| Rumah Tedi |
Kakak ipar nombor satu orang Batu Berendam. Disana orang panggil keturunan Malbari. Mula2 datang terpegun tengok budak2 kampung macam hindustan. Mata bulat hidung mancung. Tergoda...akhirnya dapat tahu sekampung itu rupanya sedara mara belaka. Semuanya kacukan melayu + mamak.
Masakannya pedas2 juga. Tapi tak sama dengan orang Nogori ( Negeri 9 ). Pedas nya melahar. Bahang...mmm macammana nak cakap entah. Lebih kurang macam rasa lada hitam. Pedas tapi tak sama macam rasa cili api.
Sembang2 dalam rumah kali pertama rasa pelik. Kasau ( Baca kasar ) bahasanya. Semua bahasakan diri aku engkau saja. Tak kira anak dengan emak atau nenek dan lain2. Malam itu dirumah lain kebetulan ada kenduri doa selamat. Aku pun dijemput. Selepas bacaan ayat2 suci selawat dan sebagainya, kejutan sungguh bila disuruh membaca doa. Belum pernah dimana2 aku disuruh baca doa. Rasa tak layak sangat, akan tetapi untuk tak menghampakan permintaan, turutkan aje...tapi lain kali tak mau dah. Sebab tak layak. Dirumah sendiri2 ok.
Hari untuk pulang ke KL. Anak2 buah yang kecil molek menghantar sampai simpang. Umur mereka antara 6 ke 8 tahun. Gelak2 je dia, entah apa yang di gelak.
"Bila kau nak datang lagi?'', tanya salah seorang dari mereka. Terkedu aku...
''Tengok lah bila Achik cuti'', aku jawab.
'' Lain kali aku nak ikut, kau bawak aku jalan2 eh". Huhu...Petahnya borak. Kalau ditempat lain cakap aku engkau dengan orang lebih tua memang kena jentik telinga.
LAST POST
1~MULUT BUSUK
2~KENA PUKUL
3~MERAWAT BULU KUCING GUGUR