ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera...maaf zahir batin

Saturday, September 13, 2014

Aman, Kakak peace dan kawan2

Post2 lama kebanyakannya hilang. Bermakna hilang kenangan. Terjumpa balik dalam blog seseorang, di copy paste dengan link. Apa pun Terima kasih saudara Farhan Hanif. Ini kisah 2011 yang lampau.

Petang-petang selalunya bawa semua naik bukit ikut jalan tepi rumah. Lalu kebun orang. Kasi senaman sikit untuk kekuatan otot kaki, termasuk papanya, sambil menghirup udara yang nyaman sekali.

Kalau ada yang menyangka gambar atas ini hanya ada Peace sahaja, baik anda berjumpa doktor pakar mata. Itu tanda-tanda rabun warna, hahaha...perhatikan betul-betul. Siapa disebelahnya. Klik gambar untuk membesarkan image.
Nampak tak, si kecil Aman cepat belajar...tak lama lagi boleh bergandingan dengan Peace guard orang ramai naik bukit.

Cepat juga dia membesar. Lasak dan sangat cergas.

Ditemani kawan-kawan comel yang lain. Ok... ini gambar dua minggu lepas. Sebelum mata aman tercedera.
Ini Aman boy sekarang. Sebenarnya dia sudah besar tiga kali ganda dari mula-mula diselamatkan masa baby dua bulan dulu. Lebih kurang umurnya dua bulan sekarang ya. Semakin cerdik dan kuat main.

Teman baiknya hanya kucing-kucing. Oleh kerana kuku kucing sangat tajam, semasa bergurau itulah agaknya tertusuk mata kanan Aman. Pada satu pagi ternampak sebelah matanya jadi putih dan tersembul keluar, berair macam orang menangis.
Tinggal sebelah mata lagi. Sekarang jadilah aman A.K.U. atau anjing kelainan upaya. Kesian dia.
Wajah-wajah sedih aman. Muka sedih satu...

Muka sedih dua...
Muka sedih tiga...

takut matanya rosak, cepat-cepat bawa keklinik. Cage kucing dah tak muat lagi sebab saiz dia. Jadi terpaksa letak dalam kereta tanpa cage berlapikkan kain tebal. Dia macam tau bau ubat. Sampai klinik dia tak mahu masuk. Puas tarik tali ikat leher dia sampai tegang. Terpaksa dukung pulak. Risau mata orang yang melihat. Orang melayu kita... mujurlah diperhatikan semuanya tersenyum. Mungkin gelihati tengok gelagat aman. Lega sikit.

Kata doktor kemungkinan mata dia tak dapat diselamatkan. Sedih juga. Nasib tak dua-dua buta. Kalau terjadi apa-apa ..ialah mana tau akan datang kan, Tentu susah untuk dia berdikari.

Ini Memeng, anak Manja, teman main Aman paling rapat. Dan paling teruk kena lanyak. Tapi dia tak marah. Buat lah apa pun, dia diam je.


Makan pun sama-sama.

Ini Fefet. Mangsa buli kedua. Anak manja juga. Bila Memeng dah penat nak melayan.
Haha...macammana agaknya bila dah sebesar Peace nanti.

Ini pula black, baby baru... jumpa dikedai makan lepas hantar Aman keklinik. Fikir lima enam kali juga sebelum bawa balik. Takut tak termampu dijaga. Memikirkan rasa simpati lebih banyak. Bawa juga balik. Siapa-siapa yang rasa nak bela sila beritahu ya. Tapi tunggu dia sihat sikit. Sekarang tengah cirit birit.

Aman pelik dan sangat teruja tengok black, mungkin sedang berkira-kira untuk menjadikan mangsa buli.

Malamnya ada orang sedekah ikan kembung campur gelama 20 kilo. Ada lah sekotak besar. Banyak tu. Orang yang berniaga ikan di pasar malam taman melawati. Tuan Kurus tolong hantarkan. Tapi ikan ini khas untuk kucing dan anjing sahaja.... terima kasih. Doakan bisnes kamu sukses dan bertambah maju. 

Ikan mentah Manja dan Kireen saja suka makan.Untuk Yang lain-lain kena masak dulu.

Akhirnya gambar terbaru manja dan anaknya. Tak boleh jadi ni. Nak kena mandulkan juga. Subur betul... sekali beranak sedozen hahaha...adoi. Mana nak cari klinik yang murah ya. Nak mandulkan semua, ramai tu...tapi klinik biasa mau ribu-ribu belanjanya