ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang ke laman Papa Meowww...maaf atas kesilapan jika ada

Ruangan ini berkenaan haiwan terbiar, cara2 menjaga, merawat dll. Secara peribadi tidak menyokong aktiviti jual beli kucing / anjing, selagi banyak yang terbiar / terdedah kepada penderaan. Selagi tiada tempat khas / selamat disediakan untuk mereka .Pada yang ingin dapat kan kucing/anjing atau menghantar nya kerana masaalah untuk dijaga sila daftar di > KTAJ online adoption housep jika tak faham boleh tanyakan pada admin mereka di wall > FACEBOOK KTAJ , ( Atau sila email gambar dan keterangan ringkas mengenai kucing anda ke ktaj.adoption@gmail.com dan kucing anda akan diiklankan di KTAJ OAH, terima kasih. Semoga Allah merahmati anda. Ameen...

Wednesday, February 1, 2012

KUCING TERBIAR 327 SI KENIT SPORO DAN LUKA POTEK2

BUDAK SPORO

CEPORO

Hari kesepuluh. Semalam sempat ke klinik. Beli ubat Sporo Si kenit untuk stok dua minggu. Tanyakan Vet nama sebenar ubat. Dan ejaannya. Dia sebut S.P.R.O.N.O.X. Bunyinya 'sporonox'. Hari ini lepas suap ubat2 , termasuk cacing dan selsema, belek-belek luka dia. Dah kering. Ada yang mengecil. Dan luka telinga kirinya sudah  hampir tiada. Rasa puas...

LUKA POTEK2 HARI KETIGA

POTEK2
Ada yang tanya, luka dia kenapa. Boleh rujuk blog Cikgu Gt Hans. Senang je suap ubat. Manja lah juga. Tapi tak reti duduk diam. Suka panjat bumbung. Keluarkan kejap2 je. Banyak masa dalam cage. Selalu cuci luka tu biar bersih. Kadang2 dia jilat juga. Ramai kawan2 yang bagi petua tradisional. Suruh cuba daun inai, buah manjakani tumbuk2. Tembakau, kunyit dengan tepung beras dan macam2 lagi lah. Terimakasih ya. Tapi yang tak bestnya ada yang cakap mungkin dia ada sporo sebab susah sangat nak sembuh. Eh!...minta2 jangan lah.


Nanti nak cuba satu2. Tapi dalam seminggu ni tak letak apa2 lagi, selain bersihkan dengan ubat kuning dan spray antiseptik, kalau tak ada perubahan baru cuba yang lain. Tadi nampak macam ok sikit la. Merah dagingnya, lubang dalam tu tak nampak lagi. Dua hari lepas daging tu warna coklat macam membusuk. Harap2 sangat kali ini boleh bercantum semula dan tumbuh bulu macam dulu2. Ameen...

Oh ya, hampir terlupa, terimakasih banyak2 pada S.C.R.A.T.C.H dan Mr T juga hamba Allah yang beri makanan kucing haritu. Tak lupa juga buat Su. Doakan semakin murah rezki kamu semua. Ameen...

LAST POST
1~BUDAK COMEL SAKIT
2~ANAK KUCING SPORO