ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang ke laman Papa Meowww...maaf atas kesilapan jika ada

Ruangan ini berkenaan haiwan terbiar, cara2 menjaga, merawat dll. Secara peribadi tidak menyokong aktiviti jual beli kucing / anjing, selagi banyak yang terbiar / terdedah kepada penderaan. Selagi tiada tempat khas / selamat disediakan untuk mereka .Pada yang ingin dapat kan kucing/anjing atau menghantar nya kerana masaalah untuk dijaga sila daftar di > KTAJ online adoption housep jika tak faham boleh tanyakan pada admin mereka di wall > FACEBOOK KTAJ , ( Atau sila email gambar dan keterangan ringkas mengenai kucing anda ke ktaj.adoption@gmail.com dan kucing anda akan diiklankan di KTAJ OAH, terima kasih. Semoga Allah merahmati anda. Ameen...

Tuesday, January 10, 2012

CARA BERKESAN MERAWAT KUCING KURAP, BULU GUGUR , BOTAK, KUDIS RINGAN

Lama dah praktik tips ni. Cuma kadang2 malas, bila dah teruk baru pening. Bulu2 gugur, botak bertompok2. Kurap berkuping. (Kalau kurap teruk, bawa pergi vet, cucuk tak sampai RM 15 ). Kerak kudis setompok2 dikaki atau mana2 anggota badan.  Tengok dia pun tak selesa, tergaru2 . 


Selalu tangguh2 nak merawat, rasa macam busy sangat kononnya. Malas pun iye.


Dulu pernah post pasa budak Dino bulu gugur. Kata vet dia stress. Stress apa tah lama sangat. Lagi sikit botak terus. Hampir seminggu sapu minyak. Hari ke 7 atau 8 mandikan dengan syampoo.  Dan biarkan...Sekarang bulu dia tumbuh balik. Dan berkilat2. 


DINO SELEPAS




Dino Sebelum




Walaupun tempat lapang dan luas, bebas pulak ...makin hari makin banyak yang stress. Apasal dia stress?,   rasa bukan stress aje macam vet cakap, mungkin ada parasit2, hama / kutu/ telur kutu atau apa2 yang mengotor kan kulit. Mungkin juga dia tak sihat. Tapi budak2 ni tak ada kutu. Sesekali je ada kutu babi sesat bila dia main dalam semak.


Sehari suntuk operasi membersih kan budak2 bermasaalah bulu gugur, ada kuping kudis sana sini. Mana datang kudis  tak tahu la. Tiba2  nampak, selalu bagi makan malas nak belek2. Susah hati pulak.   Diperhatikan ada 6 ekor yang makin menjadi2. Kalau ada problem macam ni boleh lah cuba. Kos yang murah, cepat dan berkesan tapi kena rajin sikit. 


1~Mula2 potong kuku dia kasi tumpul. Takut dia meronta nanti kena cakar. 
2~ Lumurkan bulu2 dia dengan campuran minyak gamat, minyak masak, minyak bekas goreng lauk. ( Aku tuang sebotol minyak gamat dalam bekas besar dan campur semua minyak tu sekali, agak2 je ).
3~ Kurung dia lebih kurang 8 jam sekurang2 nya.( Lama sikit lagi bagus) . 
4~Kemudian mandikan dengan syampoo yang ada anti fungus/kutu/hama dan sebagainya. ( Aku guna syampoo malaseb + anti kutu/hama )


Dah siap mandi, lap badan dia dan boleh lepas. Hasilnya bersih dan bulu berkilat. Tunggu dalam seminggu. Tengok kalau masih ada masaalah ulang lagi. Tapi cara yang di buat pada Dino sangat berkesan. Atau paling2 malas Sapukan minyak gamat je. Tiap2 hari. 7 hari. Tak payah mandi pun ok. (Cuma lepas 7 hari tu kalau mandikan dia lagi bersih). Dalam 2 minggu keatas nampak perubahan. 



PUAN MELAKA DULU DAN SEKARANG


Tak percaya tengok Puan Melaka dah macam kucing parsi, dulu dia botak, ekor terkulai, hampir2 nak kena potong, ingatkan dah tak berfungsi. Minyak gamat je tu. 


LAST POST
1~KISAH SETAHUN 
2~SEMERAH PADI
3~BAU HARUM LEWAT MALAM