagai jawapan bila ditanya. Ada yang fikir sudah tidak mau kawan lagi... lama sudah menyepi lebih setahun rasanya...eh! bukan begitu tuan...puan...

Ohyeaa...diatas tu gambar lama selepas belek2 album dulu dalam 6 ekor yang kelihatan tinggal satu saja yang panjang umur disini. Cik Puan Manja yang putih tu, lain samaada hilang atau meninggalkan dunia yang fana'.

Yang paling sedih cara kematian Dina ( tepi kiri ), dilanggar kereta sampai hancur terkeluar tulang belulang. Berjejer air mata bercampur air hidung gua, tersedu2sedih bangat.

Dalam hampir 40 ekor sebelumnya sekarang tinggal duapuluh lebih ajer... sekarang sudah serik untuk menambah ekornya lagi... selain takut sedih mengamit, komitmen untuk menjaga agak sukar didapat memandang kan kesibukan yang ketara sejak akhir2 ini. Walaupun begitu, seperti tak dapat dielak...miaww baru tetap ada. Nanti bila ada mood dan jari ini tidak malas...pasti akan diceritakan satu persatu...miaww